Masalah Sejagat: Client is Always Right & Bos Too.. Is Always Right

Kalau buat sesuatu tu pastikan bos suka... bila bos suka.. tambah lagi client suka.. hidup korang serta merta berubah 360 darjah... kegembiraan sentiasa akan berpihak kepada korang... Hari-hari masuk ofis dengan hati yang berbunga-bunga jer...


Dan jika selalu buatkan bos suka dan client suka dengan kerja korang, peluang untuk dinaikkan pangkat dan gaji adalah sangat cerah.


Tapi bila bos tak suka... tapi client suka.. still oke lagi.. sebab matlamat utama adalah client tu suka dengan kerja.. bila client tu dah sukakan kerja korang... bos tak boleh kata apa as long as company gains the profit.. nanti dah dapat profit, bos automatik akan suka dengan prestasi kerja korang.





Tapi bila bos suka... client tak suka... maybe masa tu perasaan tu neutral lagi la.. at least bos sokong... Cuma sedikit improvement perlu disegerakan supaya tidak terlepas client tersebut.


Tapi kan!!! bila bos tak suka dan client tak suka... hidup korang jugak akan berubah 360 darjah... Bermulalah hari-hari mencabar korang... berhempas pulas mencari idea dan sebagainya...


Hmmm... hidup ini ibarat roda sekejap di atas sekejap di bawah. Apa yang penting... roda itu akan terus berputar dan berputar seiring dengan hayat kita... cuma bezanya.. putaran roda itu.. Adakah laju atau perlahan... Jika merasakan putaran terlalu perlahan... gandakan tenaga dan usaha supaya impaknya lebih cepat.






Tak kisah la dekat mana korang kerja dan apa jua bidang yang korang ceburi, permasalahan kat tempat kerja tu kebiasaannya memang wujud, cuma terpulang kepada cara kita untuk menangani. Ada tempat kerja yang korang rasa tak selesa dengan rakan sekerja, ada tempat yang korang susah untuk solat dan mungkin jugak ada tempat yang ada kesukaran untuk cuti dan sebagainya... Pendek kata ada pro and cons nye la, walau kat mana korang kerja sekalipun. Try la untuk adapt sebaiknya, memang susah untuk permulaan tu, tapi usahakanlah untuk dapatkan penyelesaiannya, Insya Allah ada jalannya nanti.


Cabaran kat tempat kerja tu memang ada terpulang kepada persediaan korang untuk menghadapinya. Cabaran tu memang perlu untuk mempersiapkan diri kita sebagai pekerja yang cemerlang, multitasking, yang pandai membuat keputusan, mempunyai idea yang bernas dan punyai daya untuk melaksanakan idea tersebut. Seandainya korang memegang jawatan lebih tinggi, memang la lebih besar tanggungjawab korang tu, dan mungkin jugak sering dipersoalkan dengan prestasi pekerja bawahan. Yang tu korang kenalah faham, rate gaji korang pun of course la berbeza dengan yang bawahan, sebab tu korang kena manage diorang sebaiknya. Bukannya compare kan perbezaan scope kerja pulak. Kadang-kadang bos bayar gaji yang lebih tinggi kepada sesetengah staff kebiasaan disebabkan dari segi taraf pendidikan dan yang paling penting bakat dan pengalaman kerja yang diperlukan untuk sesetengah kerja itu. Sebab tu korang kena buat kerja yang lebih sukar dan majikan biasanya memang akan letakkan gaji yang lebih tinggi untuk pekerja sebegini. 


Sekiranya ada percanggahan pendapat atau korang merasakan ada cara penyelesaian yang lebih baik suarakan dengar sebaiknya kepada majikan anda. Majikan korang sama seperti korang, manusia biasa yang pasti ada khilafnya. Dan korang kena faham jugak masa untuk diambil untuk selesaikan masalah turut bergantung kepada saiz masalah itu sendiri, sekiranya besar masalahnya, mungkin perlu lebih masa untuk perbaikinya dan masing-masing kenalah sabar. Kalau sekadar bercakap kosong di belakang itu lansung tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Sekiranya idea korang tu bersesuaian dengan keadaan masa tu insya Allah majikan korang akan terima dan laksanakan idea korang tu. Tapi jangan pula asyik membuat laporan prestasi kerja orang lain sedangkan diri sendiri juga turut menyumbang kepada pertambahan masalah yang sedia anda. Paling penting jangan simpan perasaan hasad dengki dan tidak perlu menunjuk-nunjuk dan merasakan diri yang terbaik.


Kalau korang pekerja yang betul-betul yang cekap dan mempunyai kredibiliti yang tinggi insya Allah korang sendiri akan dapat perhatian daripada majikan atau orang atasan korang. Sekiranya syarikat korang mempunyai carta organisasi yang besar mungkin sedikit sukar untuk korang mendapat perhatian daripada orang atasan. Apapun jangan give up, tak dapat perhatian daripada bos masih tak mengapa, semoga kita mendapat perhatian dari Dia yang menciptakan kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Dan teruskan usaha korang tu kerana rezeki tidak pernah tersalah alamat. Walaupun gaji masih kecil, mungkin kerana rezeki yang korang perolehi itu adalah rezeki yang berkat insya Allah hidup anda akan terasa tenang dan cukup.



"Keberkatan rezeki itu mencukupkan segalanya
dan ingatlah rezeki bukan hanya dalam bentuk
wang ringgit tetapi mungkin dalam bentuk
umur yang berkat, nikmat kesihatan, anak-anak
yang pintar dan sering berada dalam kebaikan dan 
kedamaian, disenangi orang lain dan sentiasa 
disebut namanya di dalam doa orang
lain dan rezeki itu mungkin hadir
dalam pelbagai bentuk lagi."


Selagi korang berkerja kat tempat tu korang try lah sebaik mungkin untuk berikan prestasi kerja yang baik kepada bos dan client korang.. ikhlaskan diri untuk buat kerja tersebut.. & always remember 1 thing: Client is Always Right & Boss Too.. Is Always Right.. hmmm ada in bracket jugaknya as long as kerja tu tidak bertentangan dengan batas-batas agama kita.


Sekiranya korang sudah tidak dapat bertahan di situ, cari penyelesaian yang baik, andai perlu untuk meletakkan jawatan, teruskan... mungkin itu yang terbaik untuk korang dan majikan. Sekiranya korang masih perlukan kerja di situ kerjalah sebaiknya. Atau mungkin korang dah tak sanggup untuk memegang title pekerja, teruskan cita-cita korang dan bukak bisnes sendiri mungkin itulah yang terbaik. Dan mungkin selama ini segala persoalan korang tentang majikan korang akan terjawab.


Secara amnya, setiap pekerja akan looking for bigger sallary, cuti tahunan, cuti sakit, klinik panel, bonus, kenaikan gaji tahunan, kwsp, elaun, over time claims, peralatan ofis yang lengkap, ruang kerja yang kemas dan selesa dan lain-lain dan masa ini korang pasti akan rasa betapa susahnya untuk mendapat pekerja kan?? Tetapi bukan itu sahaja, untuk menyediakan ruang berkerja yang kondusif tu pun rasanya sudah cukup untuk buatkan korang terfikir-fikir apakah pelaburan korang akan mengundang hasil yang setimpal atau tidak. Memang tidak dinafikan, setiap tahun atau setiap setengah tahun akan lahirlah graduates baru yang sedang mencari pekerjaan. Tapi adakah mereka semua memiliki ciri-ciri yang dikehendaki?? Dan korang sendiri pasti terfikir-fikir untuk melaburkan gaji bulanan yang tinggi untuk seorang pekerja yang belum dapat di nilai lagi prestasi kerjanya bagaimana. Apakah mungkin prestasi kerjanya akan berkembang dengan baik atau langsung tak berkembang??


Rata-rata majikan, sanggup memberikan gaji yang besar seandainya pekerja itu mempunyai kelayakan dan pengalaman yang mencukupi untuk melaksanakan semua kerja yang diberikan. Cuba letakkan diri korang sebagai majikan, adakah korang akan meletakkan gaji yang tinggi atau berbelanja besar kepada pekerja sebegini???


  • Mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi tidak cekap melakukan kerja.
  • Kualiti kerja perlu sentiasa disemak dan dipantau oleh orang lain.
  • Mempunya progress yang sangat perlahan.
  • Tidak boleh bekerja secara berdikari.
  • Tidak multi-tasking.
  • Dan tidak boleh membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang jarang-jarang berlaku.
  • Datang lambat dan pulang awal berbanding waktu sepatutnya.
  • Selalu hilang dari radar. Pagi dah keluar, tengah hari dah keluar dan sekali keluar kadang-kadang boleh cecah sampai 2 jam.
  • Kuat bersembang dan bergosip.
  • Suka melayari internet untuk sesuatu yang tidak  berkaitan dengan hal kerja.
  • Setiap 2 jam keluar hisap rokok, kalau 1 sesi paling kurang korang merokok sampai setengah jam korang darablah dengan berapa sesi yang korang merokok.
  • Rata-rata tempat kerja (ofis hour biasa) masa bekerja adalah 8 jam dan diberikan 1 jam rehat. Tetapi ada yang melebihi rasanya, cuba bayangkan pagi sarapan, tengah hari makan lagi kadang-kadang petang pun makan lagi.
  • Malas.
  • Tiada disiplin.
  • Suka curi tulang dan tidur.
  • KPI out dan menyebabkan banyak kerja tertunggak.
  • Tidak mahu bertanya atau belajar sesuatu daripada senior bahagian yang berpengalaman.
  • Tidak menghormati orang lain.
  • Tidak profesional; selalu mencampur adukkan urusan peribadi dengan hal kerja. Setiap kali ada masalah terus kerja tak jalan.
  • Kuat mengadu perihal pekerja lain dan selalu berhasad dengki.
  • Sentiasa berharap kepada orang lain untuk melakukan kerja yang sukar atau kerja yang agak leceh.
  • Suka lepas tangan.


Dan aku rasa korang ada jawapannya bilamana majikan itu bertindak tidak seperti yang korang harapkan. Korang fikir dan renungkan lah sendiri. Tetapi seandainya korang rasa prestasi korang memang dah terbaik dan korang dah berusaha sebaik mungkin korang pergilah menuntut pada majikan korang. Sekiranya korang betul-betul layak pastinya majikan akan tunaikan permintaan korang dan rata-rata majikan tidak mahu kehilangan pekerja yang mempunyai potensi dan bakat yang besar. Rata-rata majikan, apabila mereka sudah yakin dengan kredibiliti pekerjanya pasti mereka akan berbuat sebaik mungkin untuk mengekalkan tenaga kerja yang ada kerana bukan mudah untuk melatih seorang pekerja baru kerana semua itu memerlukan pengorbanan masa dan kos.



Korang renungkan dan pilihlah jalan yang terbaik untuk diri korang. Dan lagi sekali aku katakan setiap tempat kerja itu ada pro & cons nya, walaupun korang sendiri adalah bos, still ada perkara dan tanggungjawab yang korang perlu korang selesaikan sebaiknya. Apapun, selagi korang bekerja dengan orang lain cubalah lakukan sebaiknya. Sekiranya ada percanggahan dengan syariat agama.. tak payah fikir panjang... tinggalkan jer kerja itu... pergi cari kerja lain.. Bukan majikan yang menentukan rezeki korang, Allah yang Maha Pemberi Rezeki... rezeki Allah tu luas... cumanya ia tidak datang bergolek dan perlukan sedikit usaha.





Comments

  1. Kalau boss is always right tu kekadang boss pun buat salah. Sebab kita ni manusia biasa tak lari dari buat silap. Kalau dapat boss ok. Ok lah. Dapat yang cerewet...memang masak la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu.. klu cerewet tu.. bertabahlah..

      Delete
  2. Usaha tanpa mengenal erti putus asa..ada yg tak berusaha tp nak berjaya gak..aisshhh...rezeki tak kan datang bergolek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. ssh la klu mcm tu.. xnak usaha tp nak hasilnya..

      Delete
  3. Kite kene percaya pada rezeki itu pemberian Allah. Kalau rasa boss tu macma pelik je gayanya, keluar je lah. Dari kite menanggung dosa ke jiwa sengsara, baik kite angkat kaki. Banyak lagi rezeki Allah boleh bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah setuju.. kalau dah menyimpang tu baik angkat kaki je la..

      Delete
  4. alhamdulillah selama sha kerja nibos mahupun customer semua ok dengan sha, walaupun ada jugaklah yang tak ok tapi kebanyakkanya oklah, bersyukur sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dlm rmai2 tu ada la y bikin hati panas kan.. tp nk buat camne... terpaksalah hadap jugak kan sha..

      Delete
  5. Setakat ni sudah berkhidmat selama 17 tahun alhamdulillah semua bos yg dapat tidak byk kerenahnya. Clien pun semua ok. So kita kena sentiasa positif. Pendek kata nk org hormat kita. Kita terlbh dahulu hormat pd org. Ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul... kita sendiri pun kena respect kat orang jugak.. dah 17 tahun bekerja tu mesti banyak pengalaman akak kan :-)

      Delete
  6. betullah client is always right walaupun depan noob hahah ! jadi kita kena banyak bersabar dan layan sajalah kerenah, kita nak hormat orang kita pun kena hormat orang juga heheheh apa pun doa lah dapat bos yang tak jatuh cinta dengan kita sampai tunang dia buat kita nak berenti kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... parah ni... kalau tunang dia pun masuk campur..

      Delete
  7. client and boss are not always right if you are your own boss. haha
    but seriously, we cant entertain each and everyone client, so have to choose wisely.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sometimes got no choice.. juz try to do the best to entertain them..

      Delete
  8. Memang selalu dgr client is alway right n boss pun gitu, tapi kalau sah2 tak betoi kena le tegor jugak kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau dah terang2 tak betul memang kena bagitahu jugak...

      Delete
  9. Selalunya mcm tu la..boss is alwyas right..n customers too...tapi kalau mlebihi batas kena jugak sekolahkan sekali sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lps ni alia jadi pengetua la.. skolah kan balik..

      Delete
  10. Di mana mama kita bekerja pun akan menghadapi pelbagai ragam... org kata tak semestinya bos baharu akan lebih baik sr boss lama ... so terima se adanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak fas... lain bos lain caranya..

      Delete
  11. Boss is always right ... kalau Bos buat salah, kita perbetulkan harap dapatlah terima dengan hati yang terbuka, kita insan biasa tak sempurna.

    ReplyDelete
  12. Haha. Sokong Alia. Kann, ingat dia je betul, walhal kebajikan pekerja dok tekan sana sini. Stress juga dibuatnya. Tambah dapat client nood, ntah ap bende je pikiran otak tu kan. Eh, emo pulak situasi tempat kerja sendiri. Apa-pa pun kalau dah tak tahan carilah tempat lain yg boleh buat bahagia. rezeki ada di mana2.

    ReplyDelete
  13. Pernah rasa macam ni, rasa tak suka dengan life macma tu, tapi tu dulu lah. Sekarang dah happy berenti kerja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. klu dah xbole nak teruskan.. better stop je la kan... :-)

      Delete
  14. Rumit situasi untuk puaskan hati semua orang. Di tempat kerja, dirumah dan persekitaran kita. Apa yang boleh kita buat adalah diri kita kena sentiasa sabar dan bersedia. Jangan terlibat dengan permasalahan yang mengakibatkan reputasi terjejas. Enjoy life while it last.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul.. mmg ssh utk puaskan hati smua org... tapi tak bolelah selalu campur adukkan masalah personal.. semua orang ada masalah personal masing2.. sometimes kena jugaklah belajar handle masalah tu supaya x menjejaskan kerja..

      Delete
  15. 😂😂 This is so true..

    Sebab tu, E pilih untuk buang salah satu. Iaitu.. Bos. E dah pecat bos. Haha. So s3karang tinggal deal dengan client je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)