BANTU SAHABAT MELAWAN TEKANAN PERASAAN ATAU EMOSI YANG TIDAK STABIL

Hari ini boleh dikatakan ramai yang mengalami permasalahan emosi yang tidak stabil dan stress yang berpanjangan.  Dan ada diantara kita juga yang berhadapan dengan masalah anxiety dan panic attack. Tak siapa menduga bahawa dirinya akan mengalami situasi ini. Ini bukan lah masalah yang boleh dianggap remeh. Sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, mungkin boleh membawa kepada gangguan emosi dan kesihatan. Banyak faktor yang boleh membawa kepada terjadinya depression, anxiety dan panic attack ini. 


Pastinya yang mengalaminya sahaja memahami betapa peritnya apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Sekiranya anda sedang mengalaminya, mungkin sukar untuk anda jelaskan situasi atau perasaan yang anda rasakan kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya. Perasaan anda yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan itu sangat sukar untuk dijelaskan. Keadaan itu boleh mucul tiba-tiba dan sangat tidak menyelesakan. Mungkin sebentar tadi anda baik-baik sahaja masih mampu memberikan senyuman kepada rakan-rakan. Tetapi sebaik sahaja anda mulakan pemanduan anda tiba-tiba dapat rasakan sesuatu yang pelik di mana perasaan cemas itu muncul membuat anda tidak keruan, rasa berdebar-debar yang sangat dahsyat. Sehingga ada yang menggigil tangannya dan terpaksa hentikan pemanduan. 




Perasaan itu tidak mudah di kawal, ibarat seperti satu bom emosi yang tiba-tiba meletup dan boleh membahayakan diri. Sekiranya boleh di "delete" dan di buang kan daripada kotak memori pasti mereka dan lama lakukan. Tetapi perkara ni bukan begitu dan tidak semudah itu untuk dibuang pergi.  Mereka yang menghadapinya  biasa telah pendamkan suatu tekanan terlalu lama. Mungkin bermula dengan tekanan kecil tetapi apabila tekanan-tekanan itu terkumpul dan tidak diselesaikan dengan baik lama-kelamaan boleh menjadikan mereka tidak mampu lagi untuk melawan perasaan itu. Ia seolah-olah muncul seperti suatu memori yang bercampur baur yang kadang-kadang buatkan mereka keliru dan tidak pasti puncanya. Sekiranya tidak pasti di mana puncanya bagaimana kita mampu mencari solusinya. Tekanan yang sudah tidak terkawal ini memberikan impak yang besar kepada emosi seseorang. 


Sesetengah orang perlu di bawa berjumpa dengan kanselor untuk dapatkan bantuan dan khidmat nasihat. Tetapi individu tersebut hendaklah ready untuk melalui proses dan temujanji yang perlu di buat. Proses ini mungkin berbeza bagi setiap individu. Ada yang cepat dan ada yang mengambil masa yang lebih lama. 


Mungkin kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya sukar mengerti keadaan ini. Kerana mungkin pada pandangan orang itu tekanan kecil sahaja atau mungkin terlalu ikutkan perasaan. Tetapi kepada mereka yang mengalaminya itu adalah suatu keadaan yang boleh menyebabkan mereka mula hilang kawalan emosi. Biarpun cuba ditahan, tetapi perasaan cemas itu datang menghimpit dan menjadi bebanan yang sangat berat. Kadang-kadang bukan mereka tidak cuba bersabar tetapi mereka sudah kebuntuan dan emosi mereka tersangat lelah. Dan apa yang mereka perlukan sekarang adalah  sokongan emosi dan sedikit empati daripada orang sekeliling. 


Sebagai kawan-kawan atau teman rapat kita perlu prihatin dengan sistuasi ini, kita perlulah sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan atau insan yang terdekat dengan kita. Mereka sangat memerlukan support daripada orang sekelilingnya. Sentiasalah ada bersama mereka. Tidak perlu bertanya banyak soalan kerana itu mungkin boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan mungkin menyebabkan keadaan mereka semakin tidak baik. Korang mungkin boleh cuba mengajak sahabat korang melakukan aktiviti yang sebelum ini dia minat. Tetapi kebiasaannya mereka akan menolak, kerana mereka lebih selesa untuk hidup berkurung seorang diri. Ada masa mereka perlu bersendirian tetapi perlu dipantau kerana ada ketikanya itu mereka akan tenggelam dalam perasaan mereka sendiri. Setiap saat mengimbau perkara-perkara yang telah terjadi. Ada ketikanya menyebabkan mereka menjadi pendendam, hilang keyakinan diri dan mungkin hilang pertimbangan waras. Tetapi anda perlu bantu mereka untuk tidak terus berkurung diri dan, anda perlu menciptakan suasana yang lebih relax supaya sahabat anda akan jadi lebih tenang dan minda mereka tidak lagi terfokus kepada perkara yang boleh mengganggu emosi mereka. Carilah aktiviti yang bersesuaian untuk korang lakukan bersama-sama.


Kita perlu cuba bawa mereka keluar untuk bergaul dengan dunia luar, tetapi kita kena peka dan berhati-hati dengan siapa yang kita bawa mereka jumpa. Paling penting jangan bawa mereka ke tempat yang mereka tidak selesa dan berjumpa dengan orang-orang yang buat mereka rasa tidak selesa. Jangan sesekali membawa mereka berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak tahu akan situasi yang sahabat anda alami. Mungkin di dalam perbualan itu akan menimbulkan topik yang tidak bersesuaian dan boleh menyebabkan sahabat anda berasa tidak selesa. Ini akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada emosi mereka. Sahabat anda mungkin tidak akan menerima ajakan anda lagi selepas ini dan mungkin memilih untuk menjauhkan diri daripada anda. Anda perlu mencari alternatif yang bersesuaian. Sekiranya sahabat anda gemar bersukan anda boleh mengajaknya untuk bersukan. Biasa aktiviti lebih tertumpu kepada pergerakan dan perbualan kosong tidak berlaku di saat anda melakukan aktiviti. Aktiviti ini boleh membantu sahabat anda untuk mengalihkan seketika bebanan perasaan yang dirasakan itu apabila mereka mula fokus dalam melakukan aktiviti lain.


Tekanan tidak mudah diatasi sekiranya minda kita sering terfokus kepada permasalah sahaja. Antara peranan Yang kita boleh lakukan mengalihkan perhatian mereka kepada sesuatu yang lain. Apabila mereka dah boleh mula alihkan perhatian kepada perkara lain, keadaan ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka untuk pulihkan emosi mereka. Jangan sesekali bercerita atau bercakap berkenaan topik yang boleh mencetuskan anxiety sahabat anda melainkan dia sendiri yang mulakan topik tersebut. Mereka sendiri sebenarnya sentiasa mencuba untuk keluar daripada situasi tersebut, tetapi tidak mudah untuk mereka lenyapkan perkara tersebut daripada fikiran mereka. Mereka sebenarnya sangat memerlukan sokongan moral dan kepercayaan daripada orang sekeliling. Kita perlulah sentiasa memberikan  layanan yang baik dan sentiasa peka dengan perubahan mereka.


Sekiranya mereka sakit, bawa mereka ke klinik untuk dapatkan rawatan. Jangan sesekali mencemaskan mereka bahawa sakit yang mereka hadapi sekarang ni adalah disebabkan oleh serangan anxiety atau apa-apa. Cukup sahaja  anda memahaminya, dan berikan sahaja offer kepada sahabat sekiranya sahabat memerlukan anda untuk menemannya ke klinik. Keadaan ini mungkin boleh melegakan sahabat dan tidak menyebabkan dia merasakan yang dia telah membebani anda dengan keadaan dirinya sekarang. Mereka sebolehnya tidak mahu menjadi beban kepada orang lain. Jadi anda perlulah sentiasa menampakkan pertolongan anda itu adalah mudah dan ringan supaya tidak membuatkan sahabat anda berasa menyusahkan anda.


Sekiranya sahabat anda mula menceritakan berkenaan perkara atau topik yang menjadi punca  kepada anxiety mereka, anda cuba fokus sepenuhnya dan jadilah pendengar yang baik. Jangan terlalu drastik untuk membangkang atau menyalahkan mereka. Adakala mereka memerlukan validasi daripada orang yang mereka percayai. Biarkan mereka bercerita atau meluahkan apa yang mereka rasakan. Kadang-kadang tekanan tu menjadi semakin berat disebabkan mereka terlalu memendam satu demi satu tekanan tanpa disusuli dengan solusinya. Kadang-kadang dengan meluahkan apa yang selama ini terbuku di hati tu, sedikit sebanyak terasa ringan bebanan perasaan yang sedang ditanggung itu.


Sesekali berikan respon yang bersesuaian untuk menggalakkan mereka terus meluahkan apa yang mereka pendamkan. Pointnya disini, anda perlu cuba mendengar dan mendapatkan klu-klu penting supaya mudah untuk anda bantu sahabat anda. Anda perlu teliti tentang perkara dan siapa yang menjadi punca kepada ketidak tenteraman sahabat anda. Ketika ini, mereka mungkin akan menangis atau kelihatan beremosi, biarkan sahaja mereka melepaskan emosi mereka tersebut. Elakkan pertanyaan yang boleh menyebabkan dia berasa tidak selesa dan menyebabkan mereka berhenti bercerita. Keadaan ini boleh membantu untuk melegakan bebanan mereka. 


