PUISI : MENUJU AKHIR USIA
Waktu besuka ria semua mengaku rakan
bila duka tak ramai yang datang
Apatah lagi menghulurkan tangan
Dibiarkan sahaja sepi tak berteman
Seakan dunia menjadi kelam
Waktu muda datangnya sekali
Isi lah ia dengan manfaat dan bakti
Bukan ilmu atau taraf pendidikan diri
menjadi ukuran iman di hati
Bukan jua harta dan bukan jua pangkat
Menjadi ukuran masa dan saat
Iman dan amal penentu darjat
Buat hamba-Nya yang penuh taat
Mencari penentu syurga atau neraka
Pastinya bukan harta atau rupa
yang menjadi penentu darjat disisi-Nya
Hanyalah iman dan juga taqwa
**
Iman tak dapat dibeli
Tetapi ia perlu dicari
Iman juga tak diwarisi
Tetapi dihayati dan dipelajari
Iman bukan milik si kaya atau si miskin
Iman adalah milik Hamba-Nya yang sabar mencari
Walau apapun caranya jua
Takkan kau temui ia
Jika tidak kembali kepada Allah
Semalam telah berlalu pergi
Tak dapat diubah apa yang telah terjadi
Esok pula belum pasti lagi
Apakah masih ada buat kita lagi
Andai kita dijemput pergi
apakah kita sudah bersedia
Syarat mati bukanlah tua
Syarat mati bukanlah sakit
Kerana mati itu tidak perlukan syarat
Mati itu adalah perjanjian hidup
Diberikan masa seketika
untuk kita memilih jalan hidup
Jadikanlah hari ini sebagai kesempatan terakhir kita
untuk kita kembalikan diri kita kepada-Nya
Genggamlah kesempatan ini dan jangan biarkan ia juga berlalu pergi
Moga ada kesempatan buat kita
Melakar indah akhir usia
Biarlah hidup dunia di hina dikeji
Semoga Akhirat disambut indah dengan syurga yang menanti
Manusia tak dapat lari daripada melakukan salah dan silap
Tetapi Allah Maha Pengasih dan Pengampun
Pasti ada ruang dan peluang untuk taubat hamba-Nya
Pulanglah ke jalan Allah sebelum kita dipanggil pulang
Carilah ruang dan isi lah masa untuk menghias rumah akhirat
Bila tiba masa dijemput pulang
berharap agar rumah itu sudah siap sepenuhnya.
Semoga ada tempat buat kita semua di sana kelak.
Aamin...
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)