KHASIAT MINYAK ARGAN


Minyak argan kini sangat terkenal dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan diri. Minyak argan diproses daripada buah pokok argan atau nama saintifiknya adalah Argania Spinosa yang kebiasaannya di tanam di Morocco. Pokok ini menganbil masa yang agak lama untuk mengeluarkan buah iaitu diantara 30 hingga 50 tahun. Selain daripada itu setiap 30Kg buah argan mampu menghasilkan sebanyak 1 liter minyak. 


buah-argan

Minyak argan yang terbaik dan berkualiti tinggi bergantung kepada keasliaan minyak itu sendiri. Kebanykkan minyak argan yang ada dipasaran kurang keasliaannya dan mengandungi nisbah bahan campuran yang lebih tinggi. 

Minyak argan asli memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikkan manusia bermula dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Minyak argan mengandungi vitamin A dan E, tinggi anti oksida yang mana mampu meningkatkan tahap keremajaan sel dan menjadikan proses penuaan itu menjadi perlahan. 

Minyak argan dapat membantu menyihatkan kulit dan menyeimbangkan kadar lembapan kulit. Kulit menjadi lebih sihat dan bermaya. Selain itu, minyak argan sangat sesuai digunakan setiap hari. Selepas cuci wajah, anda boleh menyapu sedikit pada wajah dan urutkan perlahan-lahan diseluruh wajah. Hasilnya kulit menjadi lebih lembut dan segar. 

Antara khasiat minyak argan yang lain, boleh juga digunakan untuk melembapkan bibir yang kering. Sesiapa yang mempunyai masalah bibir kering pasti berasa tidak selesa dan terasa sakit dan kadang-kadang boleh menyebabkan luka. Caranya, anda boleh amalkan menyapu minyak argan pada bibir anda sewaktu malam sebelum tidur. Hanya perlu sapu nipis sahaja dan biarkan sahaja di bibir, keesokkan pagi anda boleh bersihkan dan pastinya anda dapat merasakan perbezaannya. 

Selain itu, minyak argan juga dapat membantu melembap dan menyihatkan rambut. Sekiranya mempunyai masalah rambut yang kering atau rosak, anda bolehlah menggunakan minyak argan dalam rutin penjagaan rambut anda. Setelah membersihkan rambut, keringkan rambut anda sebaiknya. Kemudian ambil sedikit minyak argan sapukan pada rambut anda secara perlahan-lahan. Selain itu, anda boleh sapukan sedikit dibahagian kulit kepala dan urut bahagian tersebut secara perlahan-lahan. Amalan ini dapat membantu meransang peredaran darah dan menjadikan rambut anda lebih sihat bermaya. 
argan-oil-simplysiti
Selain itu, di dalam bidang kecantikkan, minyak argan turut digunakan sebagai asas solekan. Minyak argan disaou nipis ke seluruh wajah dan dibiarkan seketika supaya meresap ke dalam kulit. Kemudian bolehlah mulakan solekan wajah. Solekan menjadi lebih mudah dan lancar apabila kulit lembap sekata. Kebanyakkan faktor menyebabkan solekan bercapuk dan tidak kemas adalah berpunca daripada base yang tidak bersesuaian. 

Kepada sesiapa yang gemar memakai foundation, minyak argan juga boleh dicampurkan ke dalam foundation untuk menghasilkan solekan yang "glowing" dan kelihatan "flawless". Untuk dapatkan "glass skin effect" anda bolehlah menggunakan minyak argan di dalam solekan anda. Tambahan lagi, minyak argan sangat membantu untuk mengekalkan solekan lebih lama dan tidak bercapuk. 

Minyak argan juga dapat membantu mengurangkan kesan rekahan kulit. Sekiranya terdapat rekahan, contohnya bahagian tumit kaki anda boleh sapukan dengan urutkan perlahan-lahan bahagian tersebut dengan minyak argan. Bersihkan bahagian tersebut dengan air suam, dan lapkan sehingga kering kemudian sapukanlah minyak argan. Lakukan setiap malam, seeloknya sebelum tidur. Dalam tempoh seminggu anda sudah dapat melihat perubahan, kesan rekahan akan semakin berkurangan.

Minyak argan bersifat anti radang dan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Untuk yang menpunyai masalah jerawat, jangan risau minyak argan tidak menyebabkan kulit anda menjadi semakin berminyak, tetapi membantu menyeimbangkan lembapan kulit anda. Selain itu, jika di amalkan secara rutin, masalah kulit seperti jerawat dan kedutan dapat dikurangkan. 

Minyak argan yang terdapat di pasaran hadir dalam pelbagai pakej dan harga. Pilihlah yang bersesuaian supaya tidak merosakkan kulit anda kerana minyak argan yang sudah bercampur dengan bahan lain akan memberikan tindakbalas yang berbeza terhadap kulit. Berbanding dengan minyak lain, harga jualan minyak argan juga sedikit mahal, tetapi sangat berbaloi dari segi khasiat yang akan kita perolehi. 

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg