JANGAN BERSEDIH ALLAH ITU ADA DAN MAHA MENGETAHUI




Seringkali kita berasa gundah dan gelisah dengan kehidupan seharian kita. Selalu rasa tertekan dan kecewa apabila banyak urusan yang seakan akan tidak selesai dan tiada solusinya. Kita mudah berasa sedih dan tersinggung dengan perkara-perkara yang kecil. Kadang-kadang kita tertanya-tanya pada diri di manakah silap kita sehingga kita berhadapan dengan masalah yang tidak putus-putus dan masih belum menemui jalan penyelesaian.



Telah banyak cara dilakukan untuk menyelesaikan masalah tetapi hati kita seakan-akan tidak kuat dan jiwa kita berasa semakin sakit untuk berhadapan dengan permasalahan tersebut. Kita merasakan tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kita. Kita merasakan tiada teman yang boleh mendengar dan memahami masalah kita. Makin lama hati kita akan berasa semakin sedih dan kecewa.



Kita sebenarnya terlupa bahawa Dia ada dan sentiasa memerhati hamba-Nya dan dialah yang Maha berkuasa dan kuasa-Nya tiada tandingannya dengan apa jua makhluk yang ada di dunia ini. Allah la yang mampu meringankan bebanan hati kita. Dia sangat rindukan doa dan tangisan hamba-Nya. Mengadulah kepada-Nya kerana dialah yang Maha Mendengar dan tidak akan pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya.







Walau beribu batu kita jauhnya kita mengembara Allah tetap ada untuk memerhatikan hamba-Nya. Allah tidak akan pernah membiarkan hamba-Nya yang datang kepada-Nya mendapat sesuatu yang tiada kebaikan. Yakinlah apa jua yang Allah berikan samada ujian atau pertolongan pastinya ada kebaikan dalam keduanya. Berdoalah dan merintihlah kepada-Nya, sesungguhnya Dia maha Mengetahui segala apa yang berlaku. 






Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg