REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Sis dah cuba menggunakan Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream selama 6 bulan. Ada pro and cons sepanjang penggunaan. Pada permulaannya, produk ini diperkenalkan oleh kawan sis. Dia cadangkan menggunakan jenama ini kerana dia dan kawannya telah mencubanya dan sangat bersesuaian dengan kulit mereka.




Sis pun apa lagi, agak teruja jugak masa tu. Kebetulan pada masa tu sis memang tercari-cari produk yang boleh kurangkan sunburn. Kawan sis ni dia cadangkan untuk sis pakai yang ni. Yang warna oren ni, kerana kawan dia dulu pernah sunburn teruk dan warna kulit dia dah jadi oke balik setelah menggunakan produk ni secara rutin.


Sis pun apa lagi, bila ada masa free tu pergilah mencari produk ni. So, macam biasa la sis akan baca depan belakang dulu. So agak puas hati la dengan penerangan tu, lebih kurang la dengan apa yang kawan sis explainkan. Lepastu sis beli lah memandangkan harganya pun harga mampu milik. 


Sis pun mula memakainya sebelum tidur. Krimnya sedikit pekat kalau nak dibandingkan dengan krim lain. Apabila disapu pada wajah tu, rasa sedikit melekit. So, sis biarkanlah kat wajah tu sehingga pagi. Keesokannya sis pakai lagi dengan kurangkan sedikit kuantiti penggunaan tu, tetapi hasilnya masih merasa melekit. Masa tu sis beranggapan maybe kulit sis jenis berminyak kot so sebab tu ada rasa melekit tu.


Selepas 2 hari lebih kurang, muncul bintik-bintik kat wajah seperti jerawat pasir. Sis ingatkan tu jerawat yang datang singgah sekali sekala la kot. Sis teruskan penggunaan, bintik-bintik berterusan muncul.


Sis pernah cuba memakai krim ni secara nipis pada waktu siang, memang tak sesuai dengan kulit sis. Kulit menjadi sangat berminyak dan apabila keluar dan terdedah dengan cahaya matahari kulit semakin berminyak dan kelihatan kusam dan gelap. Rasa gelap masa depan jap bila tengok cermin.. Hehe


So sis stop penggunaan sekejap, dan mendapati bintik-bintik beransur hilang. Bila dah oke balik, sis cuba memakai krim ni semula cuma untuk waktu malam sahaja. Kesannya masih sama selepas beberapa hari bintik-bintik seperti jerawat pasir akan muncul kembali. So sis stop kan penggunaan. 


Memandangkan produk tersebut baru di beli dan masih banyak bakinya. So sis rasa agak membazir untuk membuangnya. Then, sis baca la balik penerangan produk kat bahagian belakang tu. Sesuai untuk lembapkan kulit jadi sis pun sapukanlah kat area yang agak kering seperti tumit kaki, lutut Kadang-kadang siku. Memandangkan kulit badan tidaklah sensitif seperti kulit wajah so tak de la naik bintik-bintik. Bahagian yang kering tu akan terasa moist gitu. 


Yang sis suka pasal produk ni, bau dia wangi. Bau sweet je. Sis rasa selesa dengan bau dia, ada sesetengah produk sis tak boleh pakai sebab tak tahan bau dia yang terlalu kuat. Bagus macam mana pun produk tersebut, kalau dah bau dia memeningkan kepala memang sis tak akan continue untuk pakai sebab sis akan rasa terganggu. 


Sometimes bila ada skin yang menggelupas, sis akan sapukan je kat situ. Menggelupas ni Kadang-kadang menyakitkan tau tak. Ada orang yang menggelupas biasa-biasa yang tu lain. Macam sis, memang ada alahan dengan sabun atau bahan tertentu. Sampai tahap nak betul kan tudung tu pun rasanya macam nak menitis air mata tu. Tu baru betulkan tudung bukannya kain guni tau. Memang ada krim yang boleh didapati daripada klinik, tetapi harganya sedikit mahal. 





So, bila kulit dan menggelupas tu sis sapukan je la ni. Jimatlah sikit duit sis. Sorry la gambar dia tak berapa menarik sangat sebab sis dah tekan-tekan kuat botol dia tu memandangkan krimnya sangat pekat. Tapi keluar sikit-sikit tu dah oke dah dah boleh sapu sana sini dah sebab ia sangat pekat. 

Comments

  1. Neves Rawlins baca bila muncul jerawat pasir tu. Rawlins kalau produk tak sesuai, memang akan terus kemerahan. Memang kena stop.

    ReplyDelete
  2. Kena stop terus penggunaan. Memang tak sesuai lah tu. Fana tak suka Rosken ni sebab melekit sangat, losyen dia pun sama. Cetaphil je sesuai.

    ReplyDelete
  3. kalau tak sesuai kena stop. takut nanti makin teruk n susah nak cari produk yang sesuai. rosken ni femes, tapi kalau tak sesuai nak buat macam mana kan

    ReplyDelete
  4. I guna yang biasa punya so far alhamdulillah ngam dengan muka. Memang sedih kalau produk tak ngam dengan muka ni, terpaksa let go

    ReplyDelete
  5. Pelembap memang perlu utk muka tapi kadang2 pelembap boleh bawa masalah pd kulit. Jadi hati hati pilih produk.

    ReplyDelete
  6. setakat ni marou pakai jarang la dapat side effect lepas pakai produk. mungkin kulit tak berapa nak sensitif kot hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau pakai produk pada muka kalau timbul jerawat pasir ke ruam ke dan sebagainya memang saya pun stop. Tak nak jadi lebih teruk. Produk ni first time saya dengar. Boleh cuba buat sapu pada kawasan yang kering sebab ia melembapkan kulit kan.

    ReplyDelete
  8. oo bagus juga ni ya. saya kadang2 ada juga jerawat, alhamdulillah guna yang Youth Skincare ni mujarab juga

    ReplyDelete
  9. Kalau tak ok kena stop ! takut nanti muka jadi teruk dah rosak.. lagi susah nak baik, kena dapatkan info tentang produk dan guna mana yang sesuai sahaja.

    ReplyDelete
  10. Oh rosken ni tak pernah lagi try, tapi kalau jenis melekit memang tak selesa, sis prefer yang waterbase tapi yelah dh beli sayang pula kan. Xpe boleh pakai ditempat lain :)

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  11. Produk untuk jerawat kita ni muka berminyak dan juga kadang-kadang memang akan kelua jerawat manjah gituwww hehehe produk ni mungkin berguna....

    ReplyDelete
  12. Tak pernah cuba lagi Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream .. tapi kalau pakai naik ruam ruam ke jerawat ke better stop la..risau kan kat muke :D

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba lagi produk ni. Ramai yang kata ok dan tak ok. Mayb ikut jenis kulit dan masalah individu kot kan. Kalau tak sesuai better stop lah guna.

    ReplyDelete
  14. Ooo Sis paling tak suka kalau pakai kulit kelupas, pedih wooo..lagi satu sayang kulit kita, makin hari nanti makin tipis, tu yang senang kena sunburn tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)