Tips Mencari Rumah atau Bilik Sewa

Nak kongsikan kat sini macam mana nak cari rumah atau bilik sewa. Hope dapat membantu yang mana baru  kerja kat tempat baru atau baru nak mulakan pengajian tetapi masih tercari-cari lagi rumah sewa atau pun untuk yang kena transfer kerja jauh ke luar daerah tu ke kan. Sis list kan kat bawah ni yer.

>> facebook group
Kalau melalui facebook group mungkin kena taip nama negeri, atau daerah tu sekali senang nak search group nanti.









Insya Allah menerusi 3 channel kat atas ni anda boleh cari bilik atau rumah yang bersesuaian dengan anda. Kesesuaian tu mungkin berbeza untuk setiap orang dari segi budget, kemudahan rumah, kemudahan parking atau kedudukan rumah tu strategic atau tidak dan dari segi kemudahan public trasport. Selain itu  anda  bole pilih samada hendak menyewa bilik kosong atau bilik yang dikongsikan dengan orang lain.

Biasa diorang akan bagitahu la ciri-ciri rumah tu macam mana menerusi iklan yangdiorang buat kat channel atas tadi. Antara maklumat yang anda akan dapat seperti


>>Sewa bulanan
Penting untuk anda target belanjawan bulanan anda. Sekiranya anda rajin mencari atau pun tiba-tiba cari terus dapat yang murah tapi bilik selesa memang anda bernasib baik. Tapi untuk kepuasan di masa akan datang lebih baik cari awal.


>>Deposit
Ada bilik atau rumah yang tidak memerlukan deposit tapi jarang la nak dapat. Kebanyakkan memerlukan 1 atau 2 bulan deposit


>>Kontrak atau ada perjanjian tertentu
Sekiranya anda menyewa secara individu untuk bilik teretentu sahaja, sesetengah owner akan menyediakan kontrak, kebiasaan setahun sewa. Atau kalau nak setengah tahun macam tu mungkin boleh dirunding, hmmm apa pun bergantung pada bicara owner tersebut.  Tetapi biasa sewa bulanan akan jadi lebih mahal sedikit sekiranya tempoh kontrak itu pendek.


>>Bayaran bil macam mana asing atau include dalam sewa bulanan
Yang tu bergantung pada rumah tu sendiri. Kebiasaan kalau secara kontrak bil termasuk dalam sewa bulanan. Sesetengah adalah asing. So, sebelum nak masuk confirmkan dulu. Kalau cover bil sekali confirmkan jugak samada bil basic seperti bil air dan elektrik sahaja atau include wi-fi, maintenance rumah atau bil Indah water sekali. Penting untuk anda confirmkan sebelum masuk rumah tersebut, sebab ini akan mempengaruhi belanjawan anda.


>>Bilik kosong/ semi furnished/ fully furnished
Sesetengah orang akan prefer fully furnished sekiranya mereka tiada barang-barang lagi. Biasa sewa fully furnished ni mahal sikit, tapi kalau rajin survey boleh dapatkan harga yang murah. Tapi kalau dah ada barang sendiri seperti katil atau almari bolelah cari yang semi furnished. Semi furnished ni kebiasaan bilik tidak disediakan barang, tetapi ada kemudahan dapur, mesin basuh dan peti ais. Kadang-kadang tv , meja makan atau sofa turut di sediakan. So, confimkan dulu dengan owner tu macam mana. Tapi kalau diorang cakap kosong tu maknanya kosong la. Kalau ada sinki je tu pun kira bernasib baik la tu.


So lepas tengok iklan tu, korang boleh lah hubungi contact no yang diorang letakkan kat ruangan iklan. Tak yah membazir kredit nak call.. wasap atau mesej sudah cukup. Sekurang- kurang nanti anda boleh semak balik conversation tersebut. Kebiasaan kalau cari rumah sewa ni kita akan text ramai orang sebab nak survey dulu. So tanyalah dulu apa yang terbuku kat hati tu menerusi mesej tu. Kalau dah okay, pergilah tengok rumah  tersebut sekiranya dekat. Takut indah khabar dari rupa… hmm eh.


Ok good luck yer.. mudah-mudahan tips ini dapat membantu anda mencari rumah atau bilik sewa yang bersesuaian. Tips ini boleh digunakan jugak bagi mereka yang ingin mencari penyewa.





Comments

  1. Tips yang bagus untuk mereka yang nak mencari rumah yang sesuai....

    ReplyDelete
  2. Tip yang perlu dititik-berat bagi setiap penyewa baru.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus. Boleh jugak sis gunakan tips ni kalau nak cari penyewa

    ReplyDelete
  4. Tips yang berguna untuk pencari dan pemberi sewa juga sebenarnya. Bukan yang mencari rumah sewa je kena tahu. Yang mencari penyewa pun kena tahu.

    ReplyDelete
  5. good tips. i think now oversupply, so even iBilik also need to do advertisement. :X

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Tips yang bagus untuk orang yang nak cari rumah sewa.

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing a very good tip untuk yang mencari rumah sewa. :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tips. Dapat idea baru utk sewakan rumah

    ReplyDelete
  9. senang nak cari bilik...klu nak sewa satu hari nanti. tq for the tips

    ReplyDelete
  10. tips rumah atau bilik sewa ni memang kena ambik tahu..sangat berguna untuk rujukan akan datang..mana tau ada beli rumah ke kan utk disewakan nanti...

    ReplyDelete
  11. Tips yang bagus, memang sangat berguna untuk mereka yang baru dapat kerja di tempat baru

    ReplyDelete
  12. Thanks kongsi tips sangat berguna untuk orang yang merantau kan.

    ReplyDelete
  13. masa cari bilik sewa di shah alam ketika study dulu, memang akan cari di ibilik dan mudah.my. banyak pilihan dan senang kerja

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Cheers for the tips. This is going to be quite helpful to those who are looking to rent.

    ReplyDelete
  15. I also use both of the app to look for room when I was single and staying alone. Trustable website and user friendly.

    ReplyDelete
  16. Qiss sampai sekarang masih menyewa, selalu guna mudah.my untuk rumah dan ibilik untuk cari bilik. Senang sangat. Tapi cari iklan kat Mudah.my pernah kena tipu. Sekarang dah serik.. kalau dapat rumah memang jumpa owner dulu untuk tengok rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)