KE MANA HALA TUJU PELAJAR SAINS?? BOLEHKAH MEREKA MENUKAR BIDANG PEKERJAAN KELAK???
Boleh ke tak boleh sebenarnya nak tukar bidang pekerjaan ni sebenarnya?? Jawapan tu ada pada korang sendiri. Pelajar account nak 'jump' ke bidang sains tak boleh la.. melainkan korang kerja bahagian pentadbiran.. Untuk pelajar Sains korang ada keistimewaannya sendiri. Walaupun korang belajar bidang Sains tiada salahnya kalau anda ingin mencuba nasib di bidang pengurusan perniagaan.
Korang kaji balik apa subjek yang korang ambil masa study. Ada sesetengah universiti sepereti UiTM contohnya, pelajar Sains mengambil banyak subjek pengurusan perniagaan, walaupun tidak begitu mendalam tetapi mereka ada mengambil sebahagian subjek teras pelajar pentadbiran perniagaan. Selain itu mereka juga akan di berikan pendedahan dengan subjek programming. Kalau diikutkan, secara logiknya subjek berkenaan tidak begitu berkait rapat dengan bidang mereka. Tetapi mereka dilatih daripada awal untuk meletakkan diri mereka di dalam pelbagai bidang.
Sekiranya mereka ada kecenderungan atau minat yang mendalam terhadap sesuatu subjek yang bukanlah sebahagian daripada bidang sains itu bukan lah perkara yang pelik. Mungkin dari segi sukatan matapelajaran adalah berbeza untuk setiap universiti. Tetapi sekiranya anda memang mempunyai minat dan jugak sejenis manusia yang nekad anda boleh menyambung pelajaran di tempat mempunya major subject sains yang lebih spesifik untuk minat anda seperti USM contohnya. Anda akan belajar lebih mendalam dari masa ke masa berkenaan major subject anda.
Untuk yang mungkin terbeban dengan kemahuan diri dan dalam masa sama ingin menunaikan hasrat ibu bapa, anda mungkin boleh menyambung pelajaran di tempat yang mempunyai subjek yang tidak terlalu spesifik supaya pada akhirnya anda tidak terkandas dalam pelajaran. Agar sukarnya untuk meneruskan sesuatu yang bukanlah minat kita. Sangat merugikan sekiranya masa yang kita korbankan itu tidak memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita.
Menyambung pelajaran di dalam bidang yang mempunyai banyak pecahan kod kursus agak mencabar kerana anda perlu belajar sesuatu yang berbeza. Tetapi untuk masa hadapan ia sangat bagus, kerana kita tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Anda mungkin tidak berminat dengan bidang sains, dan anda bole bekerja di luar bidang sains seperti di bahagian pentadbiran.
Sekiranya anda berminat menjadi Graphic Designer itu pun tiada masalah... anda hanya perlu belajar Photoshop, AI dan sebagainya. Itu tidak memerlukan anda untuk memiliki ijazah yang spesifik, kerana subjek sedemikian anda boleh belajar sendiri atau melalui kelas2 luar. Usaha dan komitmen anda lebih utama. Untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut anda tidak perlu takut, anda boleh menghantarkan resume dan hasil kerja grafik anda. Kerana mereka akan menilai berdasarkan hasil kerja anda dan bukanlah segulung sijil yang anda miliki.
Tetapi untuk pelajar lain contohnya mereka tidak boleh untuk menjadi seorang doktor atau farmasi atau ahli kimia contohnya. Pekerjaan ini memerlukan anda mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian dan mempunyai sijil yang diiktiraf. Sebagai ahli farmasi contohnya tidak cukup untuk mereka menghantar resume sahaja, mereka jugak perlu di interview dengan sebaiknya kerana kerjaya mereka memerlukan pengetahuan yang details dan pemahaman yang tinggi. Sekiranya mereka gagal menentukan jenis2 ubatan contohnya, perkara tersebut sangat serius kerana melibatkan kesihatan dan nyawa seseorang. Nyawa bukan lah suatu yang boleh di jual beli. Dan sebab itu lah mereka yang berada di bidang sebegini memerlukan saringan yang lebih berbanding pekerjaan di luar bidang sains.
Ataupun, contohnya untuk bekerja di makmal, seseorang yang tiada ilmu yang berkaitan pasti tidak dapat mengenal pasti bahaya yang akan terjadi sekiranya mereka tersilap mencampur bahan kimia tertentu. Mereka tidak dapat menentukan cara untuk mengenalpasti bakteria tertentu. Mungkin mereka juga tidak tahu cara menggunakan alat dan radas yang harga nya mencecah ribuan ringgit dengan cara yang betul dan mungkin boleh menyebabkan kerosakan lain.
So, untuk pelajar sains anda jugak tidak perlu risau untuk bersaing dengan mereka di bidang lain. Apa yang penting anda memahami konsep pekerjaan tersebut. Contohnya untuk bekerja di bahagian sumber manusia, anda perlu ada ilmu am untuk bidang-bidang kerja yang lain supaya tapisan pekerja yang masuk dapat berjalan dengan baik. Selajin itu anda haruslah belajar berkenaan undang2 buruh yang mana dapat menjaga kepentingan pekerja dan syarikat secara adil. Konsep pengiraan gaji tidaklah terlalu sukar, korang hanya perlu faham berkenaan jenis gaji sama ada gaji harian atau pekerja tetap yang menerima gaji pokok, elaun, caruman kwsp, perkeso dan sebagainya. Anda jugak perlu mengenal pasti jenis cuti yang diperuntukkan, samada cuti kecemasan, cuti tahunan, cuti sakit dan cuti tanpa gaji kerana perkara ini akan mempengaruhi jumlah gaji bersih yang akan diterima oleh seseorang pekerja. Selain, itu hal ehwal rekod pekerja haruslah di pantau dari masa ke masa. Sekiranya memerlukan penggunaan sistem adalah lebih mudah untuk anda kerana anda hanya perlu mengisi sahaja data dan membuat update dari masa ke masa bergantung kepada keperluan.
So.. kepada korang yang kat luar sana tu.. jangan takut dan risau untuk beralih arah atau memulakan sesuatu yang baru. Pastikan anda letakkan 'goal' dan usaha yang seiring dengan matlamat. InsyaAllah jalan anda akan lebih jelas dan teratur. Setiap perancangan yang kita buat haruslah difikirkan masak-masak kerana setiap saat yang berlalu tidak mungkin dapat untuk kita undurkan semula. Masa lebih berharga daripada emas. Korang mungkin bole beli emas tetapi korang tidak boleh beli masa yang sudah berlalu.
So.. kepada korang yang kat luar sana tu.. jangan takut dan risau untuk beralih arah atau memulakan sesuatu yang baru. Pastikan anda letakkan 'goal' dan usaha yang seiring dengan matlamat. InsyaAllah jalan anda akan lebih jelas dan teratur. Setiap perancangan yang kita buat haruslah difikirkan masak-masak kerana setiap saat yang berlalu tidak mungkin dapat untuk kita undurkan semula. Masa lebih berharga daripada emas. Korang mungkin bole beli emas tetapi korang tidak boleh beli masa yang sudah berlalu.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)