Tuntutlah ilmu kerana ilmu adalah harta yang sangat berharga untuk dunia dan akhirat



Dalam hidup ini, kita jangan sesekali berasa lelah dalam menuntut ilmu. Ilmu adalah harta dunia dan akhirat. Ilmu itu adalah sinar di kala kegelapan. Tanpa ilmu hati kita akan mati. Ilmu mampu menjadikan hidup kita lebih bahagia dan memahami tujuan hidup kita. 


Ilmu akan menjadi sumber kekuatan kita bila musibah melanda. Ilmu menjadikan kita lebih kuat dan bersangka baik dengan ketentuan Allah. Kita akan sentiasa yakin dan percaya apa yang Allah aturkan dalam hidup kita adalah yang terbaik. 





Tanpa ilmu, kita akan leka dengan dunia semata-mata. Kita mudah terpedaya dengan keindahan dunia yang sementara ini. Menjadikan kita berasa sentiasa tidak mencukupi dengan apa yang ada dan mungkin hidup kita tidak lepas dari istidraj. Kita mungkin terus hanyut dan leka. 

Comments