Posts

Showing posts from March, 2020

JANGAN MALU UNTUK BERKATA TIDAK TAHU

Image
Sepertimana rezeki lain yang mana kita ketahui, Allah akan membahagi-bahagikan rezeki-Nya kepada setiap hamba-Nya. Setiap daripada akan menerima apa yang Allah kurniakan. Pembahagian rezeki itu bergantung kepada Ilmu-Nya yang Maha Luas sehingakan tidak terhitung oleh buih-buih diseluruh lautan. Ilmu juga sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tak ada satu manusia pun memiliki sebarang ilmu tanpa diperkenankan oleh-Nya. Sebagai contohnya, ilmu matematik akan dirujuk kepada guru matematik, dan sekiranya ditanyakan kepada guru pendidikan seni, pasti gurumu akan menyuruhmu untuk merujuk kepada guru matematik kerana beliau lebih arif dalam ilmu tersebut dan mampu untuk menjawab pertanyaan tersebut. Ilmu dan kemahiran setiap orang tidak sama. Contohnya, dalam kisah Imam Malik apabila datang kepada beliau seorang musafir yang menempuh perjalanan yang jauh bertanyakan soalan, tetapi beliau hanya menjawab apa yang ada dalam linkungan ilmunya ...

Baca doa ini setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara

Image
Mulakan sesuatu perkara dengan membaca surah al-Fatihah semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat redha dan kasih sayang daripda-Nya. Semoga kita dikurniakan ilham dan petunjuk dari-Nya. Semoga bacaan ini menjadi perisai dan mencegah diri kita daripada melakukan kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Dalam kita tidak sedar, banyak perkara yang kita lakukan kadang-kadang terpesong daripada tujuan asal. Semoga dengan amalan membaca surah al-Fatihah ini Allah mengangkat amalan kita, dan sentiasa memberikan pertolongan agar kita tetap berada di jalan yang lurus. Semoga amalan ini dapat mengubah diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan sentiasa berbaik sangka dengan takdir Allah. Jika kita melakukan sesuatu ikhlas kerananya pastinya kita akan berasa gembira dan tidak mudah putus asa dengan ujian yang diberikan olehnya kerana kita yakin nikmat dan ujian kedua-duanya datang daripadanya. Al Fatihah itu juga adalah penawar. Disaat  anda dilanda kebuntu...

Bantuan Prihatin Nasional Akan Diagihkan Kepada Rakyat Bermula April 2020

Image
Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.  Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, Mengikut kelayakan berikut: Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kepada golongan B40 dan M40 pembayaran adalah seperti berikut. B40 adalah berdasarkan kepada golongan yang telah berdaftar di bawah BSH manakala golongan M40 berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  ...

Blog, Website dan Google Adsense

Image
Selain daripada You Tube Channel, antara platform lain yang membolehkan kita mencari pendapatan sampingan adalah menerusi laman blog. Sesiapa yang gemar menulis atau mengarang boleh menggunakan blog anda untuk mendapatkan income sampingan. Sepertimana You Tube Channel, blog juga memerlukan anda menjaga kualiti content supaya dapat menarik orang ramai ke blog anda. Penulisan haruslah bersesuaian dengan target sasaran anda. Cari content yang bersesuaian supaya mereka akan berulang kali ke blog anda untuk membaca penulisan anda. Pastikan blog anda mempunyai kandungan yang berinformatif dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Seandainya anda mampu menghasilkan content yang menarik, maka peluang untuk menarik trafik ke blog anda akan semakin tinggi. Jadikan ruangan blog anda sebagai ruangan ilmu untuk pembaca anda, mereka akan berasa tertarik dengan ilmu-ilmu baru yang anda sampaikan. Cara penyampaian bergantung kepada anda sendiri samada secara santai atau apa sah...

You Tube dan Google Adsense

Image
Kita selalu dengar, ada diantara kita mencari pendapatan sampingan menerusi 'platform' You Tube. You Tube memberikan ruang kepada mereka yang kreatif dalam menghasilkan video-video yang menarik untuk memperkembangkan bakat mereka dan menjadikan penghasilan video tersebut satu cabang untuk mendapatkan 'site income'. Selain perlu menyediakan video yang berkualiti, para you tuber jugak harus menitik beratkan  perihal 'content'. 'Content' haruslah berrmanfaat dan berinformatif supaya video tersebut mendapat sambutan daripada golongan yang disasarkan. Untuk mendapatkan 'site income' menerusi 'platform you tube' ini mempunyai terma dan syaratnya yang tersendiri. Anda perlulah mumuat naik video-video yang telah anda edit ke platform 'you tube' anda dan jangan lupa untuk mendaftar 'Google Adsense'. Untuk Google Adsense ni selain mendaftar anda haruslah aktif dan mempunyai sekurang- kurangnya 1000 ...

Doa sebelum dan selepas membaca al Quran

Image
Sebelum membaca al-Quran atau hendak menuntut ilmu, disarankan untuk membaca dan mengamalkan doa berikut: Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ….diikuti dengan: yang bermaksud: “Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.”  Doa Setelah selesai membaca al-Quran: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Ertinya: “Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.” Doa ini biasa di baca selepas membaca al-Quran me...

Bantuan Prihatin Nasional Adalah Sebahagian Daripada Skim Rangsangan Ekonomi Yang Akan Disalurkan Kepada Rakyat Pada April Dan Mei

Image
Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia baru sahaja membuat pengumuman mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi sebentar tadi. Pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada rakyat menerusi Bantuan Prihatin Nasional.  Bantuan ini akan mula dibayar secara berperingkat bermula April dan Mei 2020. Sebanyak hampir RM 10 billion akan disalurkan kepada rakyat menerusi bantuan ini. Diharapkan penderitaan rakyat dapat dikurangkan.  Bantuan sebanyak RM1, 600.00 akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4, 000.00 sebulan. Bayaran akan dibayar secara berperingkat, RM1,000. 00 akn dibayar pada April dan baki akan dibayar pada Mei 2020. Selain itu, bantuan ini turut diagihkan kepada golongan M40 sebanyak RM1,000. 00 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan di antara RM4, 000.00 ke RM8, 000.00 sebulan. RM500. 00 akan dibayar pada April dan bakinya pada bulan Mei.  Individu bujang yng berusia 21 tahun ke atas dan berpendapat...

Iktibar kisah Masyitah dalam menegakkan Agama Islam

Nama Masyitah adalah nama yang tidak asing lagi buat kita semua. Beliau merupakan srikandi dan pejuang Islam yang sangat berani dan yakin dengan agama yang diaanutinya. Keimanannya menjadi saksi kematiannya dan ahli keluarganya yang lain. Di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah menjadi saksi melihat kebesaran Allah iaitu Tuhan Semesta Alam. Antara peristiwa yang membawa tanda tanya di hati Rasulullah adalah dari mana datangnya bau yang sangat harum sehinggakan baginda berasa begitu aneh sekali. Jibril memperjelaskan bahawa mereka sedang melewati makam Masyitah yang mana bau harum itu adalah datangnya daripada makam tersebut. Masyitah adalah pendandan kepada putri Firaun. Beliau menyembunyikan keislamannya supaya tidak diketahui oleh Firaun yang zalim itu. Pada zaman itu, rakyat jelata dipaksa untuk menyembah Firaun dan mengangkat diri Firaun sebagai tuhan. Sesiapa yang ingkar pada arahan Firaun akan dibunuh hidup-hidup dengan kejam dan tanpa belas kasihan. ...

Tempoh perintah kawalan pergerakkan akan dilanjutkan sekiranya keadaan tidak beransur pulih

Image
Kerajaan telah mengumumkan bahawa tempoh perintah kawalan pergerakan yang dibincangkan di dalam mesyuarat dan berkemungkinan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Keadaan menjadi sukar dipulihkan gara-gara masih ada pihak yang enggan mematuhi arahan dan bersikap tidak endah dengan apa yang telah terjadi kepada masyarakat kita. Pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mematau pergerakan rakyat dan akan meneruskan sekatan pergerakan buat masa ini sehingga keadaan beransur pulih.  Usaha ini tiada maknanya anda ada diantara mereka diluar sana masih tidak mengambil iktibar dengan penderitaan orang lain. Apalah makna pengorbanan mereka yang lain sekiranya anda beterusan melanggar arahan dan berniat menjaga kepentingan diri sendiri.  Ada pihak yang dibenarkan berkhidmat di atas dasar tertentu, dan ada pihak boleh menghentikan operasi buat sementara waktu. Hal ini hanya akan berhasil sekiranya semua pihak berkerjasama dan bertanggungjawab menjalankan peranan masing - m...

HILANGKAN KESEDIHAN DENGAN MENGAMALKAN SURAH AL-GHAFIR AYAT 44

Image
Kehebatan ayat 44 daripada surah al Ghafir ini banyak dibincangkan dan diseru untuk diamalkan oleh para ilmuwan. Ayat ini mengajak kita untuk membuat penyerahan seluruh jiwa hanya kepada Allah SWT. Sesungguhnya yakinlah Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui akan keadaan hamba-Nya. Ayat ini menyeru kita bersandar teru kepada Allah dalam apa jua keadaan. Dsaat tiada lagi manusia yang mampu menenangkan rasa resah gelisah dihati kita, yakinlah hanya Allah yang mampu menghilangkan kesedihan dan luka lara tersebut dan menggantikannya dengan ketenangan, jiwa yang lapang, kegembiraan dan diberikan jalan keluar kepada masalah yang sedang dihadapi.  Yakinlah dengan Maha Suci Allah, dialah yang memiliki segala yang ada di muka bumi ini. Mintalah kepada-Nya dan jangan sesekali berputus asa kerana Dia pastinya lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bila waktu yang terbaik untuk Dia memperkenankan doa hamba-Nya itu. Jika kita melarat, dibenci orang, d...

Pengeluaran wang RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP

Image
Perdana Menteri telah membuat pengumunan, pemilik akaun KWSP boleh mengeluarkan  wang simpanan menerusi program i-lestari maksimum sebanyak RM500 sebulan menerusi akaun 2. Pengeluaran dibenarkan dibuat oleh pemilik akaun berusia 55 tahun ke bawah di dalam tempoh 12 bulan. Rakyat boleh membuat pemprosesan melalui kemudahan i-lestari.  Permohonan ini boleh dibuat bermula 1 April 2020. Ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat semoga bebanan yang ditanggung oleh sebahagian rakyat dapat diringankan.

Berbaloikah di kuarantin selama 14 hari untuk elakkan penyebaran COVID-19?

Image
Selama 14 hari banyak aktiviti tergendala, banyak syarikat terpaksa dihentikan operasi dan ditutup buat sementara waktu. Banyak pihak terjejas  akan kedudukan ekonominya. Selain itu, sekolah dan universiti turut ditutup dan terhentilah seketika sistem pendidikan negara kita, terhentilah seketika proses pemecutan pelapis-pelapis pemimpin negara di masa akan datang. Banyak aktiviti tetpaksa ditunda dan keadaan menjadi agak membimbangkan apabila mendengar angka mereka yang dijangkiti kian meningkat. Tak kurang juga, angka kematian kian bertambah. Berbaloikah kepada pengorbanan mereka yang patuh kepada arahan untuk dikuarantinkan dan dihentikan pembayaran gaji demi mengelakkan penyebaran COVID-19 ini? Sekiranya masih ada mereka yang diluar masih giat menjalankan perniagaan yang masih boleh ditangguhkan dalam masa 14 hari ini, masih meneruskan perniagaan tanpa mengambil kira keselamatan pekerja dan keluarga pekerja berbaloikah pengorbanan mereka yang lain? Ber...

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya majikan tidak adil?

Image
Ramai diantara kita yang kurang bernasib baik mendapat majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengadili hak pekerja. Jangan risau, undang-undang tersedia untuk membela nasib mereka yang teraniaya dan jangan risau seandainya undang-undang dunia tidak berpihak kepada anda, mahkamah akhirat menanti anda untuk dibicarakan. Usah terpedaya dengan ugutan atau gertakan pegawai atasan anda yang gagal menjalankan tugas dengan baik dan mebebankan anda dengan tugasan kerja yang tidak berkaitan dan kadang  kala tidak masuk di akal.  Konsep kerja adalah melibatkan kontrak yang dipersetujui dua pihak, iaitu majikan dan pekerja. Seringkali kontrak tersebut akan berpihak kepada majikan sekitanya kontrak itu diciptakan untuk tujuan mengaut keuntungan dunia semata-mata yang mana akhirnya, tidaklah menguntungkan tetapi menganiaya pekerja yang tidak bersalah. Seringkali kontrak diubah suai berdasarkan keperluan syarikat semata-mata, tanpa mengira apakah waja...

CINTA KEPADA RASULULLAH

Image
Cinta itu adalah rasa kasih dah sayang terhadap sesuatu. Bila adanya rasa cinta itu, maka terbitlah rasa rindu. Cinta membuatkan yang lemah menjadi kuat, yang lara menjadi gembira, yang berat menjadi ringan. Betapa rasa cinta itu mampu mengubah hati seseorang menjadikan seseorang itu taat dan patuh. Apabila lahirnya rasa cinta pasti kita akan mengulang dan membenarkan kata-kata yang dicintai. Begitulah jua cinta diantara ummat dan Rasulullah. Andai kita mencintai Rasulullah, pasti kita ingin bertemu dengannya. Walaupun tidak pernah melihatnya, tetapi kerana cinta kepada ajarannya kita berasa sangat rindu untuk bertemu dengannya.  Untuk bertemu dengannya kita haruslah berusaha mengamalkan sunnahnya dan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semoga selawat kita menjadi bukti cinta kepadanya dan semoga memperolehi syafaat daripadanya.  Pintu kematian adalah salah satu pintu yang perlu kita tempuhi di dalam usaha kita untuk bertemu Ras...

Simptom COVID19

Image
Seluruh rakyat Malaysia perlu berkerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membendung peyebaran Virus Corona. Masing-masing haruslah mengambil langkah untuk berada di rumah masing-masing dan mengawasi pergerakan seisi rumah bagi mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti. Sekiranya bekalan hampir terputus, wakil atau ketua keluarga bolehlah keluar membeli bekalan makanan untuk ahli keluarga. Hanya satu orang sahaja dibenarkan untuk keluar membeli bekalan makanan. Anggota polis akan menahan dan mengeluarkan saman kepada rakyat yang ingkar.  Selain itu, sewaktu keluar anda dikehendaki memakai 'mask', dan menjaga jarak anda dengan satu sama lain untuk mengelakkan risiko dijangkiti virus tersebut. Belilah barang secepat mungkin dan segera keluar daripada pasar raya dan terus pulang semula setelah selesai melakukan pembelian barang bekalan. Setelah tiba di rumah, disarankan untuk anda terus membersihkan diri. Pakaian terus diren...

Corona Disease or COVID-19 symptoms

Image
Corona Disease spread rapidly across the country due to lack awareness among public. Today, schools, universities, private sector need to stop their operations in order to prevent the spread of the virus. If we do not break the chain of the COVID-19, situation can become worse and the future of country will be affected. Students can not go to schools and universities, eldest cannot go to workplace , and a lot of us feel unsecured. How long we will face this kind of situation? This situation will not getting better if all of us do not want to take the responsibility to make it better. Everyone should plays their role. We should try our best to prevent the spread of the disease.  First of all we should know the symptoms of the disease. There are few symptoms of the disease. People may experiece COUGH, FEVER, TIREDNESS, DIFFICULT TO BREATH (severe cases). Infected person may not notice the symptoms and symptoms may arise after 1 to 14 days depending to the individual immu...

Do and don't during COVID-19 Phenomena

Image
We are currently facing a serious situation in handling COVID-19. Day after day, there is increasing in number of people who get affected with corona virus. Other than that, rate of death is  also increasing. This virus can easily spread among people that always exposed to the public. This virus can easily spread if the person cannot avoid from touching or get contact with any surface that has been contaminated with the virus. Everybody should take action to avoid the spreading of the virus. We need to break the chain of the spreading of the virus.  The are  few things that everyone should take into their consideration: 1) Please do not get into public if there is nothing necessary.  2) Please stay away from people who is having COVID-19 symptoms.  3) Dont simply touch your face area.  4) Please stop bring your kids to park or wherever is not necessary. 5) Please do not use the same mask or share the mask with other...

Disaat buntu amalkan lah amalan ini semoga Allah memberikan kita jalan.

Image
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada ujian kehidupan. Setiap daripada akan menerima ujian yang berbeza-beza. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, tidak akan ditimpa ujian kepada hamba-Nya itu malainkan bersesuaian dengan kemampuan hambanya. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan kita dianugerahkan akal supaya kita tidak hanya mengikut kemahuan hati semata-mata tetapi berfikir dengan pertimbangan akal yang waras. Walau apa pun yang terjadi, samada baik atau buruk pasti ada sebabnya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah. Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi dan diciptakan untuk menjalankan ibadat kepada-Nya. Ingatlah bahawa Allah itu maha melihat akan keadaan hamba-Nya. Sekiranya Dia mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku, Dia juga mampu mengubah apa sahaja keadaan mengikut kehendaknya. Maka berdoalah dan mintalah kepada-Nya jalan untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda. Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa dan tiada apa yang ada di d...

KEAJAIBAN BERSEDEKAH

Image
Bersedekah merupakan satu ibadat yang sangat sukar di buat tetapi sangat banyak manfaat dan kebaikan untuk ummah. Ramai diantara kita berasa berkira-kira dan rasa duit akan berkurangan sekiranya bersedekah. Sedangkan bersedekah itu ganjarannya amatlah besar bagi mereka yang ikhlas. Usah di hitung berapa nilainya, sedekahlah dengan penuh rasa ikhlas semoga Allah mengangkat amalan kita itu dan menurunkan rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga.  Sedekah akan mendekatkan kita dengan syurga dan dijauhi daripada neraka Allah. Bagi mereka yang bakhil hal yang sebaliknya akan berlaku. Banyak kebaikan daripada aktiviti bersedekah ini dan diantaranya mereka akan disayangi Allah dan jugak disayangi oleh manusia. Bersedekah ini mampu meringankan beban orang lain. Dan bayangkan lah, dengan nilai sedekah yang mungkin kecil di mata kita, tetapi sangat besar di mata penerimanya. Kita mungkin didoakan dengan pelbagai doa oleh penerima sedekah tersebut.  Sedekah itu t...