KHASIAT KURMA

Buah kurma sangat terkenal terutamanya dikalangan umat Islam. Kurma adalah sebahagian daripada makanan sunnah dan juga terkenal sebagai buat yang tinggi nutrisi dan mempunyai banyak khasiat.




Permintaan buah kurma kebiasaannya adalah tinggi ketika kemunculan bulan Ramadhan. Umat Islam akan berbuka puasa dengan mengamalkan sunnah nabi iaitu mulakan dengan memakan kurma. Seeloknya buah kurma boleh dijadikan sebagai makanan yang boleh diambil pada setiap hari memandangkan ianya sangat berkhasiat untuk badan kita. 


Buah kurma mempunyai rasa yang manis dan sedikit lemak. Buah kurma mengandungi gula dan dapat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti harian. Disebabkan hal itu, ketika berpuasa kita digalakkan untuk memakan buah kurma ketika bersahur. Bersahur tidak semestinya memerlukan anda makan nasi dalam kadar yang banyak supaya anda boleh menyimpan tenaga sehingga tiba waktu berbuka puasa. Apabila anda makan nasi terlalu banyak, anda akan mudah mengantuk dan cenderung untuk berasa lapar ketika berpuasa. 


Buah kurma boleh dijadikan menu anda ketika bersahur. Memadai untuk anda memakan kutma dan minum air kosong. Kandungan nutrisi yang ada di dalam kurma dapat membantu badan anda untuk mendapatkan keperluan tenaga yang secukupnya ketika berpuasa. Untuk yang tidak gemar bersahur jangan terlepas peluang ini kerana terdapat banyak kelebihan untuk orang yang bersahur, sekiranya anda berasa mengantuk sekalipun, cubalah untuk bersahur walau hanya dengan memakan kurma.




Pada suatu masa dahulu, kurma juga dijadikan makanan untuk tentera Islam. Sewaktu pergi berjuang di medan perang, tentera Islam memakan kurma untuk mengisi perut mereka dan ternyatalah kurma ini bukan sembarangan buah, kurma dapat memberikan badan tenaga kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi. Oleh hal yang demikian, pengambilan kurma tidak perlu terlalu banyak, bimbang jika berlebihan boleh menyebabkan masalah kegemukkan di kemudian hari. 


Selain itu, kurma juga bagus untuk diamalkan kerana ia bagus untuk kesihatan dan keremajaan sel anda. Kulit anda akan kelihatan segar dan bersih sekiranya anda mengamalkan memakan buah kurma. Kurma mengandungi vitamin untuk menyokong kesihatan kulit anda.




Terdapat banyak jenis kurma di pasaran, dan di pakejkan mengikut jenis, saiz dan kualiti. Sekiranya anda berkemampuan boleh sahaja membeli Kurma Ajwa atau Kurma Nabi. Kurma mempunyai warna kehitaman dan saiznya sedikit kecil dan bijinya bujur dan panjang. Rasanya sedikit manis dan mempunyai tekstur yang lembut dan sedap untuk di makan. Kurma ini dikatakan kurma yang terbaik, tetapi sekiranya diluar budget anda, terdapat banyak kurma lain yang boleh dijadikan pilihan seperti kurma mabroom, sayer, mariami dan sebagainya. 



Comments