6 TEKNIK UNTUK TINGKATKAN TRAFIK KE BLOG ANDA



Ramai daripada berhenti daripada aktiviti blogging ni kerana beranggapan blogging ni tidak dapat menjana keuntungan dan semua yang dinyatakan adalah mitos sahaja. Mereka berasa kecewa apabila mereka tidak dapat mencapai target pembaca blog mereka. Sebenarnya itu adalah perkara biasa dikalangan blogger baru. Cuba anda bayangkan sekiranya anda berhadapan dengan keadaan di mana anda perlu memilih produk baru di depan anda, apakah yang perlu lakukan?? Pastinya anda membaca segala keterangan yang terdapat pada kotak atau bungkusan produk tersebut. Pastinya anda cuba membaca dan mecari tahu berkenaaan kandungan bahan tersebut apakah selamat atau tidak bukan?? Setelah berpuas hati, anda mungkin akan membelinya betul tak? Atau anda mungkin akan bertanya kepada teman anda apakah mereka pernah mencuba produk tersebut dan apakan kesannya. Kesimpulannya adalah anda akan mencari tahu menerusi sumber-sumber yang boleh dipercayai supaya anda mendapat maklumat yang sahih. Begitu juga para pembaca blog, mereka pastinya akan menilai penulisan anda berdasaskan maklumat yang anda sampaikan. Berikut ada 6 teknik yang akan diceritakan untuk membantu anda meningkatkan trafik ke blog anda.


1) Perbaiki cara penulisan

Begitu juga dengan aktiviti blogging ni, anda perlu tahu bagaimana anda perlu mengolah gaya penulisan anda supaya bersesuaian dengan target anda. Anda perlu menyampaikan maklumat dengan padat tetapi dengan penulisan yang santai. Kebanyakkan pembaca blog terdiri daripada orang yang mencari maklumat dan mereka berharap maklumat yang diperolehi itu diterangkan dengan baik dan diberikan contoh-contoh yang bersesuaian. Apabila mereka membacanya sepintas lalu, mereka sudah boleh memahami serba sedikit sebanyak tentang maklumat yang mereka inginkan. So, mulai hari ni cuba ubah gaya penulisan anda kepada cara yang lebih kreatif supaya penulisan menjadi lebih santai tetapi berinformasi.


2) Tingkatkan ‘posting’ baru yang lebih terkini dan relevan dengan keadaan semasa

Sebagai blogger kita kena rajin update blog dengan informasi yang terkini. Untuk mengekalkan pembaca blog kita juga kena kekal menulis supaya mereke dapat berkunjung ke blog kita untuk mendapatkan perkongsian-perkongsian terkini. Cuba anda letakkan diri anda di tempat pembaca, adakan anda akan pergi berulang kali ke blog yang sama untuk membaca posting yang sama berulang kali?? Pastinya jawapan anda tidak sama sekali kerana anda sudah mempunya maklumat tersebut dan anda inginkan sesuatu yang baru yang mana isinya lebih ‘fresh’ dan penuh dengan ‘input’ betul tak?? So, apa yang anda perlu buat adalah buat penambahan dari segi ‘content’ dan info2 yang terkini supaya pembaca tidak jemu untuk berkunjung ke blog anda.


3) Sebarkan penulisan anda di laman media sosial

Untuk yang baru menceburi bidang ini, pastinya anda sukar mendapatkan trafik dan itu adalah perkara yang normal. Sebagai contohnya, ramai artis-artis baru menceburi diri dalam industri nyanyian, masing-masing mempunyai bakat tersendiri, tetapi sekiranya mereka tidak berusaha untuk tampil keluar berjumpa dan melayan kerenah peminat pastinya mereka akan kehilangan peminat mereka sedikit demi sedikit. Selain itu mereka juga perlu menyatakan update terkini mereka menerusi lama social mereka seperti instagram, facebook dan sebagainya. Dan kalau anda perasan, ramai artis dan usahawan-usahawan terkenal mula mengupload video-video mereka ke you tube. Bukan sahaja mereka dapat kongsikan aktiviti harian mereka, tetapi mereka juga sedang menjana ‘income lain’. Pokoknya mereka perlu sebarkan produk dan bakat mereka. Begitu juga kepada anda yang berada di bidang penulisan. Anda perlu sebarkan penulisan anda dengan cara anda tersenditi supaya mereka di luar sana tahu akan kewujudan anda.





3) Pilih tajuk yang baik dan menarik

Pemilihan tajuk ni adalah sangat penting. Sebelum memulakan pembacaan pastinya kebanyakkan daripada kita akan melihat kepada tajuk terlebih dahulu dan sekiranya tajuk tersebut menarik pastinya kita berasa tidak sabar untuk membaca isinya pula. Bayangkan anda ingin membeli sebuah novel, perkara pertama yang anda banca pastinya tajuk novel tersebut tersebut. Sekiranya novel tersebut ditulis oleh novelis terkenal pastinya anda tiada keraguan untuk membelinya kerana anda yakin novelis tersebut tidak akan menghampakan anda dan anda sudah membayangkan novel tersebut pastinya lebih menarik daripada novel-novel terdahulu walaupun anda belum membacanya. Sekiranya di tangan anda sekarang ni adalah sebuah novel yang anda tidak kenal penulisnya tetapi tajuk ceritanya menarik, pastinya anda cuba membayangkan jalan cerita tersebut berdasarkan ‘synopsis’ atau ringkasan cerita yang terdapat pada novel tersebut. So sekarang terjawab sudah betapa pentingnya pemilihan tajuk tersebut. Tajuk yang menarik pastnya dapat memancing minat pembaca untuk membaca isi blog anda.






 4) Kenali target anda

Anda perlukan setkan target anda siapa. Pastikan target anda dan minat anda seiringan, supaya anda tidak jemu menulis dam para pembaca tidak jemu membaca. Sekiranya anda seorang yang minat bersukan, pastinya anda dapat menyampaikan penulisan anda dalam bidang sukan berkenaan secara lebih mendalam berdasarkan pengalaman anda sendiri. Anda mungkin boleh share kan pelbagai perkara seperti skill perlawanan, tempat mebeli peralatan, perlawanan terbuka atau sebagainya. Sekiranya anda mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara anda pastinya dapat menjiwai penulisan anda dan perkara ini sangat terkesan di hati pembaca kerana mereka pastinya dapat merasakan ‘chemistry’ penulisan anda dengan diri mereka.


5) Selang selikan penulisan dengan gambar yang menarik

Selain daripada penulisan yang baik, jangan lupa untuk sajikan gambar-gambar yang berkualiti dan menarik untuk  tatapan pembaca anda. Sekiranya daripada awal sehinggalah habis penulisan tersebut hanyalah huruf semata-mata, kita mungkin menyebabkan pembaca berasa bosan untuk melihat sebuah karangan panjang. Tetapi sekiranya kita selang selikan dengan gambar-gambar yan menarik yang bersesuaian dengan ‘content’ pastinya pembaca akan lebih selesa kerana gambar dapat menjelaskan sesuatu yang tidak dapat dinyatakan dengan detail menerusi tulisan. Dengan melihat gambar, pembaca mungkin mendapat idea atau gambaran yang lebih jelas tentang perkara yang ingin kita sampaikan.





6) Letakkan ‘link’ yang bersesuaian

Kita mungkin tiada pengetahuan yang detail tentang suatu perkara dan kita mungkin lebih gemar menjelaskan secara ringkas sahaja, tetapi sesetengah pambaca mereka ingin tahu lebih detail tentang perkara tersebut. Kita boleh meletakkan link yang bersesuaian supaya pembaca tidak merasakan kita menyajikan sesuatu bacaan yang mempunyai mesej yang tergantung. Dengan adanya link berkenaan para pembaca akan mendapat maklumat yang mereka inginkan dan mereka tidak akan jemu untuk bertandang ke blog anda kerana mereka yakin anda akan membantu mereka untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail. Jangan sesekali berasakan yang anda sedang meningkat trafik kepada blog orang lain. Ini adalah lumrah yang mana, kita di bidang masing2 memang ada cara tersendiri untuk menyokong satu sama lain. Pembaca jugak bijak menilai, maklumat yang disampaikan. Tidak semua content kita perlukan link kan sana sini. Kita hanya perlu link kan sekiranya kita tidak mengupas isu tersebut secara detail disebabkan kekangan ilmu kita sendiri dan tiada salahnya jika kita mengambil cara untuk letakkan link yang bersesuaian untuk dirujuk oleh para pembaca.


So, kepada blogger baru jangan risau, teruslah berkecimpung dalam dunia blogging kerana anda pastinya tidak akan rugi. Jangan terburu-buru membuat keputusan, kerana keputusan yang terburu-buru pastinya tidak membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Pastikan anda mencuba 6 teknik ini dan yakinlah pengunjung blog anda akan bertambah hari demi hari. Good luck :)

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg