CADAR PATCHWORK MURAH DAN CANTIK DI SHOPEE

 

Hari ni sis nak kongsikan 1 shop kat shopee ni, diorang jual cadar patchwork cantik-cantik tau coraknya. Tapi harganya insya Allah mampu milik. So sis grab la satu set dulu daripada seller ni. Sis tak pernah beli daripada seller ni, ini baru kali pertama tetapi in syaa Allah akan repeat order di masa akan datang.


Untuk yang tertanya-tanya apa tu cadar patchwork?? cadar patchwork ni dia sedikit tebal daripada cadar biasa. Bahagian atas dan bawah cadar tu korang akan nampak ada corak jahitan.  Kelebihan cadar ni. dia memudahkan dan menjimatkan masa untuk kita mengemas katil. Cadar jenis patchwork ni tak mudah melorot kalau ada anak-anak kecil yang suka melompat-lompat atas tilam tu korang tak payah risau. Cadar tu akan maintain jer. Melainkan anak-anak korang tu aktif sangat sehingga dia tarik-tarik hujung cadar tu. hehe.. tapi kalau diorang suka tarik-tarik pun cepat dan senang jer untuk korang kemaskan balik berbanding cadar biasa.


Selain itu, cadar jenis akan nampakkan bilik tidur korang nampak cantik dan kemas tau. Pendek kata sejuklah mata memandang. Nampak bilik korang tu kemas dan teratur jer. Warna nya pun menarik, tak terlalu berbeza dengan gambar. Maybe disebabkan effect lighting tu adalah bezanya sikit tapi tak adalah ketara sangat.



Dari segi harga tu sangat menjimatkan, tak mahal sangat, hari tu sis beli termasuk duit pos RM43.20 per set. Kira murah jugaklah jika dibandingkan dengan kualiti yang sis dapat tu. Cadar yang sis beli ni saiznya untuk set katil queen sebenarnya, tapi sis pakaikan pada katil single disebabkan katil single tu tilamnya tebal dan agak susah dan tidak mempunyai banyak pilihan untuk dapatkan cadar yang bersesuaian dengan ketebalan tilam tersebut, kebiasaannya kena beli kain dan kena jahit untuk dapatkan ukuran yang tepat. Kebiasaannya kalau beli cadar ready made memang akan berhadapan dengan maslalah. Susah nak cover keseluruhan tilam sebab saiz tidak bertepatan dengan ukuran tilam. So, bila dah beli cadar patchwork ni rasa berpuas hati sangat lah. Untuk korang yang ada tilam yang jenis tebal tu baik korang gunakan cadar patchwork ni, senang nak pasang dan kemaskan.


Penghantaran pun alhamdulillah boleh dikatakan agak cepat memandangkan kita selalu dengar isu-isu barang lambat sampai, barang tarsangkutlah di pejabat pos pada musim pandemik ni. So bagi sis seller dan cuba bagi yang terbaik dan alhamulillah sis tak perlu menunggu lama pun.


Tapi, lepas barang sampai terus cuci dulu dan jemur dulu sampai betul-betul kering sebab cadar ni tebal sedikit bebanding cadar biasa tu. Lepas tu korang sarungkanlah dekat tilam tu. nak bes sikit semburlah minyak wangi, barulah bes pakai cadar baru tu. hehe.. Bes jer material kainnya tak melekit langsung. Kalau guna dalam bilik yang ada air-cond pun okay jer tak ada masalah. lagi satu untuk menyelesaikan masalah anak bujang yang tak reti nak kemas katil tu, korang belikan mereka cadar jenis patcwork ni, senang untuk diorang kemaskan katil diorang. Pendek citer, tak rumit lah untuk diorang tu nanti nak guna.


Kalau korang nak cuba, korang boleh beli di shopee tekan jer gambar kat atas tu, gambar tu sis dah letak link supaya senang untuk tengok sendiri dekat shopee. Kedai ini antara kedai yang jual cadar termurah jugaklah waktu sis survey hari tu. Corak nye pun okay lah pada pandangan mata sis. Tapi sis tak pasti la untuk sekarang masih ada lagi tak dengan harga murah macam hari tu. Risau sold out sebab murah dan barang pun elok sangat. 



Comments

  1. Lama juga tak beli cadar baru ni. Pakai je cadar sedia ada berulang kali. Yes...idea yang baik ni beli cadar baru. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Teringat cadar patchwork yang my mum buat sendiri masa kecil2 dulu. Sejuk je bila tidur pakai. Entah masih ada lagi ke idak tu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Best bila guna cadar patchwork ni . Tebal dan tak perlu kemas kurang kedut tu . CCL selalu juga beli kt shopee , tapi kena pilih betul2 juga . Baru dapat kualiti yg setanding harga yg kita bayarkan

    ReplyDelete
  4. best dan selesa guna cadar patchwork. corak pun cantik lepas tu nampak kemas sahaja katil :)

    ReplyDelete
  5. the price kinda cheap and affordable... i wanna buy for my new bed soon hehehehe

    ReplyDelete
  6. Sejak nikah kan , Ruby mula kenal cadar patchwork. Hehehe. Memang mudah la nak jaga bilik tidur. Kalau pakai cadar biasa, habis tercabut. Anak dan suami tidur lasak. So, option adalah cadar patchwork. Mahal sikit cadar jenis ni. Tapi kualiti tip top. Saya suka beli saiz King dan material yang cotton tu. Kalau material campur tu dia macam kasar. Hehehee. Patchwork pun ada banyak jenid kan. Selamat Hari Raya AidlAdha kak.

    ReplyDelete
  7. I like patchwork like this, so pretty kan. nak beli kat shopee soon too la haha

    ReplyDelete
  8. huda pun suka guna cadar jenis patchwork. nampak kemas jer katil. dan rasa lebih selesa

    ReplyDelete
  9. Wah, suka sangat kalau patchwork! Nanti nak usha lah dekat shopee. Lawa dan senang jaga patchwork ni

    ReplyDelete
  10. Wah cantik lah, memang nampak kemas. Bila dgr patchwork tadi, saya bygkan cadar yg jenis cantum2 kain perca berlainan corak tu.

    ReplyDelete
  11. Saya pun suka juga dengan material patch work ni, jenis cotton so sedap nak tidur.

    ReplyDelete
  12. Iyaaa sama Sis juga laa soping cadar semua di Shopee, agak dah banyak juga dah beli, tapi skerang sejak dah ada kedai patchwork area rumah, so walk-in terus je, puashati nengok depan mata..

    ReplyDelete
  13. Cantik.. pernah beli cadar mcm ni sekali.. mmg cantik sgt dan kainnya x panas

    ReplyDelete
  14. yang ni orang bujang macam khai suka sangat! haahaha senang nak kemas. dah tengk harganya. murah! rm40 je rupanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)