Posts

Showing posts with the label khasiat kurma

KHASIAT KURMA

Image
Buah kurma sangat terkenal terutamanya dikalangan umat Islam. Kurma adalah sebahagian daripada makanan sunnah dan juga terkenal sebagai buat yang tinggi nutrisi dan mempunyai banyak khasiat. Permintaan buah kurma kebiasaannya adalah tinggi ketika kemunculan bulan Ramadhan. Umat Islam akan berbuka puasa dengan mengamalkan sunnah nabi iaitu mulakan dengan memakan kurma. Seeloknya buah kurma boleh dijadikan sebagai makanan yang boleh diambil pada setiap hari memandangkan ianya sangat berkhasiat untuk badan kita.  Buah kurma mempunyai rasa yang manis dan sedikit lemak. Buah kurma mengandungi gula dan dapat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti harian. Disebabkan hal itu, ketika berpuasa kita digalakkan untuk memakan buah kurma ketika bersahur. Bersahur tidak semestinya memerlukan anda makan nasi dalam kadar yang banyak supaya anda boleh menyimpan tenaga sehingga tiba waktu berbuka puasa. Apabila anda makan nasi terlalu banyak, anda akan mudah mengantuk...