Cara Menjaga Kulit Wajah Agar Kekal Sihat

Setuju tak kulit muka adalah bahagian yang sangat penting pada kaum hawa?? Kadang-kadang ada yang sanggup berhabis ribuan rinngit untuk menjaga kecantikkan wajah. Mereka yang mempunyai lebihan bajet mungkin tiada masalah untuk memperuntukkan sejumlah peruntukkan khas untuk penjagaan diri. Tetapi, tak semua daripada kita mampu untuk meletakkan peruntukkan yang tinggi untuk kos, untuk meletakkan angka sedemikian demi menjaga kecantikkan wajah adalah di luar kemampuan.




So kita kenalah mencari altenatif lain. Biarlah lamabt asal selamat. Muka kita selamat, poket pun selamat. Paling penting kita kenalah mulakan langkah start dari basic, bersihkan wajah betul2. Jangan menggosok atau menyental wajah terlalu kuat, kerana kulit wanita adalah lebih halus dan lebih lembut berbanding lelaki. Kena pulak korang yang berkulit sensitif, silap-silap boleh berlaku iritasi. Untuk yang nak pakai machine yang berpusing2 (tak ingat pulak namanya.. hehe) yang letak kat muka tu boleh jugak, ia dapat membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam, maklum saja sesetengah daripada kita yang terlalu gemar bersolek, jadi mereka memerlukan proses pembersihan yang lebih detail dan urutan jarai jemari kita mungkin tidak mampu untuk membuang kotoran nyang terperangkap jauh di dalam pori-pori kulit. Mary Kay juga ada mengeluarkan alat tersebut, dan anda boleh dapatkan daripada ejen-ejen Mary Kay yang bertauliah atau juga bole membelinya daripada mana-mana sumber yang boleh dipercayai.



Untuk pemakaian toner. Kebanyakkan set komestik ada di datangkan dengan toner. Toner membantu membersihkan sisa2 selepas mencuci muka. Sekiranya kulit korang sensitif dengan toner atau penyegar, korang boleh skip je step ni melainkan anda dapat mencari toner yang bersesuaian. Cuma aku tak galakkan korang campur2 produk sebab risau kandungan bahan daripada produk berbeza ni mungkin mengeruhkan lagi keadaan.



Next korang boleh apply pelembap untuk mengelakkan kulit kering. Pilih pelembap yang bersesuaian. Sekiranya korang mempunyai kulit yang berminyak korang boleh memilih pelembab berasaskan air kerana ia membantu untuk memberikan penghidratan kepada kulit wajah anda. Pelembap ni penting untuk memastikan kulit sihat. Bila kulit kita sihat, tanpa makeup di wajah sekalipun, wajah nampak bersih dan berseri. Kalau rajin nak tambah dengan make up tu, bertambah lah serinya.  Tapi ak tak galakkan korang untuk bersolek tebal kerana solekan yang tebal tak mudah untuk dibersihkan dan korang mungkin tak bersihkan dengan betul yang mana akhirnya boleh menyebabkan kepada masalah kulit eperti liang pori tersumbat dan bintik hitam,.


Seterusnya bole lah apply sun block untuk mengelakkan kulit terdedah secara langsung dengan sinaran matahari. Sinaran UV yang berterusan boleh menyebabkan kulit wajah berbelang. Selain itu, kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Untuk mereka yang mengalami masalah sun burn, anda boleh menyapu gel aloevera di malam hari. Ia sangat untuk kesan sun burn yang baru... untuk sun burn yang dah lama tu memerlukan anda untuk berkerja sedikit keras sedikit kerana kesan belang itu lebih sukar untuk hilang. Jangan ambil mudah akan kepentingan penggunaan sun block.


Dalam keadaan cuaca yang tak menentu, terutamanya yang bekerja di pejabat yang nyaman dengan penghawa dingin tu, korang kena rajin pakai sunblock. Cuba bayangkan korang daripada tempat yang sejuk dan nyaman tiba2 nak keluar makan tengahhari yang mana kat luar sana waktu tu sangat lah panas. kulit korang pun boleh terkejut dan lama kelamaan bole menyumbang kepada masalah jeragat.




Masalah jeragat tidak mudah dirawat, kadang-kadang mengambil masa yang agak lama, tidak seperti masalah jerawat yang hanya perlu menunggu jerawat itu surut dan parutnya hanyalah seketika sahaja sekiranya korang tak picit jerawat tu. Untuk kes jeragat, ia mengambil masa berbulan dan makan tahun untuk kes serius, pendek kata bergantung pada saiz dan ketebalan jeragat itu sendiri.


Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Masalah tersebut tidak akan selesai dalam masa sehari. Proses penyembuhan kulit mengambil sedikirt masa. Anda haruslah bersabar dan rajinkanlah diri untuk menyapu krim jerawat yang bersesuaian supaya jerawat cepat surut. Untuk yang ada allergic akibat daripada memakan makanan tertentu, itu korang kena disiplin diri, nak kulit korang cantik sila hindari makanan tersebut.  Tetapi kalau korang menjaga rutin harian masalah jerawat ni pasti dapat diatasi.


Selain daripada itu, jangan lah selalu menyentuh wajah dengan tangan. Gunakan tisu yang bersih untuk mengelap wajah. Elakkan menggunakan tuala yang telah digunakan untuk mengelap wajah terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Untuk mengelap wajah pun ada tekniknya, jangan sesekali main sental je kulit kita tak sama seperti permukaan lantai dapur yang korang boleh lap atau mop dengan kuat. Kulit kita terutamnya perempuan sangat sensitif dan kita hanya perlu dap dapkan sahaja tisu tersebut ke wajah atau lap perlahan-lahan. Kalau korang sental kuat-kuat permukaan kulit korang boleh terluka dan boleh ditembusi oleh bakteria yang berada di permukaan kulit yang mana boleh menyebabkan radang kulit.


Selain itu, untuk yang mempunyai kulit bermasalah jangan mencari jalan mudah dengan menutup cela di wajah dengan menggunakan make up. Ini akan memeberikan kesan yang lebih buruk kepada kulit wajah anda. Less is better..  Sekarang ni korang abaikan lah perasaan nak make up yang membuak2 tu.. Nanti kulit dah oke korang tak perlu pun nak keluar kan duit untuk beli foundation dan concealer yang mahal2. Pakai bedak compact pun dan terserlah cantiknya kulit korang tu. Buat masa sekarang ni rawat kulit korang dahulu.


Semoga dengan tips ni dapat membantu korang untuk mendapatkan kulit idaman korang. Jangan terpengaruh dengan produk yang orang lain guna, kesan kepada setiap orang tidak sama. Kalaupun produk yang korang gunakan tu dah bersesuaian teruskalah memakainya unless dia memeberikan kesan negatif, korang stop la penggunaan nya tu. Semoga korang disiplin dalam menjaga kulit semoga korang dapat memiliki kulit idaman korang.








Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg