CARA MEMUKUL ISTERI YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM
Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan ajaran dan saranan yang baik dan berhemah. Islam mengajar umatnya untuk berakhlak baik dan tidak menyalahi hak orang lain atau menindas kaum yang lemah. Islam menyuruh suami dan isteri saling berlemah lembut diantara satu sama lain. Islam mewajibkan seorang isteri mentaati arahan suami selagi mana perkara tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Isteri haruslah menunaikan hak suaminya dengan melakukan perkara yang menggembirakan suami dan meninggalkan perkara yang tidak disukai oleh si suami. Sekiranya isteri itu tidak mentaati si suami, si suami boleh menegur dan menasihati isterinya. Sekiranya tidak diendahkan juga, si suami boleh berpisah tempat tidur. Bahkan si suami boleh memukul si isteri dengan tujuan untuk mendidik si isteri yang sudah tidak taat itu tadi. Tetapi ada garis panduan yang perlu diikuti supaya hak-hak isteri juga terbela. Si suami tidak boleh memukul si isteri sembara...