Posts

Showing posts from July, 2024

TIP KERJAYA : 7 CIRI PEKERJA YANG DIINGINKAN OLEH PIHAK MAJIKAN

Image
Untuk mereka yang masih tercari-cari kerjaya idaman tu sis harapkan korang jangan putus asa dan teruskan berusaha semoga ada sinar buat korang. Dalam post kali ni sis nak kongsikan ciri-ciri pekerja yang dinginkan oleh para majikan. Ciri inu adalah ciri yang sangat penting untuk korang miliki, tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang korang ingin ceburi.  Sebenarnya masih banyak ciri-ciri lain, tetapi untuk 7 ciri-ciri ini pastikan korang miliki terlebih dahulu. Atau kalau masih belum cukup, korang berusahalah untuk lengkapkan diri korang dulu dengan ciri tersebut. Yang pertama korang kena pastikan korang selalu datang tepat pada waktunya dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja. Orang yang selalu datang tepat pada masanya menunjukkan dia seorang yang pandai menguruskan masa. Jangan jadikan alasan jalan sesak atau pelbagai alasan lain sebagai penyebab kepada kelewatan korang. Di dalam syarikat tersebut, pasti bukan korang seorang sahaja pekerja pasti ada pekerja lain juga. Se...

PERSEDIAAN MENUJU DEWASA

Image
Lately banyak kisah yang menjadi kontroversi di dalam masyarakat kita. Antaranya adalah isu pekerjaan, kos hidup dan ekonomi rakyat. Boleh dikatakan kita dapat lihat banyak perbahasan dan pendebatan berkenaan isu ini. Dan perkara ini sedikit sebanyak mencuri perhatian sis. Sis faham dalam kehidupan hari ini banyak perkara yang korang perlu hadapi. Korang perlu bersaing dengan ramai orang kat luar sana.  Mungkin korang pun tertanya-tanya apa nasib korang selepas ni kan?? sedangkan yang sudah tamatkan pengajian pun masih gagal mendapatkan pekerjaan dan masih lagi menggagur. Ada juga yang mempunyai cable dan seolah-olah tamat sahaja pelajaran sudah ada tempat untuk dia memulakan pekerjaan. Mesti korang rasa hidup ini tidak adil kan untuk korang?? Orang lain seolah-olah lahir dalam dulang emas.. tapi diri sendiri ni ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sungguh terasa strugglenya tu kan?? Kadang-kadang nak sedih pun x bole nak sedih sangat kan.. sebab kita kena kuat. Hi...