Posts

Showing posts from October, 2019

Alatan Renang Untuk Pemula

Image
Dalam 'post' kali ini kita hendak bercerita tentang alatan renang. Sekiranya korang masih baru, korang akan berasa lebih yakin dan 'confident' untuk berenang sekiranya menggunakan alatan bantuan renang yang tertentu yang bersesuaian dengan keadaan anda. Tidak semestinya anda memerlukan kesemua alatan tersebut. Ada juga yang belajar berenang tanpa sebarang alatan bantuan. Hal ini adalah bergantung kepada persediaan masing-masing. Tetapi sekiranya anda mengalami trauma dengan air, dengan bantuan alatan tersebut anda mungkin dapat mengembalikan keyakinan untuk belajar berenang. Terdapat beberapa alatan renang yang dapat membantu mereka yang ingin mula belajar berenang dan antaranya adalah; 1) 'Swimming Suit' atau Pakaian Renang Pilihlah pakaian renang yang bersesuaian supaya anda berasa selesa ketika berada di dalam air. Untuk pemula, anda perlulah berasa selesa ketika ingin memulakan sesi pembelanjaran supaya anda boleh belajar denga...

Jom belajar berenang!!!

Image
Berenang adalah salah satu olahraga yang memerlukan teknik dan imbangan yang betul supaya kita dapat berenang dengan baik dan selamat. Ramai orang beranggapan berenang adalah suatu aktiviti yang sangat susah untuk dipelajari. Berdasarkan pengalaman sendiri, berenang ini bukanlah sesuatu aktiviti yang mustahil untuk kita lakukan sekiranya kita tahu teknik yang betul dan selamat. Pada permulaanya, aku juga sama seperti mereka yang lain langsung tidak tahu berenang. Dan aku juga ada sedikit trauma yang mana aku hampir lemas kerena aku tidak dapat kawal diri sewaktu di dalam air dan menyebabkan seluruh badanku tenggelam dalam air. Paras air pada masa tu cuma di paras peha orang dewasa sahaja, tetapi disebabkan oleh kegagalan untuk aku bangunkan badanku di dalam air menyebabkan diri ku tenggelam ke dasar. Masa tu, aku memang tidak tahu teknik atau cara yang betul, dan aku hanya mengerak-gerak kan tangan sahaja di dalam air sehinggalah aku timbul ke permukaan. Selepas ...

EKZEMA SUKAR DIKAWAL DAN TERSEKSA KERANA EKZEMA

Image
Ekzema adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gejala kekeringan dan keradangan kulit. Ia tidak hanya terjadi kepada golongan kanak-kanak sahaja, ia juga boleh terjadi kepada gologan remaja dan dewasa. Ekzema bukanlah penyakit kulit yang akan berjangkit tetapi ekzema boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada individu yang mengalaminya. Sekiranya ekzema dibiarkan tanpa rawatan yang betul, ia boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Ekzema sukar dirawat dan ada yang mengatakan bahawa ekzema tidak boleh dirawat sama sekali, namun begitu langkah pengawalan boleh diambil untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius yang mana mungkin boleh mengganggu aktiviti harian. Ekzema boleh menyebkan rasa gatal yang teramat sangat dan kepada sesetengah individu yang mempunyai masalah ekzema yang serius akan merasa kulit mereka teramat gatal dan cenderung untuk menggaru tanpa mereka sedar terutamanya sewaktu mereka tidur. Untuk mereka yang mengalami masalah ek...

Terkena minyak panas dan apa nak buat lepas tu???

Image
Apabila terkena sesuatu yang panas, kulit kita boleh menjadi melecur atau terbakar bergantung pada tahap kepanasan itu sendiri. Sekiranya terkena bahan panas pada suhu sekitar 60 darjah celcius kebiasaanya tidak meninggalkan parut kekal. Tetapi sekiranya suhu melebihi 90 darjah celcius tu berkemungkinan tinggi untuk meninggalkan parut kekal. Ada sesetengah keadaan sekiranya terlalu teruk boleh mengakibatkan kehilangan fungsi. So apa perkara yang perlu dibuat sebaik sahaja terkena minyak panas ni? pertama sekali adalah kawal diri dan jangan 'panic'. Antara kaedah yang sering dicadangkan adalah alirkan air ke bahagian badan yang terkena tu,  gunakan air paip atau air bersih, kalau dah tak ada dua sumber tersebut, boleh gunakan air botol sebagai alternatif. Kemudian balutkan dengan kain kasa. Selepas itu mintalah bantuan daripada rakan atau ahli keluarga untuk dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran. Sekiranya tiada rakan atau ahli keluarga p...

Kiub Ais Tomato Mampu Hilangkan Jerawat Di Wajah

Image
Tomato adalah sayuran jenis buah yang sangat berkhasiat dan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Di dalam tomato tergantung pelbagai jenis vitamin. Tomato warnya oren kemerahan adalah disebabkan oleh lycopene likopena. Tomato sangat kaya dengan sifat antioksida. So sesiapa yang terasa nak melambatkan proses penuaan tu jangan lupa makan tomato yer..  Proses penuaan kulit  memang tidak dapat dielakkan tapi boleh dilambat kan dengan pemakanan dan gaya hidup kita. Topik hari adalah kita nak bercerita berkenaan petua yang boleh diamalkan secara selamat. Tak perlu berbelanja lebih. Guna barang-barang dapur jer. Yang pasti cara ni mudah dan ringkas. Pertama sekali. Sediakan buah tomato. Bilas dengan air dengan keringkan. Kemudian potong kan kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam mesin pengisar. Tak perlu campurkan air kerana tomato sendiri sudah mempunyai kandungan air yang tinggi. Tekan je butang pengisar tu dan kisarkan sehingga semuanya menjadi cairan yang...