REVIEW : NIVEA 10 SUPER VITAMINS & SKIN FOODS LOTION

 




Zaman sekarang sangat banyak produk yang ada di pasaran. Ada yang bersesuaian dan ada juga yang tidak bersesuaian dengan kita. Hari ni sis nak share dengan korang satu losyen bes ni. Selalu kalau cari memang sold out jer losyen ni. Bukan sold out kat 1 tempat jer, kadang tu pergi cari tempat lain pun sama sold out jugak. Disebabkan selalu sold out sis sekarang selalu beli extra untuk buat standby in case kalau dah habis. Sebab kalau dah habis pakai, nak tunggu restock balik tak tahu bila kan, takkan la kita nak pergi kedai hari-hari macam la kita ni free memanjang dah tak ada keje sangat nak buat kan.. 


Masa baru-baru produk ni keluar sis memang dah cuba and jatuh hati jugaklah dengan losyen ni. Lepastu bila dah habis macam biasa lah kan.. baru la pergi mencari kat kedai.. tup tup tak ada. Kadang-kadang tu pelik lah jugak kenapa selalu tak ada. So bila tak ada tu terpaksalah pakai losyen lain dulu. Tapi of course la bila kita dah jumpa losyen yang bes ni kita tak nak lagi dah losyen yang lain. Bagi sis nivea super 10 ni alhamdulillah sangat sesuai untuk  sis buat masa ni.


Disebabkan losyen ni sejenis losyen yang laku keras dan selalu sold out sis akan beli ekstra untuk standby. So sekarang tak adalah lagi sis berhadapan dengan masalah terputus bekalan ni.. Masa  first time cuba apa-apa produk, sis kebiasaannya akan memilih saiz pacakaging yang paling kecil supaya tak membazir. Tapi bila dah rasa okay atau selesa sis terus membeli saiz yang besar jer lepas tu. Kalau beli yang kecil tu pun sebab nak pergi travel.. jadi senang la sikit untuk masukkan ke dalam bag.


Sis memang menggunakan barangan nivea dah lama semenjak daripada sis zaman sekolah lagi. For me nivea punya produk ada yang sis tak boleh guna. Skin kita masing-masing tak sama. Ada yang sensitif dan ada yang okay je dengan apa-apa produk.


Losyen super 10  ni sis suka sangat sebab dia tak mengeringkan kulit dan tak menyebabkan rasa melekit pada kulit sis. Memang sis rasa selesa pakai losyen nivea yang super 10 ni. Ada sesetengah losyen sis memang tak boleh nak gunakan pada kulit sis kerana menyebabkan kekeringan dan kadang tu menyebabkan rasa melekit dan tak selesa. Actually sis ada masalah kulit yang agak sensitif. So sis memang akan sedikit cerewet dalam pemilihan barang, bukan apa.. kadang-kadang tu baru je pakai beberapa hari dah kne stop kan penggunaan kalau tak kulit jadi menggelupas kasar dan sangat tak selesa. 



So hari ni sis nak kongsikanlah kebaikkan losyen ni daripada pengalaman sis sendiri. Mungkin ada yang diluar sana jugak mengalami kulit yang sensitif seperti sis boleh mencuba losyen ini juga. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang di luar sana untuk membuat pemilihan produk.


Sis sendiri juga ada problem dalam pemilihan deodorant dan minyak wangi. Silap pakai atau terkena pada kulit boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan dan kulit menjadi sedikit bengkak. So itu adalah antara masalah yang sis alami. Tapi daripada segi pemilihan deodorant dan minyak wangi untuk setakat ini, kebanyakkan yang sis pernah cuba, alhamdulillah sis boleh gunakan, cuma ada sebahagian kecil sahajalah yang tak sesuai untuk sis gunakan. Kadang-kadang tu kalau berada di tempat yang terlalu banyak habuk  macam stor yang ada banyak-banyak kotak tu pun kadang-kadang rasa tak selesa. 



So sis share kat sini sekiranya korang mempunyai kawan atau family atau mungkin korang sendiri yang mengalami masalah ni sis sangat recommend kan nivea super 10 ni. Korang boleh beli losyen ni dan hadiah kan losyen ni pada diornag atau korang sendiri. Insyaa Allah kita ikhtiar yang selebihnya kita serahkan kepada Allah. Sis tak cakap korang akan sembuh 100% tau.. itu hak Allah kita sebagi manusia kita hanya beriktiar. Tetapi berrdasarkan pengalaman sendiri.. Alhamdulillah sis berasa selesa menggunakan nivea super 10 ni.


Tapi untuk pemilihan losyen ni, jujur sis cakap bukanlah suatu perkara yang senang. Sangat banyak yang sis dah cuba, tapi kebanyakkan tidak sesuai. Fokus untuk orang yang ada masalah macam sis, adalah losyen yang tak menyebabkan kekeringan, tak melekit dan menyelesakan apabila dipakai. Kami tidak fokus pemilihan atas dasar untuk mencerahkan kulit  supaya kulit jadi putih. Kebanyakkan produk yang ada di pasaran sekarang lebih kepada produk pencerahan kulit. Sebab tu la sis rasa nivea super 10 ni lain daripada yang lain tau. 


Selain itu, nivea super 10 ni jugak mempunyai bau yang manis-manis buah. Kalau korang sukakan bau macam ni korang boleh cuba losyen ni. Produk nivea memang terkenal sebagai produk yang mempunyai bau yang wangi. Bagi sis bau losyen super 10 just nice. Okay jer nak pakai tak menyebabkan pening kepala atau apa. Losyen ni bukan setakat bes, tetapi harganya pun mesra poket insya Allah.


Selain itu losyen nivea super 10 ni mempunya SPF 15. Just nice untuk penggunaan di rumah atau office. Korang just reapply jer from time to time. Kebanyakkan yang duduk di rumah atau di office sesuai pakai losyen ni. 


Selamat mencuba.. Semoga korang juga mendapatkan kebaikkan daripada losyen ni jugak tau. Salam sayang daripada sis semoga korang happy selalu :)

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg