MANFAAT SUSU UNTUK ANDA


Susu mempunya banyak khasiat baik terhadap kesihatan kita. Ia juga merupakan pelengkap kepada nutrient harian kita. Amalkan meminum 2 gelas susu setiap hari untuk kekal sihat. Berikut adalah beberapa manfaat pengambilan susu jika diambil secara rutin;

1. Kecantikan kulit 

Amalan mandi susu dapat membantu kulit agar tetap lembut, anjal dan berseri. Manfaat yang sama turut diperolehi  dengan hanya  mengamalkan minum beberapa gelas susu setiap. Susu memiliki beberapa nutrisi yang membantu kulit untuk kekal sihat. Susu mengandung asid laktik yang bertindak sebagai exfoliant yang membantu kulit agar sentiasa kekal halus. Susu juga mengandung  asid amino yang akan membantu melembabkan kulit dan  juga mengandung antioksidan yang dapat membantu mencegah kerosakan kulit dari kesan pencemaran.

2. Kesihatan Tulang dan Gigi 

Susu merupakan sumber kalsium yang penting untuk pembentukkan tulang yang sihat. Tidak hanya kanak-kanak yang memerlukan  kalsium untuk pertumbuhan tulang mereka, malahan orang dewasa juga memerlukan kandungan kalsium yang mencukupi untuk memastikan tulang mereka kekal kuat dan untuk mencegah osteoporosis. Susu ini juga bagus untuk keihatan gigi dan gusi; ia dapat membantu mencegah kerusakan gigi dan gigi berlubang. 

3. Memulihkan  Otot 

Susu mengandung protein, yang membantu untuk merangsang pembentukkan  otot yang kuat. Minum segelas susu setelah bersenam, membantu tubuh akan mendapatkan protein untuk memulihkan otot setelah melakukan aktiviti. Susu juga akan bertindak  untuk mencegah rasa ketegangan pada perut, serta menyeimbangkan bendalir badan yang telah hilang menerusi perpeluhan semasa melakukan aktiviti senaman.

4. Menjaga Berat Badan 

kajian menunjukkan bahawa wanita yang minum susu rendah lemak atau susu skim dapat menurunkan berat badan lebih banyak daripada  mereka yang tidak mengamalkan pengambilan susu dalam menu seharian. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari; segelas susu selepas makan malam, dan minum segelas susu semasa sarapan pagi.

5. Mengurangi Stres 

Susu adalah cara yang bagus untuk membantu mengurangkan tekanan stres setelah penat seharian. Segelas susu panas/suam akan membantu mengendurkan otot yang tegang dan dapat menenangkan saraf. Susu juga telah terbukti dapat mengurangi gejala PMS (sindrom pra menstruasi) dan dapat meningkatkan energi. Jika Anda merasa penat atau letih setelah sibuk bekerja, cubalah untuk  minum segelas susu semasa anda sedang berehat.





Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg