Pengasuh Menyebabkan Kematian Anak Kecil???

Baru-baru ini kita digemparkan dengan suatu tragedi yang sangat menyanyat hati iaitu insiden kematian seorang bayi kecil. Bayi tersebut di temui meninggal dunia di dalam sebuah peti sejuk di rumah pengasuh tersebut. Sebelum siasatan di buat, ibu bapa kepada bayi tersebut membuat laporan polis berhubung kes kehilangan anak mereka.


Mereka dimaklumkan bahawa seorang lelaki telah mengambil anak mereka dari rumah terseut, dan pengasuh tersebut memberitahu bahawa dia menyangkakan lelaki tersebut adalah ayah kepada bayi tersebut. Tetapi, setelah siasatan awal dijalankan bayi tersebut dijumpai meninggal dunia dan mayatnya disorokkan di dalam rumah pengasuh tersebut.




Bayangkan betapa runtung dan pilunya hati seorang ibu apabila melihat satu jasad kecil yang dulunya tersenyum melihat dirinya kini ditemui dalam keadaan sejuk dan kaku. Tiada lagi tangisan atau gelak tawa didengari.  Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepada ibu ini.  Mungkin doa kita tidak mampu mngembalikan nyawa anak kecil itu, tetapi insya Allah memberikan kekuatan terhadap jiwa ibu tersebut untuk redha dengan ujian yng diterimanya.


Rentetan daripada peristiwa ini banyak  tersebar komen-komen dan posting-posting yang membahaskn isu ini. Hal ini telah meninggalkan impak yang sangat besar kepada mayarakat kita khususnya kaum ibu. 


Kebanyakkan netizen menyalahkan pengasuh tersebut. Pihak berwajib telah menjalankn siasatan dan berapa tindakan telah di buat dan keputusan akan dibicarakan lagi.


Ramai ibu bapa di luar sana kini ragu-ragu untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau rumah pengasuh persendirian. Perkara ini menimbulkan trauma yang besar di jiwa para ibu bapa.


Selain daripada memberikan impak yang besar terhadap mentaliti ibu bapa, ia turut memberikan kesan kepada pusat asuhan kanak-kanak yang lain. Secara tidak langsung, ia turut menjejaskan sumber pendapatan sesetengah pihak. Sebagai contohnya, pusat asuhan kanak-kanak yang baru dibuka mendapat sambutan yang kurang berhubung dengan isu ibu bapa yang berasa risau dan trauma dengan kisah-kisah yang sedang melanda di dalam mayarakat kita baru-baru ini.






Namun begitu, setiap perkara  yang terjadi pasti akan ada hikmah dan pengajarannya. Buat ibu bapa bayi tersebut pastinya berasa sangat berat menghadapi dugaaan ini. Semoga Allah mengganjarkan kalian dengan sebaik-baik ganjaran berkat daripada kesabaran kalian kerana bersabar dengan ujian Allah. Semoga Allah menempatkan roh bayi tersebut di seindah-indah tempat yang mana tidak akan jumpa di dunia ini dan pastinya tiada kekejaman di sana.


Untuk pusat asuhan yang ada sekarang, pastinya mereka akan memandang besar terhadap isu-isu keselamatan bayi asuhan serta etika para pekerja. Secara tidak langsung perkara ini menjadikan mereka lebih positif untuk bersaing dalam memberikan perkhidmamatan yang poitif dan bersifat profesional.


Dan ada juga golongan ibu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka semata-mata untuk memastikan anak-anak membesar dengan sihat dan selamat. Semoga kita semua mengambil iktibar dengan kisah yang terjadi ini. Semoga kita semua lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan semasa.




Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg