Posts

Showing posts from February, 2020

Tuntutlah ilmu kerana ilmu adalah harta yang sangat berharga untuk dunia dan akhirat

Image
Dalam hidup ini, kita jangan sesekali berasa lelah dalam menuntut ilmu. Ilmu adalah harta dunia dan akhirat. Ilmu itu adalah sinar di kala kegelapan. Tanpa ilmu hati kita akan mati. Ilmu mampu menjadikan hidup kita lebih bahagia dan memahami tujuan hidup kita.  Ilmu akan menjadi sumber kekuatan kita bila musibah melanda. Ilmu menjadikan kita lebih kuat dan bersangka baik dengan ketentuan Allah. Kita akan sentiasa yakin dan percaya apa yang Allah aturkan dalam hidup kita adalah yang terbaik.  Tanpa ilmu, kita akan leka dengan dunia semata-mata. Kita mudah terpedaya dengan keindahan dunia yang sementara ini. Menjadikan kita berasa sentiasa tidak mencukupi dengan apa yang ada dan mungkin hidup kita tidak lepas dari istidraj. Kita mungkin terus hanyut dan leka. 

Berdoalah untuk mohon petunjuk

Image
Dalam banyak keadaan kita memerlukan petunjuk Allah terutamanya dalam membuat keputusan yang penting. Setiap kali ingin membuat sebarang keputusan mohonlah petunjuk daripadanya agar keputusan yang dibuat diberkati dan terhidar daripada kemungkaran-Nya. Allah SWT itu sesungguhnya Tuhan sekalian alam dan sesungguhnya kekuasaan-Nya itu melebihi apa yang ada di langit dan bumi. Tiada 1 kuasa pun di dunia ini yang mampu menandingi kebesaran Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanyalah makluk yang lemah dan tiada apa-apa melainkan pinjaman nikmat yang Dia kurniakan. Sesungguhnya kita hanyalah manusia yang hina. Walaubagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu amatlah besar, pohonlah keampunan daripada-Nya semoga Dia memberikan keampunan terhadap dosa yang telah kita lakukan. Antara faktor lain yang mempengaruhi doa kita adalah keikhlasan hati. Berdoalah dengan hati yang ikhlas dan tanpa sebarang dendam. Berdoalah dan mohonlah kebaikan untuk diri kita dan sesama sa...

Carilah Pintu Syurga Melalui Jalan Ibadat Yang Kau Lazimi

Image
Terdetik di hati ini apakah layak untuk aku mengidamkan syurga sedangkan hidupku masih bersisa dosa dan masih merangkak mencari ilmu agama untuk aku pelajari. Zaman muda-mudi dulu masih sempat untuk aku menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Ada program yang wajib dan ada yang boleh disertai sekiranya kelapangan. Program-program begini sangatlah bagus kerana kita tidak tertumpu kepada pelajaran yang berfokuskan kepada hal keduniaan semata-mata.  Program sebegini sebenarnya banyak membantu kita sendiri untuk mengenal potensi diri kita dan memberi ruang kepada diri kita untuk menghayati bahawa setiap cabang ilmu yang kita perolehi hasil daripada menghadiri kuliyah itu adalah sangat bermakna sekiranya kita tahu dan sedar akan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.  Orangnya berilmu pastinya memanfaatkan ilmu yang ada sebaiknya dan menjaga amanah sewaktu hidup di dunia ini. Dunia hanyalah pers...

JANGAN BERSEDIH ALLAH ITU ADA DAN MAHA MENGETAHUI

Image
Seringkali kita berasa gundah dan gelisah dengan kehidupan seharian kita. Selalu rasa tertekan dan kecewa apabila banyak urusan yang seakan akan tidak selesai dan tiada solusinya. Kita mudah berasa sedih dan tersinggung dengan perkara-perkara yang kecil. Kadang-kadang kita tertanya-tanya pada diri di manakah silap kita sehingga kita berhadapan dengan masalah yang tidak putus-putus dan masih belum menemui jalan penyelesaian. Telah banyak cara dilakukan untuk menyelesaikan masalah tetapi hati kita seakan-akan tidak kuat dan jiwa kita berasa semakin sakit untuk berhadapan dengan permasalahan tersebut. Kita merasakan tiada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan kita. Kita merasakan tiada teman yang boleh mendengar dan memahami masalah kita. Makin lama hati kita akan berasa semakin sedih dan kecewa. Kita sebenarnya terlupa bahawa Dia ada dan sentiasa memerhati hamba-Nya dan dialah yang Maha berkuasa dan kuasa-Nya tiada tandingannya dengan apa jua makhluk yang a...