PEMERGIAN YANG TERINDAH

Setiap yang bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian. Itu janji Sang Pencipta. Bagaimanakah agaknya pengakhiran kehidupan kita nanti? Apakah berkhirnya dengan indah atau sebaliknya? Sungguh tidak termampu untuk membayangkan saat akhir usia kita yang masih menjadi rahsia..




Antara amalan yang disunatkan untuk kita lakukan sewaktu hidup adalah kita di sunatkan untuk menziarahi kematian sesama saudara kita. Di antara manfaat yang akan kita perolehi adalah bagaimana kita mengambil iktibar dan teladan daripada perjalanan hidup si mati. Apakah lagi yang boleh dilakukan setelah roh dicabut keluar? Tiada apa lagi yang boleh di lakukan.. Hanya sekujur jasad yang kaku di pembaringan.. Yang berharap kepada belas ehsan  orang lain (anak, isteri, keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, dll) untuk menguruskan jenazahnya. Waktu di dunia sudah berakhir dan alam lain akan ditempuhi.


Betapa banyaknya harta yang dimiliki pada waktu itu sudah tiada gunanya lagi. Bukan lagi menjadi hak milik kita lagi, urusan kita dengan dunia sudah terputus dan tiada apa yang boleh kita bawakan melainkan bekalan amal. Tetapi andai kata, sewaktu masih hidup anda sudah membuat agihan harta, bersedekah dan berzakat, insya Allah itulah saham yang akan berkembang walaupun anda sudah terputus dengan alam dunia. Sedekah jariah mampu berkembang menjadi sebuah ladang pahala yang besar buat anda. 


Tetapi jika anda seorang yang tamak dengan kekayaan dunia pasti anda akan leka dan mungkin berlakunya istidraj. Istidraj adalah kenikmatan yang Allah hadirkan dalam bentuk kekayaan yang melalaikan dan akan membinasakan diri. Semakin kaya, anda menjadi semakin bongkak, semakin berkira-kira untuk menyumbangkan harta sehingga menjadikan anda lupa kepada Maha Kaya Sang Pencipta.


Mengambil iktibar daripada kisah Salabah seorang yang miskin yang meminta kepada Rasulullah untuk mendoakannya supaya dia diberikan kekayaan. Tetapi Rasulullah menasihatnya dan memberi peringatan supaya dia bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan sekarang. Mungkin apa yang dia miliki sekarang adalah perkara yang terbaik dalam hidupnya. 


Salabah datang kembali kepada Rasulullah dan meminta Rasulullah untuk mendoakan supaya dia diberikan kekayaan supaya dia boleh membantu orang-orang yang susah. Rasulullah pun memohon doa kepada Allah, dan Allah yang Maha Berkuasa memakbulkan doa Rasulullah tersebut.


Dengan izin Allah, kambing-kambing peliharaan Salabah yang dulunya bilangannya sedikit sahaja kini membiak dengan banyak sekali sehinggakan dia hanyut dalam kesibukkan menguruskan hartanya. Dalam kelekaan menguruskan hartanya, dia juga telah lupa akan janjinya yang ingin menolong orang-orang susah setelah dia diberikan kesenangan hidup.


Dan tibalah suatu ketika Allah menurunkan wahyu  kepada Rasulullah untuk melaksanakan kewajipan berzakat. Rasulullah menyebarkan wahyu tersebut kepada kaumnya. Maka  dengan rasa penuh keimanan dan kepatuhan kepada rukun Islam tersebut, maka bersegeralah masyarakat ketika itu melaksanakan kewajipan berzakat tersebut.


Tetapi ketika itu, Salabah berasa tidak puas hati dengan pelaksanaan kewajipan berzakat tersebut. Sekiranya ada yang datang kepadanya dan meminta Salabah menunaikan tuntutan zakat tersebut, pasti sahaja mereka di suruh pulang kerana Salabah masih berkira-berkira untuk menunaikan kewajipan tersebut. Pelbagai alasan diberikan oleh Salabah untuk menunaikan kewajipan tersebut. 


Dan sampai suatu ketika, Allah menurunkan wahyu dan tiada lagi keperluan untuk meminta Salabah menunaikan tuntutan zakat tersebut. Bermula daripada saat itu, tiada lagi yang mengunjungi Salabah untuk memintanya mengeluarkan zakat. Akhirnya, berita itu tiba ke pengetahuan Salabah dan ketika Salabah berasa takut dan insaf. Tetapi tiada siapa yang mahu menguruskan harta yang ingin dizakatkan oleh Salabah. 


Pada akhirnya, Kambing-kambing Salabah berterusan membiak dan sehinggakan Salabah terpaksa meletakkan Kambing-kambingnya itu di kawasan pergunungan tetapi tetap sahaja masih membiak dengan banyaknya sehingga Salabah sendiri tidak dapat menguruskannya dan ada sebahagian daripada masyarakat mengadu Kambing-kambing Salabah mengganggu urusan harian mereka. Salabah akhirnya tenggelam dengan kebinasaan hartanya. Sehingga dia tidak lagi dihormati masyarakat setempat dan tiada siapa yang sudi berurusan dengan dirinya.


Iktibar yang kita boleh kita ambil daripada kisah Salabah ini adalah harta bukanlah segalanya. Sesungguhnya Allah yang Maha Memberi dan dia boleh memberikan apa sahaja yang Dia mahukan samada dalam bentuk kebaikan atau kebinasaan. Jadi berhati-hatilah dengan harta dunia. Ia hanyalah pinjaman kepada kamu. Maka hadapilah ujian harta ini dengan keimanan yang tidak bertepi kepada Allah. Semoga harta ini menjadi ladang pahala buat anda untuk kesejahteraan dunia akhirat anda.





Selain daripada sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat juga membolehkan anda menjadi seorang yang kaya di akhirat kelak. Mungkin tiada harta yang banyak untuk anda kongsikan tetapi Allah itu Maha Adil pasti diberikan ruang untuk anda mencari bekal untuk rumah akhirat anda.


Sekiranya diajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, ilmu itu akan berkembang tanpa sedikitpun merugikan orang yang mengajarkannya. Malah Allah akan memudahkan lagi dengan mendapat ilmu yang baru. 


Pelajarilah ilmu yang baik-baik dn manfaatkanlah ia ke jalan yang berguna. Carilah ilmu, jangan bazirkan masa untuk bersenang dengan urusan yang tiada manfaat dan lara. Pastinya setiap daripada kita ada kebolehan dan kemahiran yang unik. Pelajarilah ia dan kembangkanlah ia. Sekiranya ilmu itu ilmu yang baik pastinya ia akan memanfaati hidup orang lain. Dan jauhilah ilmu yang tidak bermanfaat kerana ia bukan sahaja tidak baik untuk disebarkan malah dibimbangi berkembang sehingga menyebabkan kerugian kepada saham akhirat kita.


Antara bekalan lain yang boleh menguntungkan saham akhirat adalah doa anak yang soleh. Maka setiap ibu bapa jagalah amanah ini sebaiknya. Tidak semua orang berpeluang menjadi ibu dan bapa di dunia ini. Sekiranya anda terpilih untuk menjalankan amanah ini jagalah dan peliharalah amanah ini sebaiknya. 


Anak adalah harta dunia dan akhirat. Ramai orang sanggup berhabiskan masa dan wang berpuluhan ribu ringgit dalam usaha mendapatkan seorang zuriat. Walaupun banyak duit yang anda miliki, anda tidak mungkin mampu membeli darah daging anda sendiri sekiranya Allah tidak mengizinkannya.


Walaupun tidak diberikan harta yang banyak, tetapi banyak kisah yang kita dengar sepasang ibu bapa yang miskin masih mampu menyara kehidupan anak-anak yang ramai. Itulah janji Allah setiap daripada kita sudah ditakdirkan dengan rezekinya sendiri. Tiada siapa yang berhak ke atas rezeki sesiapa. Tetapi usaha dan ikhtiar itu perlu ada. Rezeki adalah suatu takdir yang perlu di seiringkan dengan usaha.


Berbalik kepada topik kita, anak yang Allah anugerahkan ini haruslah dijaga dan diberikan didikan sewajarnya supaya anak ini kelak membesar menjadi seorang anak yang berguna. Didikan yang baik pastinya akan membawa nilai-nilai yang positif di dalam hidup anak-anak ini. Anak-anak yang terdorong kepada perkara positif insya Allah akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Mereka inilah yang akan mendoakan ibu bapanya setelah ibu bapa mereka pergi kelak. 



Selain daripada itu banyak amalan lain yang membawa kepada permergian yang terindah. Antara amalan yang sering kita dengar adalah amalan solat sunat tahjjud. Tak ramai diantara kita mampu bangkit daripada tidur yang lena. Sungguh nikmat bukan bila kita dapat tidur di dalam bilik berpenghawa dingin, tilam yang empuk dan berselimut tebal. Tetapi ada insan lain tika itu, di saat tiada siapa yang melihatnya, dia bangun daripada tidurnya untuk menemui kekasihnya dan berbicara dengannya di dalam doa yang penuh kusyuk dan tulus.





