Adab-adab Tinggal Sebumbung


Kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara di dalam hidup kita, kadang-kadang kita berasa perkara tu remeh dan tidak memberikan kesan negatif kepada orang lain. Dalam tak sedar kita sering melakukannya dan menjadi sebahagian daripada tabiat kita.


So kat sini ada beberapa perkara yang sis nak nasihatkan terutamanya yang tinggal di asrama atau di rumah sewa atau di mana-mana sekali pun. Tolong ambil berat perkara ini.


1) Pastikan pakaian kotor di cuci secepat mungkin.

Untuk yang  kuat berpeluh terutamanya, pastikan pakaian di cuci secepat mungkin jangan kumpulkan terlalu lama kerana semakin lama korang menyimpan pakaian tersebut tanpa di basuh semakin kuat baunya nanti dan sangat menimbul rasa tidak selesa kepada orang lain. Selain tu, tuala tu jangan lah pakai terlalu lama sehingga berbau kepam dan menganggu orang lain.




2) Keluarkan duit sendiri untuk berbelanja.

Tolong jangan jadi kedekut untuk membeli barang keperluan sendiri dan asyik meminjam barang orang lain. Mungkin korang rasa korang tidak memerlukan sangat barang tersebut  tetapi hakikatnya korang menggunakan barang tersebut melebihi keperluan pemiliknya sendiri. kalau korang boleh mngeluarkan belanja untuk sesuatu yang lebih mewah bermakna korang jugak mampu untuk memebeli barang tersebut.


3) Jangan meletakkan barang merata-rata atau menyepahkan barang.

Sekiranya anda tingal beramai-ramai tolong hormati hak dan privasi orang lain juga. Janganlah suka-suka meletakkan barang bersepah-sepah atau merata-rata. Tak kisah lah kalau kawan korang tu suka berkemas ke macam mana, dia mengemas tu sebab dia tak suka nak tengok sepah semua tu. Ingat sikit dia bukan hamba korang. Ni tak, kawan tu baru je kemaskan meja korang pergi letak macam2 atas meja. yang lagi menyakitkan hati apabila penat-penat balik kelas atau kerja baru nak landing atas katil tengok2 katil dan macam apa... terbantut segala niat nak berehat..


4) Sila minta kebenaran sebelum menggunakan barang orang lain.

Sekiranya anda perlu menggunakan barang tersebut inta izin pemiliknya terlebih dahulu. Jangan main belasah jer... 

"alaa.. bukan luak pun, pinjam kejap je pun.."

tak kisah lah luak atau tidak, barang orang tetap barang orang. Korang sesuka hati je pakai sedangkan kawan korang sibuk mencari ingatkan tersalah letak ke apa. kadang-kadang tu memanglah korang gunakan kejap, dah la tak minta izin, lambat pulangkan pulak tu sampai kan kawan korang terpaksa beli baru kerana menyangkakan barang tersebut telah hilang rupanya ada peminjam tanpa izin yang simpan wat pekasam. 


5) Pinjamkan barang kepada kawan

Ni pun satu hal, korang dah lah pakai barang orang tanpa izin, kadang-kadang tu siap bagi pinjam dekat kawan-kawan korang yang lain dah macam harta sendirian berhad. Hormatilah hak orang, janganlah ambil mudah jer.. Mungkin bagi korang barang-barang tu biasa jer.. tapi korang tak tahu yang kawan korang tu ikat perut untuk membelinya walaupun nampak macam kadang-kadang je dia guna.




6) Guna earphone bila dengar lagu

Korang kalau nak pasang lagu atau nak tengok video kuat mana pun tak kisahlah, tapi cubalah pakai earphone. Dah lah pasang lagu entah apa-apa, bukat sound kuat-kuat pulak tu. Kawan korang tu mungkin tengah buat kerja ke study ke tak pun tidur ke. Jangan sampai kawan korang tu mengaji kat tepi telinga korang tu pulak baru nak insaff.. hmmm






7) Kemas dapur lepas masak

Kalau tadi korang guna dapur, kemaslah balik orang lain pun nak gunakan dapur tu pulak. ni kuali bersepah dalam sinki, periuk tak bertutup atas dapur. Kalau korang ada dapur individu tak pe lah jugak. Ni kan dapur hak bersama, masing2 ada share tau diorang pun bayar sewa dengan bil jugak tau. Ni dah masak tak reti nak angkat atau letak makanaan korang tu kat tempat lain. Tak pasal je orang lain pulak nak kena kemaskan.


8) Sila letak bakul anda di tepi mesin basuh

Kalau korang jenis yang susah nak duduk lama kat rumah atau kalau korang tu jenis tidur susah nak bangkit tolonglah letakkan bakul kosong kat tepi mesin basuh tu kalau korang ada basuh kain. Orang lain pun nak basuh baju diorang jugak. Cubalah fikir sikit kalau korang basuh baju lepas tu keluar malam baru balik orang lain kena tunggulah sebab tak tahu baju siapa tu. kalau tanya pun bukan reti nak mengaku pun. Sekurang-kurangya kalau korang letakkan bakul kosong tu boleh lah jugak kawan korang tolong keluarkan daripada mesin basuh tu lepas tu diorang boleh lah guna pulak. Kalau terlupa tu biasa la nak buat macam mana, tapi kalau dah selalu sangat melampau la tu.. bakul tu berapa ringgit je pun nak bandingkan dengan baju-baju korang yang beratus-ratus tu.


9) Silentkan handphone

Kalau korang memang dah 24 jam dengan handphone atau pun handphone depan mata korang je tak payah lah korang pasang ringtone kuat-kuat. Cuba bayangkan notification group whatsapp korang yang bertalu-talu tu.. tu bukan lah irama indah yang nak di dengar oleh orang lain. Dah la satu notification bukan main panjang ringtone korang. Orang nak buat kerja pun terganggu.


10) Bergayut telefon di luar

Kalau korang rasa nak bercakap lama kat telefon silalah keluar atau pun cakap lah dengar nada yang perlahan. Ni korang dah la bergayut sampai sejam, suara sampai bilik sebelah bole dengar. Tak cukup dengan tu, korang boleh pulak.. lepas gayut dengan boy friend, sambung gayut ngan bff  pulak.. kemudian mak la nenek la... tak salah pun korang nak gayut yang salah nya korang mengganggu ketenteraman orang lain hmm.. cubalah fikir sikit kat orang lain.

So, itu jer la adab-adab yang korang perlu baiki supaya rumah atau bilik asrama tu menjadi harmoni dan mnyelesakan setiap penghuni yang ada di dalamnya. Fikir dulu sebellum buat sesuatu dan hormatilah privacy orang lain.



Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg