HIDUP AKAN INDAH BILA KITA BERSYUKUR

Dalam hidup ni, macam-macam ujian yang Allah berikan. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kemewahan harta, ada yang diuji dengan sakit dan lain-lain lagi. Sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari daripada ujian ini. Kita akan diberikan ujian untuk menentukan tahap keimanan kita. Sekiranya keimanan kita teguh, insya Allah Tuhan Yang Menciptakan kita ni akan mengangkat darjat kita di sisinya dan sebaliknya akan berlaku jika kita tewas dengan ujian. 


Setiap daripada kita diberikan ujian yang tidak sama. Tetapi bersesuaian dengan kemampuan kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang terlalu berat seperti mana yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul. Bilamana ujian ini dilalui dengan penuh rasa kehambaan kepada Ilahi, insya Allah akan membuahkan rasa syukur dan meningkatkan keimanan kepada Allah. 




Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Boleh jadi, apa yang kita hajati itu belum tiba masanya untuk Allah makbulkan permintaan kita. Atau mungkin ada perancangan yang lebih baik yang sedang Allah aturkan. Bersangka baiklah dengan perancangan Allah. Sesungguhnya dia mengetahui apa yang tidak kita ketahui. 


Kadangkala kita terlalu leka sehingga terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Allah anugerahkan. Kadangkala Allah tarik sedikit nikmat tersebut barulah kita sedar betapa selama ini nikmat tersebut sangatlah besar buat diri kita. Dan kita pun berdoa dan memohon dalam esak dan tangis untuk Allah berikan semula nikmat tersebut. Itulah teguran yang Allah berikan untuk kita belajar erti syukur. 


Kadangkala, kita perlu juga melihat kepada sekeliling kita. Betapa kita masih mampu untuk menikmati tidur yang lena, memiliki keluarga yang cukup baik dan diberikan rezeki makanan yang lazat. Tetapi ada orang lain diluar sana, hidup dalam keadaan ketakutan, bersembunyi di sana-sini, akibat daripada kekejaman pihak lain. Di luar sana, ada mereka yang hampir kebuluran, ada anak kecil yang tidak dapat minum susu, ada mereka yang tidak berkesempatan untuk meneruskan pembelajaran dan lain-lain lagi. Syukurilah keamanan yang kita miliki ini. 




Janganlah sesekali kita berasa dengki dan iri hati dengan kejayaan orang lain. Tetapi jadikanlah kejayaan orang lain itu sebagai sumber inspirasi untuk kita turut berjaya seperti mereka. Jangan risau, Allah telah menetapkan bahagian rezeki kita masing-masing, tinggal lagi untuk kita berusaha  bersungguh-sungguh sahaja. Apa yang kita perolehi itu, kita bersyukur. 


Selain itu, berdoalah selalu kepada-Nya semoga Dia mengurniakan rezeki yang berkat kepada kita. Insya Allah keberkatan rezeki itu akan mencukupkan segala-galanya. Jangan sesekali melakukan perkerjaan yang melibatkan sesuatu yang haram kerana dibimbangi rezeki yang diperolehi tiada keberkatan. Semoga Allah SWT melindungi diri kita semua daripada terjerumus kepada sesuatu yang haram. Semoga kita sentiasa diberikan taufik dan hidayah agar kita tetap kuat untuk berpegang di jalan-Nya. 

Comments

  1. Ada ketikanya susah nak bersangka baik, kadang siap marah, kenapa aku? tapi bila fikir balik, mungkin Allah hanya menguji sesaorang yang kuat, so Aku orangnya...makanya, setiap apa yang berbalu, redha aje laa..

    ReplyDelete
  2. Ya setiap unian itu harus dilalui dengan penuh kesabaran. Ada hikmah diseaiknya. Yg penting selalu mengingati NYA... dan bersyukur atas nikmat NYA.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, terima kasih atas coretan ni. Sedikit sebanyak mengingatkan kembali tentang tujuan hidup dimuka bumi ini. Bila kita bersyukur semuanya rasa senang dan hati pun riang.

    ReplyDelete
  4. Susah camne pon ingatlah selalu pada diri bahawa ada org lagi susah dari kita. Sentiasa bersyukur dengan apa yg ada. Tq ats perkongsian

    ReplyDelete
  5. syukuri dan sentiasa merasa cukup dengan nikmat yang diberikan, antara sifat yang paling disukai oleh Allah...nescaya Dia akan berikan lebih lagi bila kita bersyukur...

    ReplyDelete
  6. Alhandulillah bila dapat baca entry ni, sekurang memberi kesedaran pada sis yg sdg alami midlife crisis ni. Rasa lost sgt. Bila baca ni beri kesedaran buat sis utk bersyukur akan nikmat ya Allah berikan

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bagus. Setiap orang tak sama dugaan dalam hidup yang ditempuhi. Masing-masing ada dugaan yang tersendiri. Bersangka baik tu bagus

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg sgt bagus sis. Betul kita kena selalu bersyukur dgn apa kita ada dan jgn la dengki kt apa org lain ada. Rezeki masing2 lain

    ReplyDelete
  9. Rezeki kita semua berbeza. Ujian kita semua berbeza. Apa yang sama, kita kena sama sama bersyukur. .kadang kala, kita tak boleh trima apa yang Allah uji. Makin kita mengelak, makin datang ujian tu untuk kekuatan diri kita.

    ReplyDelete
  10. Thanks for the reminder. Yup, syukur bukan bila dpt rezeki berupa harta je. SYukur dgn udara yg Allah bagi, dgn keluarga yg sihat, kawan2 yg baik. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)