Posts

Showing posts from 2024

TIP KERJAYA : 7 CIRI PEKERJA YANG DIINGINKAN OLEH PIHAK MAJIKAN

Image
Untuk mereka yang masih tercari-cari kerjaya idaman tu sis harapkan korang jangan putus asa dan teruskan berusaha semoga ada sinar buat korang. Dalam post kali ni sis nak kongsikan ciri-ciri pekerja yang dinginkan oleh para majikan. Ciri inu adalah ciri yang sangat penting untuk korang miliki, tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang korang ingin ceburi.  Sebenarnya masih banyak ciri-ciri lain, tetapi untuk 7 ciri-ciri ini pastikan korang miliki terlebih dahulu. Atau kalau masih belum cukup, korang berusahalah untuk lengkapkan diri korang dulu dengan ciri tersebut. Yang pertama korang kena pastikan korang selalu datang tepat pada waktunya dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja. Orang yang selalu datang tepat pada masanya menunjukkan dia seorang yang pandai menguruskan masa. Jangan jadikan alasan jalan sesak atau pelbagai alasan lain sebagai penyebab kepada kelewatan korang. Di dalam syarikat tersebut, pasti bukan korang seorang sahaja pekerja pasti ada pekerja lain juga. Sekira

PERSEDIAAN MENUJU DEWASA

Image
Lately banyak kisah yang menjadi kontroversi di dalam masyarakat kita. Antaranya adalah isu pekerjaan, kos hidup dan ekonomi rakyat. Boleh dikatakan kita dapat lihat banyak perbahasan dan pendebatan berkenaan isu ini. Dan perkara ini sedikit sebanyak mencuri perhatian sis. Sis faham dalam kehidupan hari ini banyak perkara yang korang perlu hadapi. Korang perlu bersaing dengan ramai orang kat luar sana.  Mungkin korang pun tertanya-tanya apa nasib korang selepas ni kan?? sedangkan yang sudah tamatkan pengajian pun masih gagal mendapatkan pekerjaan dan masih lagi menggagur. Ada juga yang mempunyai cable dan seolah-olah tamat sahaja pelajaran sudah ada tempat untuk dia memulakan pekerjaan. Mesti korang rasa hidup ini tidak adil kan untuk korang?? Orang lain seolah-olah lahir dalam dulang emas.. tapi diri sendiri ni ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sungguh terasa strugglenya tu kan?? Kadang-kadang nak sedih pun x bole nak sedih sangat kan.. sebab kita kena kuat. Hidup

EKZEMA AKAN SEMBUH KALAU KORANG RAJIN AMALKAN PERKARA NI

Image
Untuk yang sedang berusaha untuk menghadapi masalah ekzema, anda teruskan usaha anda tu insyaa Allah ada sinar harapan buat anda. Memiliki kulit yang cantik dan bersih bukanlah suatu mimpi. Tetapi adalah suatu impian yang boleh direalisasikan.  Siapa yang sedang hadapi masalah ekzema?? mesti korang rasa tak selesa kan? Kulit rasa kering sangat, kadang tu terlampau kering dan kadang tu boleh jadi bengkak dan boleh timbulkan rasa sakit. Ada yang lagi teruk bila mula rasa gatal dan korang pun mula tergaru-garu sehingga luka. Bila dah kena ekzema ni kulit jadi semakin sensitif kan, nak pakai apa pun kena pilih. Tak boleh pakai sembarangan sabun atau losyen kerana boleh menyebabkan kulit semakin kering dan akan menimbulkan  rasa yang tak selesa.  Untuk kes ekzema ni, kebiasaan kalau pergi berjumpa dengan doktor kat klinik, kebiasaan mereka akan suggest untuk sapu kan krim. Untuk korang yang tak tahu, korang kena ambil tahu bahawa krim yang korang sapu tu mengandungi unsur steroid. Dan pengg

BANTU SAHABAT MELAWAN TEKANAN PERASAAN ATAU EMOSI YANG TIDAK STABIL

Image
Hari ini boleh dikatakan ramai yang mengalami permasalahan emosi yang tidak stabil dan stress yang berpanjangan.  Dan ada diantara kita juga yang berhadapan dengan masalah anxiety dan panic attack. Tak siapa menduga bahawa dirinya akan mengalami situasi ini. Ini bukan lah masalah yang boleh dianggap remeh. Sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, mungkin boleh membawa kepada gangguan emosi dan kesihatan. Banyak faktor yang boleh membawa kepada terjadinya depression, anxiety dan panic attack ini.  Pastinya yang mengalaminya sahaja memahami betapa peritnya apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Sekiranya anda sedang mengalaminya, mungkin sukar untuk anda jelaskan situasi atau perasaan yang anda rasakan kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya. Perasaan anda yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan itu sangat sukar untuk dijelaskan. Keadaan itu boleh mucul tiba-tiba dan sangat tidak menyelesakan. Mungkin sebentar tadi anda baik-baik sahaja masih mampu memberikan senyuman kepada raka