KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD


Solat Sunat Tahajjud adalah solat yang dilaksanakan di malam hari. Setelah tidur seketika selepas waktu Isya', dan bangun semula untuk melaksanakan solat ini. Solat ini boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan 1 salam. 


Tujuan Solat Tahajjud.
1.     Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2.     Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3.     Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4.     Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5.     Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang sangat digemari oleh para alim ulama. Terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi dengan mengamalkan solat tahajjud. Selain mendekatkan diri kita dengan Allah yang Maha Berkuasa, Allah juga akan mengangkat darjat dan memuliakan orang yang mengamalkannya. 


Diantara kelebihan mengamalkan solat sunat tahajjud adalah;
1.  Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.     Doa dimakbulkan Allah.
3.     Memperolehi ketenangan jiwa.
4.     Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.     Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6.     Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7.     Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8.     Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
9.     Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10.        Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.        Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12.        Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13.        Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.        Orang bersolat Tahajjud menjadi kesayangan Allah SWT.
15.        Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.        Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17.        Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18.        Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.






Amalan untuk memudahkan Bangun Solat Malam.
1.     Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2.     Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3.     Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4.     Membaca ayat-ayat Al-Quran.



Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)





Cara Mendirikan Solat Sunat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)


Bacaan doa sebelum menunaikan Solat Sunat Tahajjud





Niat Solat Sunat Tahajjud



Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)



Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali.






Setelah selesai Solat Sunat Tahajjud bacalah doa yang berikut.






Setelah itu, sambung doa tersebut dengan doa yang berikut.





Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.



Pengisian pos ini dirujuk kepada laman  Syafiqalbu. Semoga kita memanfaatkan perkongsian ini. 

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Memang bagus amalkan solat tahajjud ni.

    ReplyDelete
  2. pernah baca orang sebut, selagi mana kita tak buat solat tahajjud, selagi tu lah kita belum betul2 nak dapatkan apa yang kita idamkan...

    ReplyDelete
  3. Ya solat Tahajud banyak manfaatnya buat bekalan akhirat.. saya juga amalkannya selagi terdaya.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. terima kasih aatas perkongsiannya. Selalunya tak tahu nak baca doa apa lepas habis solat. Kali ni dah jumpa dah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas perkongsian ini. Alhamdulilah, ada bimbingan sebegini insyaAllah dipermudahkan amalan kita semua

    ReplyDelete
  7. Nice sharing! Perkongsian yang sangat baik dan sebagai saham akhirat juga. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Semoga istiqamah

    ReplyDelete
  8. Ada peluang, ada 'magic' di kejutkan, atau tersedar, bangun dan buatlah...rugi jika dah di sedarkan tapi terus tidur...Sis selalu terjaga, ada masa terus bangun nak buat, ada ketika, sambung gak tidur...huhuhu...tapi sekali dah buat, sekali dah minta padaNya, dan Dia makbulkan, akan ada rasa terima kasih dan akan berkali-kali kita akan buat...

    ReplyDelete
  9. Solat Tahajjud banyak sangat manfaat nya. Sebagai orang Islam memang dituntut untuk bangun tahajjud. moga kita istiqomah dalam melakukan tahajjud, tak mampu setiap hari, pastikan dalam seminggu kita akan tahajjud sehari

    ReplyDelete
  10. Rindunya nak buat solat tahajudd ni. Kalau boleh memang nak bangun. Tapi tak terjaga pulak. Kalau ada kesempatan memang nak rasa keindahan tahajudd ni. Suka perkongsian macam ni. Nanti nak cuba tips bangun tahajudd tu

    ReplyDelete
  11. Memang banyak kelebihan solat tahajjud ni kan. Ramai tak sedar. Kalau dh terbngun tu, boleh la cepat2 buat. Perkongsian macam ni memg patut diberi org pada org lain supaya tak lupa

    ReplyDelete
  12. banyak kelebihan solat tahajud ni, bagus sangat jika dapat d amalkan. Berbeza rasa hari yang kita bagun solat tahajud dengan hari kita tak bangum solat tahajud.

    moga Allah terima amalan kebaikan kita

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang sangat baik. Boleh jadikan bekalan akhirat kelak. Tanpa kita sedar banyak juga kelebihan menunaikan solat tahajud.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..tq sharing info. Penjelasan yang mudah difahami sebab ada dinyatakan langkah demi langkah.

    ReplyDelete
  15. Terimakasih atas perkongsian. sangat bermanfaat. semoga kita sentiasa dapat perbaikii diri

    ReplyDelete
  16. Thank you sharing. Memang best kalau buat sunat tahajjud ni. Kalau terbangun malam lebih baik buat

    ReplyDelete
  17. Solat Tahajjud mmg bagus diamalkan utk kita lebih dkt dgn Allah dan saham akhirat

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)