EKZEMA AKAN SEMBUH KALAU KORANG RAJIN AMALKAN PERKARA NI
Untuk yang sedang berusaha untuk menghadapi masalah ekzema, anda teruskan usaha anda tu insyaa Allah ada sinar harapan buat anda. Memiliki kulit yang cantik dan bersih bukanlah suatu mimpi. Tetapi adalah suatu impian yang boleh direalisasikan.
Bila dah kena ekzema ni kulit jadi semakin sensitif kan, nak pakai apa pun kena pilih. Tak boleh pakai sembarangan sabun atau losyen kerana boleh menyebabkan kulit semakin kering dan akan menimbulkan rasa yang tak selesa.
Untuk kes ekzema ni, kebiasaan kalau pergi berjumpa dengan doktor kat klinik, kebiasaan mereka akan suggest untuk sapu kan krim. Untuk korang yang tak tahu, korang kena ambil tahu bahawa krim yang korang sapu tu mengandungi unsur steroid. Dan penggunaan steroid ni perlu dipantau daripada masa ke masa. Korang tidak boleh terlalu bergantung pada steroid dalam satu tempoh yang lama kerana berkemungkinan boleh mendatangkan risiko tertentu kepada diri korang di masa akan datang.
Jadi macam mana?? takkan nak tengok je ekzema tu jadi makin melarat kan?? Cuba korang fikir dan renung balik bila korang perasan yang korang ada masalah dengan ekzema ni?? sejak daripada kecil atau bila korang dah besar?? Kalau ia berlaku sewaktu korang dah besar panjang, selain daripada faktor genetik pasti ada faktor lain yang akan menyebabkan trigger nya masalah ekzema ni.
Korang mesti tak percaya kan?? yang ekzema ini sebenarnya ni boleh trigger apabila korang mengamalkan pemakanan yang salah dalam suatu tempoh yang panjang sehingga meyebabkan sistem pertahanan badan anda sudah terganggu. Cuba korang imbas kembali, dalam tempoh tersebut adakah anda menjadikan makanan berasakan tepung gandum, gula, susu, lemak trans, dan makanan terproses sebagai makanan harian korang??
Kebanyakkan orang yang berhadapan dengan ekzema ketika sudah meningkat dewasa adalah berpunca daripada mengamalkan pemakanan yang salah untuk suatu tempoh tertentu. sampai suatu masa, badan korang dah tidak lagi mampu untuk tolerate dan akhirnya terjadilah ekzema. Kalau korang dah menyedari kesilapan ni segeralah ambil langkah untuk berubah. Kerana dikhuatiri, bukan masalah ekzema sahaja yang korang akan hadapi tetapi banyak lagi masalah kesihatan yang lain akan terjadi akibat daripada mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.
Kebanyakkan artikel menerangkan bahawa ekzema terjadi setelah berlakunya ketirisan usus yang mana telah menyebabkan molekul-molekul besar seperti toksin melepasi dinding usus dan diserap kembali ke dalam badan dan akhirnya menimbulkan keradangan kepada kulit anda. Ketirisan usus ni boleh terjadi apabila kornag mengamalkan diet yang tidak sihat untuk suatu tempoh yang lama. Korang boleh mencari dan baca artikel berkenaan usus bocor atau leaky gut. dalam artikel tersebut diterangkan lebih detail bagaimana terjadi masalah ketirisan usus ni dan apakah implikasi nya terhadap kesihatan korang.
Untuk yang mempunyai masalah ekzema korang disarankan untuk mengamalkan diet sihat yang berasaskan makanan sebenar atau real food. Kebanyakkan real food bagus untuk kesihatan dan senang diserap oleh badan yang sihat. Untuk korang yang sedang berhadapan dengan masalah ekzema, badan korang mungkin tidak dapat menerima kesemua jenis real food dalam tempoh awal dan korang perlu memantau makanan yang boleh menyebabkan keradangan atau tidak. Setiap makanan mungkin tidak sama kesannya pada sesetengah orang, ada sesetengah orang okay dan ada sesetengah orang boleh menyebabkan ekzema flare up. So korang perlu perhatikan pemakanan korang. Sekiranya makanan tersebut menyebabkan ekezema korang melarat korang perlu hindari terlebih dahulu makanan tersebut.
Korang boleh tengok pada perkongsian daripada mereka yang pernah menderita disebabkan ekzema. Korang boleh cuba cara pemakanan mereka, dan tinggalkan sekiranya tidak bersesuaian dengan korang. Korang boleh makan nasi seperti biasa, amalkan pengambilan sayur dan buah-buahan yang bersesuaian supaya ekzema tidak semakin melarat. Korang munkin bole try makan bak choi, tauge, timun, epal, betik, avocado dan lain-lain. Tinggalkan dulu makanan yang pedas, kalau teringin sangat nak makan pedas korang boleh cuba gantikan dengan cayenne pepper. Untuk protein korang boleh pilih protein tumbuhan atau boleh jugak try protein haiwan daripada sumber yang organik. Korang boleh dapatkan telur yang organik atau telur kampung. Kalau nak makan ayam pastikan ayam itu adalah ayam segar dan bebas suntikan dan yang terbaik adalah free range atau ayam kampung. Kalau susah untuk dapatkan ayam, korangkan fokus kan pada pengambilan telur organik kerana boleh dibeli dipasar raya berdekatan sahaja. Pada peringkat awal mungkin korang rasa struggle sikit untuk pilih makanan yang bersesuaian.
Selain itu, selalukanlah amalkan pengambilan pemakanan yang masih segar. Rajinkan lah diri untuk memasak. Tidak mengapa, walaupun masakan simple sahaja, tetapi pastikan makanan tersebut padat dengan nutrisi. Memang terasa sedikit leceh pada mulanya, tetapi lama kelamaan korang akan rasa sangat best dan sangat selesa untuk makan makanan yang fresh.
Untuk tangani isu craving, cuba cari makanan yang bersesuaian yang korang boleh jadikan snek. Contohnya korang sentiasa pastikan rumah korang ada buah-buahan seperti epal atau betik. Korang pilih sahaja buah-buahan yang simple dan senang untuk di makan. Contohnya epal, selepas di cuci bersih korang boleh terus makan berserta kulitnya tanpa perlu dikupas. Untuk mencari makanan peganti snek korang tu, korang pilih buah-buahan yang mudah supaya tidak rumit untuk korang kupaskan kulit dan sebgainya. Korang kebiasaan suka makan makanan rapu adalah kerana makanan tersebut senang untuk di makan walaupun nutrisi baiknya kurang.
Jangan sesekali korang cuba untuk makan biskut atau kek dalam tempoh masa ini kerana kesan daripada pemakanan ini sangat tidak bagus untuk ekzema. Atau kalau korang rasa bosan untuk makan nasi, korang boleh gantikan dengan ubi keledek. Insyaa Allah kalau korang betul-betul jaga pemakanan korang dalam tempoh 2 bulan korang dah boleh tengok yang ekzema korang semakin pulih.
Sekiranya kulit korang dah kembali sihat, teruskan jaga pemakanan kerana sistem badan korang mungkin belum pulih sepenuhya dan sekiranya tersalah makan boleh menyebabkan gejala ekzema akan muncul semula. Jadi berhati-hatilah. Kalau keadaan kulit kekal baik selepas 4 bulan, korang boleh try slowly introduce semula makanan lain. Korang boleh try real food seperti cili, bayam atau makanan lain. Pastikan korang lakukan secara berperingkat untuk mengelakkan gejala ekzema muncul semula.
Korang rajin-rajinkan diri untuk cari posting atau perkongsian daripada orang lain yang mana bersesuaian untuk korang apply. Sebenarnya tak adalah terlalu susah sangat untuk dapatkan menu yang bersesuaian kalau korang rajin search. Masalah ekzema ni bukanlah suatu masalah yang baru dan ramai yang telah berhadapan dengan masalah ni dan akhirnya berjaya untuk sembuh semula. Walaupun mereka dan sembuh, mereka masih berusaha untuk create awareness so that other people boleh sembuh juga. Ada juga mereka yang telah spend perbenlanjaan yang besar untuk sembuh. Ada orang sangat struggle untuk sembuh dan kerana itu mereka bersungguh-sunguh buat posting atau perkongsian berkenaan perjalanan hidup mereka dalam menangani isu ekzema. Mungkin ekzema ni telah berikan suatu kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan mereka dan disebabkan itu mereka tidak berhenti untuk terus berkongsi dengan orang ramai bahawa ekzema ini berpotensi untuk sembuh.
Masalah ekzema ni bukan sahaja isu berkenaan masalah fizikal yang ringan. Sekiranya tidak dipantau boleh melarat dan menyebabkan kehidupan harian boleh terganggu dan ada yang terpaksa ke hospital. Selain itu, ekzema juga boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan keyakinan diri. Ekzema bukanlah suatu penyakit yang boleh berjangkit, tetapi masih ada dikalangan masyarakat kita tidak tahu pasal ekzema dan mungkin akan berasa tidak yakin untuk bersalam atau bersentuhan dengan orang yang mempunyai masalah ekzema. Ditambah pula dengan dunia sekarang terdapat pelbagai masalah daripada sudut kebersihan dan sebagainya menyebabkan masyarakat keliling menjadi takut untuk mendekati korang kerana mungkin risau mereka akan dijangkiti.
Sebenarnya masalah ekzema ini, boleh pulih dan improvement dapat dilihat dalam masa terdekat sekiranya korang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Yang penting korang kena jaga pemakanan sebaiknya. Sememangnya korang akan ada rasa craving dan sebagainya, tetapi cuba lah bertahan seketika sehingga ekzema korang membaik. Sekiranya dalam tempoh tersebut ada berasa gatal dan sebagainya, elakkan menggaru. Memang bukanlah suatu yang mudah untuk menahan kegatalan disebabkan oleh ekzema ni. So untuk hal ni korang boleh dapatkan losyen yang tidak berasaskan steroid untuk membantu menenangkan masalah kegatalan korang.
Selain daripada faktor pemakanan, faktor kebersihan jugak perlu diutamakan. Pastikan rumah dalam keadaan bersih dan mempunyai pengaliran udara yang baik. Rumah yang mempunyai pengaliran udara yang tidak baik boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan perkara ni mungkin menyebabkan korang terlepas pandang kenapa ekzema masih belum pulih. Setiap hari pastikan korang bukak tingkap atau pintu rumah untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Sekiranya korang dapati perabot di rumah korang mempunyai ada kesan habuk-habuk putih atau kulat korang perlu tangani segera hal ini. Cari alternatif yang bersesuaian untuk masalah tersebut. Kebiasaan kulat akan tumbuh di kawasan yang lembap, So korang perlu pastikan udara sentiasa bersih dan jangan biarkan ada pertumbuhan kulat di dalam kawasan rumah korang.
Selain itu kalau korang ada gunakan pendingin udara, pastikan sentiasa diservis secara berkala, Ada juga kes yang berlaku berpunca daripada masalah pendingin udara yang tidak diservis dengan baik dan akhirnya menyebabkan masalah ekzema masih tak dapat ditangani walaupun korang dah tukar cara pemakanan korang.
Dalam proses untuk penyembuhan diri ni, korang perlu sentiasa positif dan tenang. Sangat penting untuk korang dalam keadaan baik dan mood yang stabil. Cuba sebaiknya untuk menanangani stress yang ada. Stress yang berpanjangan juga boleh menyebabkan imuniti badan akan menurun dan sekiranya imuniti lemah, agak sukar untuk anda sembuh. Korang boleh cari alternatif seperti beriadah di taman sambil hirup udara segar dan korang juga boleh dapatkan cahaya matahari pagi. Ataupun korang boleh buat aktiviti berkebun atau apa sahaja aktiviti yang bersesuaian untuk bangkitkan mood ceria dalam diri anda. Sekiranya ada budget tambahan, bolehlah sesekali meluangkan masa untuk pergi bercuti. Bercuti jugak boleh dijadikan satu terapi buat anda.
Selain itu, pastikan anda dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Tidur dan rehat yang cukup sangat penting dalam proses pemulihan. Bagaimana sel badan kita untuk berfungsi dengan baik sekiranya badan selalu dalam keletihan dan tidak bertenaga. Badan kita memerlukan tenaga dan rehat yang cukup untuk membolehkan kita bangun dengan cergas di pagi hari. Selain itu, bacaan hormon di dalam badan korang perlu berada di paras yang stabil supaya korang boleh menikmati kehidupan korang dengan tenang dan aktif.
Dan sekirnaya anda ada budget tambahan boleh membeli supplement yang bersesuaian untuk membantu badan anda mendapatkan nutrisi ynag cukup. Sekiranya tiada budget tambahan, jangan risau korang fokus sahaja pada pengambilan makanan yang tepat dan ubah lifestyle korang. Semoga korang sentiasa kuat dan cekal untuk mengatasi masalah ekzema korang. Insya Allah setiap usaha pasti ada kejayaannya.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)