Apabila terlalu lama memendamkan sesuatu atau bertahan dalam keadaan yang stress, seseorang itu mungkin sudah tidak mampu lagi bertahan dan akhirnya meletup, burn out, kemurungan, anxiety dan banyak lagi. Mereka mungkin sudah terlalu lama menahan perasaan tersebut dan rasakan tiada tempat untuk mereka luahkan. Dan semestinya untuk meluahkan, kita hanya akan memilih orang yang kita boleh meletakkan kepercayaan sahaja. Sekiranya korang terpilih mendengar luahan mereka, sudilah mendengarnya dan janganlah sesekali memberikan riak negatif atau menganggap itu mudah. Tunjukkan keprihatinan kepada mereka dan bantu mereka untuk pulihkan emosi mereka. Ujian orang dan ujian kita mungkin tidak sama. Belajar untuk meletakkkan empati kedalam diri orang lain. Setelah sahabat sudah habiskan bercerita, wujudkan suatu aktiviti santai, contohnya boleh cuba bawa mereka keluar untuk jalan-jalan atau sebagainya. Sesekali cuba cadangkan idea atau saranan yang baik kepada mereka dalam keadaan yang lebih tenang. Tidak ada salahnya jika anda membantu mereka, suatu hari nanti mungkin anda pula yang perlukan bantuan mereka.


Selain itu, bantulah sahabat anda untuk lebih dekat kepada Allah. Kita pun manusia biasa mana mungkin kita mampu untuk melawan takdir Allah. Minta dan berdoalah kepada Allah. Jangan pula sesekali anda memberi ceremah dan berleter ketika sahabat sedang kemurungan. Mungkin anda boleh mengajaknya untuk bersama-sama ke majlis ilmu. Ajak mereka untuk menemani anda untuk ke majlis tersebut. Sesungguhnya banyak rahmat yang Allah turunkan di dalam majlis ilmu. Semoga masing-masing menjadi lebih tenang. Kadang-kadang kita sebagai manusia terlupa, bahawa Allahlah yang berkuasa untuk membolak balikkan hati kita, minta lah padanya untuk menggantikan ujian berat yang anda rasakan dengan sesuatu yang lebih baik menurut-Nya. 


Dan kita pula jangan sesekali meninggalkan suruhan-nya dan sentiasalah menjauhi segala perkara yang dilarang. Semoga hidup mendapat keberkatan dan diberikan ketenangan. Nikmat bahagia dan tenang itu tersangat mahal harganya. Walaupun korang mempunyai jutaan ringgit, anda belum tentu mampu memiliki rasa cukup dan bahagia. Tetapi ada orang yang diluar sana mempunyai baki RM10 di dalam dompet sudah tenang dan bahagia. Mereka berasa cukup dengan kehidupan mereka. Ternyata nikmat bahagia dan tenang itu tidak terletak pada jumlah wang banyak, rumah yang besar, kereta yang mewah atau sebagainya. Kalau Allah ingin menarik nikmat tersebut, sekelip mata sahaja Allah boleh ambil dan tiada apa yang mustahil bagi-Nya.




Emosi dan tekanan sekiranya tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan sesorang itu hilang motivasi diri. Tidak kiralah di mana sahaja kita berada pastikan kita berada dalam circle yang positif dan elakkan toxic people. Sometimes, memang tak mudah nak menghadapi toxic people ni. Sekiranya anda berasa anda kuat dan boleh mengubah mereka tidak mengapa, tetapi jangan sesekali biarkan mereka pula yang mengubah diri anda. Untuk mengubah mindset seseorang memerlukan kesabaran yang tinggi dan memerlukan ilmu. 


Sebelum kita hendak mengubah diri orang lain, kita boleh mula mengubah diri kita dahulu dan percayalah circle kita pun akan turut berubah. Tanggapan dan sudut pandangan kita akan menjadi lebih baik dan kita juga dapat menyumbang kepada circle yang lebih baik. Kita juga perlu sentiasa memastikan emosi diri sentiasa stabil. Bila emosi tidak stabil, kita mudah untuk tertekan dan triggerred dengan keadaan sekeliling. Pastikan kita dapat rehat yang secukupnya dan dapatkan nutrisi yang baik daripada pemakanan yang baik. Selain itu, kita juga perlu belajar cara menguruskan stress dan bergaul dengan  baik di dalam circle yang baik. Jangan sesekali kita menjadikan diri kita toxic kepada orang lain. Kita perlulah mempunyai motivasi diri yang tinggi. Motivasi diri sangatlah penting. Tanpa motivasi yang baik kita mungkin cepat berputus asa, tidak tahan dengan tekanan dan mudah hilang tumpuan. Anda perlu tahu keutamaan anda, dan jangan fokus kepada perkara yang kecil yang boleh menganggu anda.


Sentiasalah berdoa dan sandarkan hati kepada Allah. Minta Allah berikan yang terbaik. Mohon bantuan Allah dalam menghadapi sebarang ujian yang anda rasakan tidak tertanggung.




Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg