PERSEDIAAN DALAM MENEMPUH CABARAN DI ALAM PEKERJAAN



Setelah bertahun-tahun kita keluar mencari ilmu, semenjak daripada kecil hinggalah dewasa, kini tibalah masanya untuk kita melangkah ke fasa baru. Sekarang tibalah masanya untuk kita berkecimpung dalam dunia kerjaya. Banyak yang telah kita dengar tentang dunia kerjaya ini, ada yang menarik dan ada yang menyedihkan. Tetapi apa yang paling penting, adalah bagaimana anda melangkah masuk ke dunia kerjaya anda. Apakah sudah berjaya melangkah atau masih mencari pintu-pintu yang masih dibuka atau apakah pintu seakan sudah tertutup buat anda?


Semoga ada ruang dan peluang untuk setiap daripada kita memiliki kerjaya idaman. Semoga Allah membuka jalan yang terbaik dan mengaturkan langkah kita ke arah yang terbaik buat diri kita. Jangan berputus asa, berdoalah dan mintalah kepadanya semoga Dia memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Ingatlah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya. 

Sebaiknya kita berusaha untuk mempersiapkan diri kita supaya kita lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Semoga kita berpeluang tinggi untuk menjawat jawatan idaman. 


Peluang pekerjaan itu akan menjadi nipis sekiranya anda tidak bersedia untuk merebut peluang yang ada. Anda sepatutnya membuat persediaan yang terperinci daripada segi mental dan fizikal. Anda seharusnya mempersiapkan diri anda dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.


Persediaan dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan adalah sangat penting kerana ia akan menjadi kayu ukur untuk menentukan layak atau tidak diri anda untuk jawatan tersebut. Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang bersesuaian pastinya ruang dan peluang anda adalah cerah untuk syarikat tersebut menawarkan jawatan tersebut dengan gaji yang menarik.


Tetapi, sebagai graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian, pastinya anda merasakan diri anda tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi. Mungkin sahaja tika itu anda tiada pengalaman, tetapi anda seorang mahasiswa, seorang yang berilmu, maka carilah ilmu dan pelajarilah ia. Jangan malu untuk berkata tidak tahu, tetapi tanamlah rasa malu apabila anda ada ruang untuk belajar tetapi tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk belajar. Carilah guru yang bersesuaian supaya ilmu yang diperolehi adalah tepat dan bermanfaat.


Perkara pertama, semasa membuat pencarian pekerjaan, tapislah pekerjaan yang bersesuaian. Setelah anda mengkaji kelebihan dan kekurangan anda, cuba bandingkan apakah pengalaman atau ilmu yang anda belum ada berdasarkan skop kerja yang ingin dipohon. Kemungkinan besar anda mempunyai 5 daripada 8 kemahiran atau pengalaman yang berkaitan. Tetapi 3 kekurangan itu agak merisikokan diri anda untuk diterima bekerja.


Sangatlah digalakkan untuk anda cuba mencari ilmu yang bersesuaian. Sekiranya anda berkerja dalam bidang pengurusan contohnya ia melibatkan anda untuk berurusan dengan dokumen-dokumen tertentu dan kemahiran komputer yang bersesuaian. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kenali dokumen tersebut dan ambil tahu akan fungsi  atau jenis dokumen tersebut. Memahami kegunaan dokumen adalah sangat penting supaya anda tidak tersilap melakukan tugasan.


Kemudian, pelajari bagaimana hendak menggunakan atau menghasilkan dokumen tersebut. Ilmu teknikal adalah sangat penting, kerana ia akan mempengaruhi tahap kecekapan anda dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Setiap orang mempunyai kenderungan dan teknik yang berbeza.  Kenali potensi diri anda sebaiknya supaya pengurusan masa dan tugasan menjadi efisyen. Banyak aplikasi yang ada dan boleh digunakn untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Namun ia sangat bergantung kepada kemahiran anda dalam menggunakan aplikasi tersebut dan sejauh mana kreativiti anda dalam melakukan sebarang tugasan yang diberikan. 


Terdapat sistem tertentu yang akan digunakan, jadi kenali dan carilah ilmu berkenaan sistem tersebut. Sekiranya anda mempunyai ruang masa yang lebih, adalah lebih baik untuk anda pelajari kaedah manual supaya anda ada back up. Sesetengah syarikat masih menggunakan kaedah tradisional dan tiada sistem yang standard digunakan. Jadi pelajarilah bagaimana untuk menghasilkan dokumen tersebut melalui sebarang aplikasi seperti Microsft Word atau Excel atau sebarang aplikasi lain yang bersesuaian.


Antara kebanyakkan software yang sering digunakan untuk kerja-kerja indoor adalah seperti Adobe Photoshop, Adobe Ilustrater, Autocount, UBS, Microsoft dan ada sesetengah syarikat memakai sistem yang mereka reka khas untuk kegunaan syarikat mereka sendiri. Sistem digunakan untuk menyokong kelancaran aktiviti syarikat. Supaya pengurusan berjalan secara cekap dan sistematik. Perlu diingatkan, sistem bertindak sebarang suatu bentuk sokongan kepada pengurusan sahaja, tetapi yang memastikan perjalanan sesuatu tugasan dengan baik amatlah bergantung kepada individu yang menjalankan tugas itu sendiri.





Disamping itu, anda disarankan untuk belajar bagaimana untuk menyediakan surat rasmi syarikat, borang, laporan kerja, graf, penyata, profil syarikat dan sebagainya. Sekiranya anda sudah mahir dengan dokumen-dokumen ini, ia adalah satu kelebihan untuk anda menguruskan dokumen syarikat dengan baik. 


Lengkapkan diri dengan personaliti yang menarik. Tak perlu untuk menjadi diri orang lain. Anda tetap anda. Serlahkan kelebihan yang anda miliki. Belajar bercakap dengan menggunakan bahasa dan antonasi yang bersesuaian. Belajar kemahiran mendengar supaya kita jelas dengan apa yang sedang dibincangkan. Sentiasa mencari ilmu supaya kita senang bergaul dan bercakap atau memberi pandangan berkenaan topik tertentu yang kadangkala berlaku secara spontan. Sekiranya anda mampu mengeluarkan pandangan atau idea yang menarik pasti nya itu akan menjadi suatu kelebihan buat anda.


Etika pemakaian juga perlu diambil kira. Pakailah pakaian yang bersesuaian dengan pekerjaan anda. Tidak semestinya memerlukan anda memakai pakaian yang mahal dan membebankan belanjawan anda. Cukuplah sekadar ianya kemas dan rapi. Pastikan pakaian digosok dengan kemas. Sekiranya anda seorang muslimah, pilihlah pakaian yang bersesuaian. Hari ni, fesyen tidak hanya tertumpu kepada orang yang tidak bertudung sahaja, tetapi sudah ada banyak usahawan yang mengeluarkan design yang terkini untuk wanita yang bertudung yang mana designnya sangat cantik dan menutup aurat. 


Selain itu, anda haruslah yakin dengan kebolehan dan potensi anda. Kadangkala anda mempunyai kemahiran yang bersesuaian, tetapi kerana tiada keyakinan anda gagal menempatkan diri anda untuk mendapatkan peluang yang lebih baik. Merendah diri itu perlu supaya kita tidak terlalu bangga dengan diri sendiri, sehingga menyebabkn lahirnya perasaan riak dan sombong. Cukuplah sekadar untuk kita tampil yakin dan berasa mampu untuk menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Jauhi sikap over confident, sehingga mengeluarkan idea atau pendapat yang tidak masuk diakal. Jangan berbicara atau sebolehnya elakkan berbicara akan hal yang anda sendiri tidak ada pengalaman atau ilmu berkenaannya. Sekiranya memerlukan anda memberi pandangan, cukuplah sekadar memberi pandangan mengikut kesesuaian. 


Di dalam ruang pekerjaan, memiliki idea yang baik adalah bagus. Tetapi anda haruslah jelas, mempunyai idea sahaja, tanpa kebolehan untuk melaksanakan idea tersebut adalah sesuatu yang tidak akan berhasil. Idea hanyalah 5% sahaja, kerana kebanyakkan orang  sememangnya mempunyai idea dan pandangan tersendiri. Manakala 95% adalah bergantung kepada tahap kemampuan anda untuk melaksanakan idea tersebut. Pelaksanaan memerlukan anda mempunyai pengatahuan, dan kemahiran yang bersesuaian.





Sekiranya anda mengutarakan berkenaan sesuatu idea, pastikan anda jelas dengan cara dan strategi yang bersesuaian supaya syarikat dan kakitangan tidak terbeban dengan tindakan atau prosedur yang tidak bersesuaian. Dan paling merisaukan, idea tersebut merisikokan syarikat untuk mengalami kerugian di kemudian hari sekiranya sekiranya anda tidak mampu untuk menguruskan dan melaksanakan idea dengan baik. 


Apakah ilmu dan pengalaman anda membolehkan anda menjayakan idea tersebut. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu atau pengalaman yang bersesuaian pastinya sukar untuk anda menjayakan idea tersebut. Pastinya ada masa dan ruang yang akan dibazirkan dengan pengurusan yang tidak sistematik yang disebabkan oleh kurangya ilmu dan pengalaman.


Selain ilmu dan pengalaman yang ada, anda haruslah sentiasa tanamkan pada diri untuk mempelajari sesuatu yang baru supaya potensi diri anda semakin berkembang. Kita kini berada di zaman IT. Teknologi tanpa sempadan hari ini, menuntut kita untuk bersedia secara fizikal dan mental untuk bergerak dan berubah secara positif seiring dengan kemajuan teknologi yang ada.


Selain itu, hari ini adalah dunia tanpa sempadan, sangat memerlukan anda untuk mengenali kepelbagaian aplikasi sosial media anda supaya anda dapat berhubung dengan baik dan selamat. Selain itu, penting untuk anda mempelajari pengurusan email yan baik, kerana kebanyakkan urusan rasmi atau komunikasi berlaku menerusi email. Untuk sesetengah hal, juga memerlukan anda berhubung menerusi telefon atau secara bersemuka. Ianya bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.


Di dalam dunia pekerjaan, tidak cukup untuk kita hanya bergantung kepada ilmu yang ada. Untuk mendapat pengalaman yang bagus memerlukan kita ada persediaan ilmu yang baik. Banyakkan membaca dan jadikan orang-orang yang berjaya atau idol anda sebagai satu motivasi untuk anda melangkah ke arah yang lebih baik.




Apa pun, berusaha sebaik mungkin dan jagalah amanah apabila kita diberikan tanggungjawab. Carilah rezeki yang halal semoga ada keberkatan di dalam rezeki tersebut. Sentiasa tanamkan pada diri, rezeki yang berkat itu akan mencukupkan keperluan anda. Mungkin rezeki setiap orang tidak sama, pasti ada sebab mengapa Allah menganugerahkannya begitu. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berusaha di samping tidak tergelincir ke arah pekerjaan yang tidak baik.


Semoga Allah memberikan jalan yang terbaik buat kita. Berusahalah dan bertawakallah kepada-Nya. Hanya Dia yang mampu mengubah takdir hidup kita. Dia memiliki segala apa yang ada di langit dan bumi. Sekiranya masih belom berjaya memiliki kerjaya idaman, bersabarlah. Teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Berdoalah dan mohonlah kepada-Nya, sesungguhnya dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui. 

Comments

  1. Betul tu nak mulakan sesuatu kena ada ilmu, takde ilmu, susah juga kann.. Sis lama x bekerja, since kawin sampai skrg, dah 26thn duk uma aje ..

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang memang mencabar untuk cari kerja. Selain usaha dapatkan pekerjaan, kena lengkapkan diri dengan kemahiran. Majikan sekarang suka yang multitask

    ReplyDelete
  3. Musim pkp ni lagi payah nak cari kerja.. Moga² dipermudahkan urusan semua orang. Amiin

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkn segalanya. cakap dengan anak sedara yang baru dapat kerja sebelum pkp hari tu, kerja elok2. sekarang nak cari kerja susah

    ReplyDelete
  5. ya semua perkara kita kena bersedia. nak lagi persaingan cukup tinggi sekarang ni

    ReplyDelete
  6. Bersiap sedia itu amat penting bagi segala yang perlu kita lakukan. Satu perkongsian yg bagus utk inspirasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)