Disaat yang lain masih enak dibuai mimpi, dia memilih untuk bertemu dengan Sang kekasihnya. Tiada lagi alasan mata yang berat atau badan yang penat untuk dia menundakan pertemuan tersebut. Bahkan hampir setiap malam dia bangun menunaikan Solat Sunat Tahajud dan tidak ingin sesekali terlepas malamnya tanpa ada pengisian amalan solat sunat tersebut.


Banyak kisah kematian yang baik-baik yang kita dengari dan boleh diambil iktibar. Antara amalan yang sering diamalkan oleh mereka yang telah pergi dalam keadaan yang sangat indah ini adalah amalan solat sunat tahajud. Akhir kematian sangat indah. Mereka seolah-olah sudah lama bersedia untuk bertemu Sang Penciptanya.


Ya Allah, kematian mereka, adalah kematian yang sangat diredhai. Ahli keluarga berasa sedih akan kehilangannya tetapi turut berasa ada kegembiraan disebalik pemergiaannya itu. Pemergiaannya dalam keadaan yang sangat membahagiakan. Pasti bukan ahli keluarga sahaja yang akan merinduinya pasti Allah juga sangat merindukan hamba-Nya sentiasa beribadat dan mengagungkan-Nya. Lantas  disaat akhir kehidupan hamba-Nya Allah menjemputnya hamba-Nya itu dengan pemergiaan yang sangat indah.


Amalan solat sunat tahajjud ini bukan sahaja membawa kebaikan di dunia semata-mata tetapi turut menjadi penghias kepada rumah kita di akhirat kelak. Kadang-kadang kita sering lupa, sibuk menghias kediaman di dunia sehingga lupa untuk mencari hiasan untuk kediaman akhirat kita. 


Semoga kita juga diberikan kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya. Semoga akhir usia kita juga dijemput Allah dalam keadaan yang terindah. Amin...

Comments

  1. Amin insyaAllah. Terima kasih di atas perkongsian yang sangat menyentuh hati Rawlins. Moga urusan kita semua dipermudahkan dan diredainya

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik untuk kita sama sama sedar yang allah lah yang pemberi rezeki dan yang akan cabut nyawa kita kelak. semoga kita pergi dengan amal penuh di dada

    ReplyDelete
  3. perkongsian dan peringatan yang baik kerana sememangnya manusia kadangkala terlupa dan teralpa. Sebenarnya banyak cara untuk mendapat pahala dan ianya mudah, semoga kita sentiasa beringat dan istiqamah hendaknya

    ReplyDelete
  4. Rasa insaf membacanya .. kadang kita rasa sudah cukup amalan, tapi pada masa sama, belum bersedia nak mati lagi huhu .. moga Allah terima sema amalan kita semua ..

    ReplyDelete
  5. Tengah nak banyakkan amalan. Kadang alpa, celat2 kita kembali. Kita tak tau bila kita akan mati. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  6. Ya dunia ini hanya pinjaman sementara jadi bekalkanlah kehidupan di akhirat kelak dengan banyak beramal dan tunaikan kewajipan ug dituntut Islam.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ini. masih tengah terkial-kial untuk menambah amalam. semoga semuanya diberkati

    ReplyDelete
  8. Terima kasih di atas perkongsian ini. Sedikit sebanyak mengingatkan sy utk banyakkan amalan utk dibawa di dunia sana.

    ReplyDelete
  9. thanks sharing ni. semoga kita pun dapat bawa banyak amalan ke negara abadi nanti

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian ini. Sesuatu yg dapat dimanfaatkan terutaa mengingatkan kita ttg kematian

    ReplyDelete
  11. sumber pahala tu datang dari pelbagai cara kan, tak ada harta kita boleh sedekah ilmu. Tak susah pun nak sedekah ilmu bila kita ada teknologi sharing dengan meluas ni.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing. Bagi kesedaran untuk kita bila menikmati mati nanti. memang harta dunia xboleh bawa mati. Harta akhirat sahaja apa amalam baik yang kita lakukan.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih di atas perkongsian ini. Sungguh bermakna dan terkesan lebih-lebih lagi saya membaca artikel ini pada hari Jumaat. Semoga kita semua memperbaiki amalan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg