Posts

Showing posts from 2021

PUISI : MENUJU AKHIR USIA

Image
  Waktu besuka ria semua mengaku rakan bila duka tak ramai yang datang Apatah lagi menghulurkan tangan Dibiarkan sahaja sepi tak berteman Seakan dunia menjadi kelam Waktu muda datangnya sekali Isi lah ia dengan manfaat dan bakti Bukan ilmu atau  taraf pendidikan diri menjadi ukuran iman di hati Bukan jua harta dan bukan jua pangkat Menjadi ukuran masa dan saat Iman dan amal penentu darjat Buat hamba-Nya yang penuh taat Mencari penentu syurga atau neraka Pastinya bukan harta atau rupa  yang menjadi penentu darjat disisi-Nya Hanyalah iman dan juga taqwa ** Iman tak dapat dibeli  Tetapi ia perlu dicari Iman juga tak diwarisi  Tetapi dihayati dan dipelajari Iman bukan milik si kaya  atau si miskin Iman adalah milik Hamba-Nya yang sabar mencari Walau apapun caranya jua Takkan kau temui ia Jika tidak kembali kepada Allah Semalam telah berlalu pergi Tak dapat diubah apa yang telah terjadi Esok pula belum pasti lagi Apakah masih ada buat kita lagi Andai kita d...

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (SESI TEMUDUGA)

Image
Untuk topik kali ini, sis akan berkongsi berkenaan sesi temuduga. Dalam sesi temu duga ini sangatlah penting untuk seorang HR membuat saringan supaya calon yang berjaya masuk itu adalah calon yang sememangnya layak untuk jawatan tersebut. Sebagai seorang HR anda adalah antara yang terawal yang akan tahu berkenaan kekosongan jawatan di dalam syarikat. Tetapi anda haruslah bersikap profesional dan bersikap adil untuk kakitangan syarikat yang lain. Sekiranya anda tahu, ada dikalangan kakitangan syarikat yang berkelayakan untuk menyandang jawatan tersebut dan dalam masa yang sama mereka berminat dengan jawatan tersebut, anda boleh sahaja mencadangkan nama kakitangan tersebut kepada majikan anda terlebih dahulu. Perkataan berkelayakan ini tidak merujuk kepada bidang yang mereka pelajari di universiti sahaja sahaja, tetapi daripada aspek lain juga perlu diambil kira, terutamanya ilmu dan kemahiran yang ada yang bersesuaian degan jawatan tersebut. Prestasi mereka yang sentiasa mengambil kira ...

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

Image
Bidang sumber manusia atau "human resource" lebih menjuruskan kepada pengurusan kakitangan syarikat. Kebiasaannnya kakitangan sumber manusia ni diberikan gelaran "HR". So dalam post ni sis akan menggunakan perkatanaan HR ni sebab lebih ringkas dan senang untuk korang fahami.  Sis pasti ramai di luar sana yang berminat untuk berkerja didalam bidang admin atau sumber manusia. So, kali ni sis nak kongsikan bagaimana caranya uintuk korang menjadi seorang HR yang berdedikasi dan teliti dalam menjalankan tugas. Untuk adik-adik yang masih tercari-cari identiti seorang HR atau ingin mendalami ilmu HR, sis harap posting ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua. Untuk skop kerja HR ni ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dan pelajari. Di syarikat besar, mereka mempunyai ramai staf HR untuk memantau prestasi dan melatih dan memotivasikan para pekerja seiring dengan perkembangan syarikat. Kebiasaan untuk syarikat yang kecil, mereka akan mempunyai minimum se...

CADAR PATCHWORK MURAH DAN CANTIK DI SHOPEE

Image
  Hari ni sis nak kongsikan 1 shop kat shopee ni, diorang jual cadar patchwork cantik-cantik tau coraknya. Tapi harganya insya Allah mampu milik. So sis grab la satu set dulu daripada seller ni. Sis tak pernah beli daripada seller ni, ini baru kali pertama tetapi in syaa Allah akan repeat order di masa akan datang. Untuk yang tertanya-tanya apa tu cadar patchwork?? cadar patchwork ni dia sedikit tebal daripada cadar biasa. Bahagian atas dan bawah cadar tu korang akan nampak ada corak jahitan.  Kelebihan cadar ni. dia memudahkan dan menjimatkan masa untuk kita mengemas katil. Cadar jenis patchwork ni tak mudah melorot kalau ada anak-anak kecil yang suka melompat-lompat atas tilam tu korang tak payah risau. Cadar tu akan maintain jer. Melainkan anak-anak korang tu aktif sangat sehingga dia tarik-tarik hujung cadar tu. hehe.. tapi kalau diorang suka tarik-tarik pun cepat dan senang jer untuk korang kemaskan balik berbanding cadar biasa. Selain itu, cadar jenis akan nampakkan bili...

TIPS MEMPERBAIKI KEWANGAN KAMU

Image
  1.  CATAT SETIAP PENDAPATAN YANG KAMU PEROLEHI DARIPADA SEBARANG AKTIVITI Korang perlu merekod setiap perdapatan yang anda perolehi seperti gaji dan bonus atau sebarang pendapatan sampingan lain menerusi kerja ‘part time’ atau perniagaan online. Jumlah duit ini adalah pendapatan yang korang perolehi. Pendapatan yang korang perolehi ini perlu dipantau sebaiknya kerana ia menjadi kayu ukur untuk kadar perbelanjaan bulanan anda.   2.  CATAT PENGELUARAN PADA SETIAP BULAN Selain daripada mencatat duit masuk, anda juga haruslah mencatat setiap perbelanjaan yang telah digunakan daripada pendapatan tadi. Duit keluar termasuklah, sewa, bayaran bulanan kereta, bayaran balik pinjaman PTPTN, dan perbelanjaaan untuk keperluan lain. Anda rekod kesemuanya perbelanjaan tersebut tak kisah lah menggunak cash, card atau online transfer sekalipun, anda perlu rekod kesemua perbelanjaan yang di buat.   3.  BUAT PERHITUNGAN SEMULA Setiap bulan, anda perlu melakukan semakan atau...

5 JENIS SAHABAT YANG KAMU PERLU ADA

Image
    1.  MEMPUNYAI IMPIAN YANG BESAR   Sekiranya kamu bersahabat dengan mereka yang mempunyai mimpi yang besar, mereka akan sentiasa mengajakmu untuk bercita-cita memiliki sesuatu yang kadang tak terfikir oleh dirimu sendiri. Dengan mereka kamu akan berasa gembira untuk bercita-cita besar kerana mereka tidak akan memperlekehkan cita-cita-mu. Kebiasaannya mereka sentiasa membayangi untuk memiliki perkara-perkara yang dianggap besar di dalam hidupmu.   2.  SEDIKIT GILA-GILA DAN MENCERIAKAN Sahabat yang sedikit gila-gila ini akan membuat stress mu berlalu pergi begitu sahaja. Mereka tidak gemar mmembuat sesuatu di dalam tekanan dan mereka gemarkan sesuatu yang santai. Pasti ada sahaja idea atau perkara yang akan lakukan untuk menceriakan keadaan. Bersama mereka, keadaan yang tegang pun boleh menjadi lucu. Mereka gemar menceriakan sahabat mereka dangan lawak jenaka mereka.   3.  TERSANGAT RAJIN Kamu juga perlu memiliki sahabat yang rajin. Orang yang ra...

6 PERKARA YANG ANDA PERLU SIMPAN SEBAGAI RAHSIA

Image
      1.  YOUR LOVE LIFE / KISAH PERCINTAAN ANDA Semua orang mengidamkan kehidupan cinta yang romantis dan bahagia. Tetapi, kita perlulah berwaspada, tak semua orang gembira dengan kebahagaian yang kita ada. Kita sendiripun tidak disarankan untuk bercinta sebelum berkahwin, sekalipun sudah bertunang, kita tidak digalakkan untuk menghebahkan pertunangan tersebut sehinggalah tiba masanya untuk kita membuat hebahan untuk menjemput yang lain ke walimatul urus kita. Sebenarnya garis panduan dalan Islam sangat menjaga maruah diri kita. Sekiranya berlaku apa-apa yang tidak sepatutnya di sepanjang tempoh pertunangan tersebut, pasangan tersebut boleh memilih untuk memutuskan ikatan pertunangan tersebut dengan hati yang terbuka. Pertunangan bukan bermakna anda perlu berkahwin dengannya. Tetapi pertunangan adalah suatu ikatan yang mampu menjaga kerukunan dalam perhubungan tersebut. Tetapi masing-masing perlulah memahami makna ikatan yang dianjurkan di dalam Islam. Sekiranya, ik...

5 SEBAB PASANGAN ATAU ORANG SEKELILING DIAM DENGAN KITA

Image
      1.  KECIK HATI   Antara perkara yang sering menjadi punca pasangan atau orang sekeliling mula berdiam dengan kita adalah disebabkan mereka telah berkecil hati atau tersinggung dengan diri kita. Permulaan yang menyebabkan hal ini terjadi, apabila kita bercakap tanpa berlapik atau mungkin kita gagal mengawal emosi dan melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya  kepada pihak yang tak sepatutnnya dan menyebabkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, ia mungkin terjadi sisebabkan oleh tuduhan atau kata-kata yang tidak betul kepada pasangan atau orang sekeliling kita.     So, kita perlulah sentiasa menjaga hati mereka denngan menggunakan bahasa yang baik. Jangan mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa. Sekiranya terdapat keraguan, kita boleh bertanya terlebih dahulu kepada pihak yang boleh dipercayai dan membuat siasatan terlebih dahulu. Jangan sesekali kita mendengar daripada satu pihak sahaja dan terus membuat kesimpulan sendiri t...

6 TIPS BUAT ORANG SELESA BERGAUL DENGAN KITA

Image
  Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita selepas keluarga kita, jadi sayangilah sahabat kita dan hormatilah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin banyak yang mereka kongsikan dengan kita, tetapi mungkin juga dalam tidak kita sedari, banyak perkara telah membuat mereka berkecil hati dengan tindakan kita yang sentiasa mengambil mudah di dalam banyak perkara. Di sini ada beberapa tips untuk dikongsikan untuk membantu merukunkan persahabatan antara kita dan sahabat. Sahabat baik adalah sahabat yang akan menerima kebaikan dan keburukkan kita, selain itu sahabat yang baik adalah sahabat yang saling memanfaati antara satu sama lain KALAU KITA DUDUK DI RUMAH SEWA, RAJIN-RAJINKAN DIRI UNTUK BUAT KERJA BERSAMA-SAMA Bila kita duduk sebumbung ni, kita perlu belajar cara untuk mengekalkan keharmonian antara satu sama lain. Kita jangan lah sentiasa berharap atau mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Kita masing-masing perlulah lah memai...