Rezeki kurang atau rasa syukur yang kurang??
Rezeki tak kunjung tiba?? Rezeki terasa payah?? Dah puas berusaha namu masih belum mampu tercapai cita-cita?? Pelbagai keluh kesah yang selalu terbit daripada mulut kita tanpa kita sedari. Betapa banyak nya rungutan kita dan betapa sedikitnya ucapan syukur yang terbit daripada mulut kita. Tanpa kita sedari, kita tenggelam dalam emosi kita sendiri. Padahal Allah selalu mengingati hamba-Nya untuk sentiasa bergantung harap kepada-Nya. Rasa gembira dan bahagia itu datang daripada-Nya. Tetapi kita sering sahaja terlupa akan itu... Kadang-kadang kita berasa penat dengan persekitaran kita, kadang-kadang rasa letih dengan insan-insan disekeliling kita yang hadir dengan pelbagai ragam dan kerenah. Ada masanya kita rasa tak mampu dan terlalu letih nak gembirakan hati semua orang, nak berikan yang terbaik kat semua orang.. Kita rasa tersangatlah lemah waktu itu. Tapi tanyalah diri kita sendiri betulkah kita dah berikan yang terbaik?? Yang terbaik itu bila kita lakukan sesuatu dengan seikhlas hati...