Posts

Showing posts from November, 2021

PUISI : MENUJU AKHIR USIA

Image
  Waktu besuka ria semua mengaku rakan bila duka tak ramai yang datang Apatah lagi menghulurkan tangan Dibiarkan sahaja sepi tak berteman Seakan dunia menjadi kelam Waktu muda datangnya sekali Isi lah ia dengan manfaat dan bakti Bukan ilmu atau  taraf pendidikan diri menjadi ukuran iman di hati Bukan jua harta dan bukan jua pangkat Menjadi ukuran masa dan saat Iman dan amal penentu darjat Buat hamba-Nya yang penuh taat Mencari penentu syurga atau neraka Pastinya bukan harta atau rupa  yang menjadi penentu darjat disisi-Nya Hanyalah iman dan juga taqwa ** Iman tak dapat dibeli  Tetapi ia perlu dicari Iman juga tak diwarisi  Tetapi dihayati dan dipelajari Iman bukan milik si kaya  atau si miskin Iman adalah milik Hamba-Nya yang sabar mencari Walau apapun caranya jua Takkan kau temui ia Jika tidak kembali kepada Allah Semalam telah berlalu pergi Tak dapat diubah apa yang telah terjadi Esok pula belum pasti lagi Apakah masih ada buat kita lagi Andai kita d...

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (SESI TEMUDUGA)

Image
Untuk topik kali ini, sis akan berkongsi berkenaan sesi temuduga. Dalam sesi temu duga ini sangatlah penting untuk seorang HR membuat saringan supaya calon yang berjaya masuk itu adalah calon yang sememangnya layak untuk jawatan tersebut. Sebagai seorang HR anda adalah antara yang terawal yang akan tahu berkenaan kekosongan jawatan di dalam syarikat. Tetapi anda haruslah bersikap profesional dan bersikap adil untuk kakitangan syarikat yang lain. Sekiranya anda tahu, ada dikalangan kakitangan syarikat yang berkelayakan untuk menyandang jawatan tersebut dan dalam masa yang sama mereka berminat dengan jawatan tersebut, anda boleh sahaja mencadangkan nama kakitangan tersebut kepada majikan anda terlebih dahulu. Perkataan berkelayakan ini tidak merujuk kepada bidang yang mereka pelajari di universiti sahaja sahaja, tetapi daripada aspek lain juga perlu diambil kira, terutamanya ilmu dan kemahiran yang ada yang bersesuaian degan jawatan tersebut. Prestasi mereka yang sentiasa mengambil kira ...