Berbaik sangka dengan musibah dan ujian hidup







Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan laut yang mana tidak bergelora? Setiap orang mempunyai perjalanan hidup sendiri yang mana masin-masing akan menempuh liku-liku serta onak duri yang berbeza bergantung pada jalan yang dipilih. Permulaan pejalanan adalah hampir sama, tetapi penghujungnya akan berbeza bergantung kepada pilihan jalan hidup masing-masing.


Kita sebagai manusia biasa dilahirkan daripada rahim seorang ibu ke dunia ini untuk menjalani takdir hidup masing-masing. Kita dihadirkan nikmat dan musibah untuk menguji kekuatan iman kita. Apakah SYUKUR yang kita pilih atau KUFUR?? Semuanya bergantung kepada ilmu dan amalan kita. Andai kita beramal dengan ilmu yang tepat dan bermanfaat, maka jadilah kita sebahagian daripada golongan mereka yang bersyukur. Sekiranya kita beramal dengan ilmu yang salah, maka hal sebaliknya akan berlaku.


Setiap orang diberikan ujian yang berbeza yang mana bersesuaian dengan kemampuannya untuk menangani ujian tersebut. Cara atau pilihan mana yang mereka ambil akan menjadi penentu kepada haluan mereka yang seterusnya. Ilmu dan amalanlah yang akan menjadi pembimbing untuk kita terus melangkah ke hadapan. Jadi perkara pertama yang wajib ada pada diri kita adalah ilmu dan diikuti dengan amal.


Untuk mendapatkan ILMU yang baik kita perlulah bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan sentiasa hadir ke majlis ilmu. Rasanya tidak terlalu payah untuk kita yang berada di zaman moden ini untuk mendapatkan ilmu. Harini adalah dunia tanpa sempadan, maklumat hanyalah dihujung jari sahaja, Banyak kaedah dan cara untuk menuntut ilmu.





Sesibuk mana kita sekali pun, luangkanlah sedikit masa untuk berdoa di tikar sejadah. Panjatkan lah rasa syukur dengan nikmat yang telah Dia kurniakan. Semoga Allah melapangkan urusan kita dan memberikan jalan keluar kepada permasalahan kita. Serahkan seluruh hidup kita untuk diaturkan oleh-Nya. Semoga hati sentiasa tenang, dikurniakan ilham dan petunjuk agar dapat melaksanakan tugasan dengan cekap dan amanah.


Tiada salahnya jika seseorang itu terlalu sibuk atau gemar berkerja, Islam tu agama yang universal sangat bersesuaian dengan peredaran zaman. Jika kita menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadat insyaAllah rahmat Allah akan hadir bersama setiap langkah yang kita lakukan. Niatkan perniagaan untuk memajukan ekonomi masyarakat kita, untuk membantu membuka ruang dan peluang pekerjaan, untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dan sebagainya. Semoga ibadat kita diangkat dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya. 




Usahlah kita terlalu sibuk mengejar keuntungan duniawi semata-mata, yang mana membawa kepada kerugian besar kepada saham akhirat. Malah, lebih merisaukan andai pekerjaan yang kita usahakan itu tiada keberkatan. Bayangkan lah isteri dan anak-anak yang berkongsi hasil daripada pekerjaan tersebut, mereka mendapat tempias kemudharatan rezeki yang tidak berkat tersebut. Apakah itu lambang pembuktian cinta yang tulus sewaktu akad dibuat? kasihanilah isteri dan anak-anak anda mereka berhak dinafkahi dengan rezeki yang halal.  Tanamkan pada hati anda bahawa rezeki yang berkat itu akan mencukupkan keperluan anda dan mereka. 


Cuba bayangkan seseorang ayah yang mempunyai gaji dibawah RM3000, tetapi sangat patuh syariaat dan Allah mendatangkannya isteri yang taat, anak-anak yang sihat dan minda yang cerdas. Mungkin RM3000 kelihatan kecil nilainya di zaman ini jika dibandingkan dengan mereka yang berpendapatan lebih daripada RM15000. Tetapi sebuah keberkatan tidak mampu dibeli oleh wang ringgit kerana itu adalah kurniaan yang tak ternilai daripada-Nya.


Seseorang yang mempunyai pendapatan yang lebih daripada RM15000, tetapi tidak patuh pada syariat agama, dan menjadikan rezekinya itu tidak berkat, yang akhirnya menyebabkan hidup tidak tenteram, berlakunya permasalahan keluarga, anak-anak yang tidak sihat, dihimpit dengan pelbagai masalah hidup, masalah yang tidak putus dan sebagainya. Adakah angka yang lebih besar itu mampu membuat mereka berasa bahagia dan gembira? jawapannya pasti TIDAK. Bahagia itu adalah bilamana kita syukur dan redha dengan takdir Allah dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan cinta ilahi melaui jalan yang diredhai-Nya.


Sekiranya kita mengukur nilai rezeki itu dengan ilmu matematik pastinya nilai RM15000 adalah lebih besar, tetapi masih jauh layaknya nilai tersebut untuk membeli sebuah keberkatan. Keberkatan dan kasih sayang Allah tidak boleh dibeli oleh wang ringgit, kerana nilainya sangat besar dan tidak terhitung dengan ilmu matematik anda. Maka yakinlah rezeki yang berkat itu adalah lebih besar nilainya dan membawa kepada ketenteraman hidup.





Agama bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang, malah Islam sangat menyokong ummatnya untuk melakukan aktiviti perniagaan. Islam meletakkan garis panduan supaya manusia tidak terbabas mencari rezeki yang tidak halal, berunsurkan rasuah, riba dan sebagainya yang mana perkara ini sangat diperkatakan dengan jelas  di dalam al-Quran. Dan yang paling membimbangkan, sekiranya perkara yang jelas ditegah ini berterusan dilakukan, akhirnya ia akan membawa kepada kemurkaan Allah dan hilanglah keberkatan rezeki tersebut. Amalan yang tidak mendapat rahmat dan keberkatan, pastinya mengundang rasa tidak senang, hati yang tidak tenteram, selalu resah dan gelisah. 


Ujian setiap orang tidak akan sama, Allah mendatangkan ujian yang berbeza yang sangat bersesuaian dengan kemampuan hamba-Nya. Ada orang yang mungkin berjaya di dalam kerjaya tetapi di uji dengan hal jodoh atau pasangan hidup. Sekiranya anda belum menemukan jodoh yang bersesuaian usahlah risau, berdoalah semoga Allah mentakdirkan anda dengan pasangan yang terbaik untuk anda.


Di sebaliknya mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi. Boleh jadi, sekiranya kamu berkahwin, ianya melalaikan tanggungjawabmu terhadap kedua orang tuamu. Mungkin setelah memiliki seorang isteri yang cantik dan pandai menyebabkan dirimu menjadi sombong dan angkuh. Maka, mungkin dirimu dalam keadaan sekarang jauh lebih baik daripada apa yang sedang ada difikiranmu. Pasti ada sebab mengapa dilambatkan atau dipercepatkan jodoh anda. Yakinlah perancangan Allah itu adalah yang terbaik.


Selain itu, ada diantara kita yang Allah menemukannya dengan orang atau pasangan yang sangat menguji hati kita, maka bersabarlah dan bermuhasabalah, mungkin Allah sedang mendidik anda untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan yang lebih baik selepas ini.




Tetapi yakinlah, pasangan kita adalah cerminan diri kita. Sekiranya kita menjaga diri dan kehormatan kita, yakinlah pasangan kita nanti juga sama, tetapi sekiranya kita sendiri gagal menjaga akhlak dan ketegasan bicara kita, maka tidak hairan lah kita juga akan mengundang orang-orang seperti itu juga. Usahlah kita berputus asa dengan takdir hidup dan sentiasalah didik hati kita untuk muhasabah diri supaya kita sedar kesilapan kita dan sentiasalah didik hati untuk memaafkan kesalahan orang lain. Hidup kita akan lebih tenteram andai kita REDHA dengan takdir Allah. 


Apabila kita REDHA, kita akan pandang setiap ujian yang Allah hadirkan itu bukanlah lagi sebagai musibah tetapi sebagai rahmat dan kasih sayang yang Allah ingin berikan. Mungkin anda diuji dengan penceraian, tetapi anda dihadirkan dengan keluarga yang sentiasa menyokong anda dan kawan-kawan yang baik, tinggal pada diri anda sendiri untuk membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik sahaja.




Padahal selama ini masa dan wang ringgit anda dihabiskan untuk orang yang tidak pernah menghargai anda. Sedangkan selama ini, anda tidak pernah nampak akan peranan dan sokongan keluarga yang telah diberikan kepada anda. Mungkin dengan terjadi perceraian dengan orang yang salah ini, dapat membuka mata anda untuk menghargai keluarga dan rakan-rakan anda. Dan sekiranya anda REDHA dengan ujian ini, mungkin Allah akan menggantikan anda dengan pasangan selayaknya.


Setiap orang akan diduga dengan perkara yang mereka cintai. Maka cintailah Allah kerana cinta Allah adalah cinta yang hakiki. Sekiranya rasa cinta kepada Allah melebihi segala-galanya maka, segala ujian yang ada ini, sedikit pun tidak akan menggugat keimanan anda.


Sesungguhnya berbalik kepada fitrah kita sebagai manusia, tahap keimanan kita ada turun naiknya, yang mana akan sentiasa dipengaruhi oleh nafsu dan godaan syaitan supaya kita leka dengan keindahan dunia. Maka jagalah iman dan tingkatkanlah taqwa. Dan kita hendaklah sentiasa beramal dengan ilmu dan berdoa kepada-Nya meminta agar ditetapkan iman dan dijauhkan daripada godaan syaitan. 




Sentiasalah saling mengingatkan satu sama lain, yang mana kita ditempatkan di dunia adalah untuk beribadat kepada-Nya dan jangan lah terleka dengan keasyikkan dunia yang sementara ini. Didik hati kita untuk melakukan sesuatu perkara ikhlas hanya kerana-Nya. Pastinya syurga itu bukanlah mudah, kerana syurga itu ada kelas-kelasnya yang tersendiri yang mana tersedia untuk orang yang sangat dicintaiNya. Dan Neraka juga tersedia untuk mereka yang kufur. Semoga kita sentiasa bersangka baik denganya. Ingatlah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang denga cinta-Nya.

Comments

  1. Benar, kena berbaik sangka dan berprsangka baik, barulah semuanya datangnya baik-baik..kalau tak negatif manjang otak tu berputar...tapi kena kuat melawan yang buruk, kalau tak, memang kecundang di tengah jalan..

    ReplyDelete
  2. Kena berbaik sangka dengan yang maha esa. Ada hikmah di sebaliknya. Tapi tu la kadang2 kita sebagai manusia ni selalu mengeluh kenapa macam tu? kenapa macam ni?. Moga dipermudahkan apa yang kita hajati.

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan segala urusan. Jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah dan takdir-Nya. Semua yang berlaku ada hikmah. Teruskan redha dgn segala ujian-Nya

    ReplyDelete
  4. yes.
    tiap masa bersyukur.
    musibah pun bersyukur tu kena ada. ada hikmah disebaliknya.
    duit sikit, dugaan.
    duit byk, lagi besar dugaannya!

    ReplyDelete
  5. betul, syukur dengan apa yang Allah dah bagi. semua yang berlaku pasti ada hikmah. Allah Maha Mengetahui. Moga kita sabar hadapi ujian aamiin

    ReplyDelete
  6. Yup. I agree with you. Kita kena bersangka positive walopun diri sedang diduga. There is something Allah S.W.T is trying to teach us.

    ReplyDelete
  7. Sekarang mudah nak dapatkan ilmu, tapi pastikan ilu yang sahih. nak lebih kenalah dapatkan bimbingan seorang guru. Bersabar dan bersyukurlah atas ketentuan Allah. Kdg2 terpesong juga fikiran diri ini. Semoga bermanfaat bagi yang membaca.

    ReplyDelete
  8. Betul..kita kena bersyukur dan berbaik sangka dgn ujian yg dtg. Ada hikmah yg tersembunyi yg kita sendiri x tahu apa. Hanya Allah yg tahu segalanya apa yg diturunkan pada kita

    ReplyDelete
  9. Pasangan kita ada cermin diri kita betul tu hurm kita jangan mudah mengalah dan terus berdoa kerana setiap doa kalau tidak di berikan dalam apa yang kita pohon akan diberikan dengan cara yang kita tidak sangka...

    ReplyDelete
  10. Hidup ni kena kuat. Kuat bukan bermakna gagah perkasa atau berani gaduh-gaduh. Kena kuat untuk mencari persepsi positif. Positif dengan keadaan dan rezeki. Positif dengan pasangan dan orang sekeliling. Banyak yang kita perlu pelajari. Sabar juga ada beberapa bahagian boleh kita ambil iktibar. Saya nak hidup lama. Nak tengok anak-anak membesar. Jadi kena kurang berleter dan stress. Hahaha

    ReplyDelete
  11. mmg kena sentiasa berbaik sangka..setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya...yg penting kena sentiasa positif dan optimies

    ReplyDelete
  12. Setuju. Hidup kita kena tahu bersyukur dan husnudzon dengan perancangan Allah. Bila kita yakin, InshaaAllah semuanya baik² belaka Allah turunkan

    ReplyDelete
  13. betul tu, syukur dan sabarlah atas segala cabaran. istighfar selalu

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg