Posts

TIP KERJAYA : 7 CIRI PEKERJA YANG DIINGINKAN OLEH PIHAK MAJIKAN

Image
Untuk mereka yang masih tercari-cari kerjaya idaman tu sis harapkan korang jangan putus asa dan teruskan berusaha semoga ada sinar buat korang. Dalam post kali ni sis nak kongsikan ciri-ciri pekerja yang dinginkan oleh para majikan. Ciri inu adalah ciri yang sangat penting untuk korang miliki, tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang korang ingin ceburi.  Sebenarnya masih banyak ciri-ciri lain, tetapi untuk 7 ciri-ciri ini pastikan korang miliki terlebih dahulu. Atau kalau masih belum cukup, korang berusahalah untuk lengkapkan diri korang dulu dengan ciri tersebut. Yang pertama korang kena pastikan korang selalu datang tepat pada waktunya dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja. Orang yang selalu datang tepat pada masanya menunjukkan dia seorang yang pandai menguruskan masa. Jangan jadikan alasan jalan sesak atau pelbagai alasan lain sebagai penyebab kepada kelewatan korang. Di dalam syarikat tersebut, pasti bukan korang seorang sahaja pekerja pasti ada pekerja lain juga. Se...

PERSEDIAAN MENUJU DEWASA

Image
Lately banyak kisah yang menjadi kontroversi di dalam masyarakat kita. Antaranya adalah isu pekerjaan, kos hidup dan ekonomi rakyat. Boleh dikatakan kita dapat lihat banyak perbahasan dan pendebatan berkenaan isu ini. Dan perkara ini sedikit sebanyak mencuri perhatian sis. Sis faham dalam kehidupan hari ini banyak perkara yang korang perlu hadapi. Korang perlu bersaing dengan ramai orang kat luar sana.  Mungkin korang pun tertanya-tanya apa nasib korang selepas ni kan?? sedangkan yang sudah tamatkan pengajian pun masih gagal mendapatkan pekerjaan dan masih lagi menggagur. Ada juga yang mempunyai cable dan seolah-olah tamat sahaja pelajaran sudah ada tempat untuk dia memulakan pekerjaan. Mesti korang rasa hidup ini tidak adil kan untuk korang?? Orang lain seolah-olah lahir dalam dulang emas.. tapi diri sendiri ni ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sungguh terasa strugglenya tu kan?? Kadang-kadang nak sedih pun x bole nak sedih sangat kan.. sebab kita kena kuat. Hi...

EKZEMA AKAN SEMBUH KALAU KORANG RAJIN AMALKAN PERKARA NI

Image
Untuk yang sedang berusaha untuk menghadapi masalah ekzema, anda teruskan usaha anda tu insyaa Allah ada sinar harapan buat anda. Memiliki kulit yang cantik dan bersih bukanlah suatu mimpi. Tetapi adalah suatu impian yang boleh direalisasikan.  Siapa yang sedang hadapi masalah ekzema?? mesti korang rasa tak selesa kan? Kulit rasa kering sangat, kadang tu terlampau kering dan kadang tu boleh jadi bengkak dan boleh timbulkan rasa sakit. Ada yang lagi teruk bila mula rasa gatal dan korang pun mula tergaru-garu sehingga luka. Bila dah kena ekzema ni kulit jadi semakin sensitif kan, nak pakai apa pun kena pilih. Tak boleh pakai sembarangan sabun atau losyen kerana boleh menyebabkan kulit semakin kering dan akan menimbulkan  rasa yang tak selesa.  Untuk kes ekzema ni, kebiasaan kalau pergi berjumpa dengan doktor kat klinik, kebiasaan mereka akan suggest untuk sapu kan krim. Untuk korang yang tak tahu, korang kena ambil tahu bahawa krim yang korang sapu tu mengandungi unsur ster...

BANTU SAHABAT MELAWAN TEKANAN PERASAAN ATAU EMOSI YANG TIDAK STABIL

Image
Hari ini boleh dikatakan ramai yang mengalami permasalahan emosi yang tidak stabil dan stress yang berpanjangan.  Dan ada diantara kita juga yang berhadapan dengan masalah anxiety dan panic attack. Tak siapa menduga bahawa dirinya akan mengalami situasi ini. Ini bukan lah masalah yang boleh dianggap remeh. Sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, mungkin boleh membawa kepada gangguan emosi dan kesihatan. Banyak faktor yang boleh membawa kepada terjadinya depression, anxiety dan panic attack ini.  Pastinya yang mengalaminya sahaja memahami betapa peritnya apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Sekiranya anda sedang mengalaminya, mungkin sukar untuk anda jelaskan situasi atau perasaan yang anda rasakan kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya. Perasaan anda yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan itu sangat sukar untuk dijelaskan. Keadaan itu boleh mucul tiba-tiba dan sangat tidak menyelesakan. Mungkin sebentar tadi anda baik-baik sahaja masih mampu memberikan senyuman ke...

REVIEW : NIVEA 10 SUPER VITAMINS & SKIN FOODS LOTION

Image
  Zaman sekarang sangat banyak produk yang ada di pasaran. Ada yang bersesuaian dan ada juga yang tidak bersesuaian dengan kita. Hari ni sis nak share dengan korang satu losyen bes ni. Selalu kalau cari memang sold out jer losyen ni. Bukan sold out kat 1 tempat jer, kadang tu pergi cari tempat lain pun sama sold out jugak. Disebabkan selalu sold out sis sekarang selalu beli extra untuk buat standby in case kalau dah habis. Sebab kalau dah habis pakai, nak tunggu restock balik tak tahu bila kan, takkan la kita nak pergi kedai hari-hari macam la kita ni free memanjang dah tak ada keje sangat nak buat kan..  Masa baru-baru produk ni keluar sis memang dah cuba and jatuh hati jugaklah dengan losyen ni. Lepastu bila dah habis macam biasa lah kan.. baru la pergi mencari kat kedai.. tup tup tak ada. Kadang-kadang tu pelik lah jugak kenapa selalu tak ada. So bila tak ada tu terpaksalah pakai losyen lain dulu. Tapi of course la bila kita dah jumpa losyen yang bes ni kita tak nak lagi da...

REVIEW : PERIUK DARIPADA MR DIY

Image
Sis ada membeli beberapa biji periuk daripada MR DIY  dan telah mencubanya. Alhamdulillah okay jer sepanjang digunakan untuk memasak. Alhamdulillah senang digunakan dan untuk membersihkannya pun senang.  Yang paling kita tak suka dalam aktiviti memasak ni adalah mencuci segala pekakas yang telah di gunakan. Lagi banyak step lagi banyak la pekakas yang kat dapur tu kita nak kena guna dan lagi banyaklah barang yang nak kena di cuci. Kalau yang ada pembantu rumah tu mungkin ringan sikitlah terasa bebanan untuk mencuci nya. Tapi kalau kita lah yang masak dan kita lah yang nak kena cuci tu. Itu yang menyebabkan rasa malas masak tu semakin memuncak dan akhirnya beli bungkus je lah senangkan. Tapi kalau beli bungkus yang dan siap masak ni, pastinya kalau nak beli 2-3 lauk tu harganya mungkin lebih mahal, nak-nak kita tekak tu asyik nak makan yang sedap jer... Biasalah makanan yang sedap ni harga pun mestilah sedap jugak.. Diorang nak masak pun nak kena letak macam-macam kan.. so seba...

JENIS-JENIS HADIAH YANG MURAH TETAPI BERMAKNA UNTUK DIBERIKAN KEPADA SESORANG

Image
Kadang-kadang kita berasa pening memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada seseorang. Terlalu banyak pilihan yang ada di pasaran, tetapi kadang-kadang kekangan harga  membuatkan kita buntu dengan budget dan kriteria pemilihan hadiah yang bagaimana yang perlu kita lakukan?? So, kat sini sis senaraikan beberapa barangan yang korang boleh jadikan hadiah. So korang jangan buntu-buntu lagi dan tak perlu peningkan kepala lagi nak memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada seseorang. 1) Buku Korang boleh membelikan buku kepada sesorang sekiranya dia mempunyai minat membaca. Pastikan buku tersebut bertepatan dengan seseorang itu. Contohnya, dia gemarkan membaca karya di dalam bahasa inggeris, korang carilah buku yang di tulis di dalam bahasa inggeris dan jangan pula beli karya berbahasa melayu. Ini mungkin menyebabkan seseorang itu tidak berminat untuk membaca buku tersebut. Cara penulisan jugak penting, pemilihan gaya bahasa haruslah bersesuaian dengan k...