Posts

Showing posts from 2022

REVIEW : NIVEA 10 SUPER VITAMINS & SKIN FOODS LOTION

Image
  Zaman sekarang sangat banyak produk yang ada di pasaran. Ada yang bersesuaian dan ada juga yang tidak bersesuaian dengan kita. Hari ni sis nak share dengan korang satu losyen bes ni. Selalu kalau cari memang sold out jer losyen ni. Bukan sold out kat 1 tempat jer, kadang tu pergi cari tempat lain pun sama sold out jugak. Disebabkan selalu sold out sis sekarang selalu beli extra untuk buat standby in case kalau dah habis. Sebab kalau dah habis pakai, nak tunggu restock balik tak tahu bila kan, takkan la kita nak pergi kedai hari-hari macam la kita ni free memanjang dah tak ada keje sangat nak buat kan..  Masa baru-baru produk ni keluar sis memang dah cuba and jatuh hati jugaklah dengan losyen ni. Lepastu bila dah habis macam biasa lah kan.. baru la pergi mencari kat kedai.. tup tup tak ada. Kadang-kadang tu pelik lah jugak kenapa selalu tak ada. So bila tak ada tu terpaksalah pakai losyen lain dulu. Tapi of course la bila kita dah jumpa losyen yang bes ni kita tak nak lagi da...

REVIEW : PERIUK DARIPADA MR DIY

Image
Sis ada membeli beberapa biji periuk daripada MR DIY  dan telah mencubanya. Alhamdulillah okay jer sepanjang digunakan untuk memasak. Alhamdulillah senang digunakan dan untuk membersihkannya pun senang.  Yang paling kita tak suka dalam aktiviti memasak ni adalah mencuci segala pekakas yang telah di gunakan. Lagi banyak step lagi banyak la pekakas yang kat dapur tu kita nak kena guna dan lagi banyaklah barang yang nak kena di cuci. Kalau yang ada pembantu rumah tu mungkin ringan sikitlah terasa bebanan untuk mencuci nya. Tapi kalau kita lah yang masak dan kita lah yang nak kena cuci tu. Itu yang menyebabkan rasa malas masak tu semakin memuncak dan akhirnya beli bungkus je lah senangkan. Tapi kalau beli bungkus yang dan siap masak ni, pastinya kalau nak beli 2-3 lauk tu harganya mungkin lebih mahal, nak-nak kita tekak tu asyik nak makan yang sedap jer... Biasalah makanan yang sedap ni harga pun mestilah sedap jugak.. Diorang nak masak pun nak kena letak macam-macam kan.. so seba...

JENIS-JENIS HADIAH YANG MURAH TETAPI BERMAKNA UNTUK DIBERIKAN KEPADA SESORANG

Image
Kadang-kadang kita berasa pening memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada seseorang. Terlalu banyak pilihan yang ada di pasaran, tetapi kadang-kadang kekangan harga  membuatkan kita buntu dengan budget dan kriteria pemilihan hadiah yang bagaimana yang perlu kita lakukan?? So, kat sini sis senaraikan beberapa barangan yang korang boleh jadikan hadiah. So korang jangan buntu-buntu lagi dan tak perlu peningkan kepala lagi nak memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada seseorang. 1) Buku Korang boleh membelikan buku kepada sesorang sekiranya dia mempunyai minat membaca. Pastikan buku tersebut bertepatan dengan seseorang itu. Contohnya, dia gemarkan membaca karya di dalam bahasa inggeris, korang carilah buku yang di tulis di dalam bahasa inggeris dan jangan pula beli karya berbahasa melayu. Ini mungkin menyebabkan seseorang itu tidak berminat untuk membaca buku tersebut. Cara penulisan jugak penting, pemilihan gaya bahasa haruslah bersesuaian dengan k...

HARI TUA YANG MEMBAHAGIAKAN

Image
Lama sudah tak mengarang... kekangan masa dan tanggung jawab lain dan macam-macam hal lagi... Sedar tak sedar, usia kian meningkat, tapi bila direnungkan balik banyak perkara perlu dibetulkan balik. Tapi sedar diri ini hanyalah manusia biasa dan tidak mampu mengubah apa-apa yang telah terjadi. Semoga Allah memeberikan kesempatan untuk diri ini menjadi orang yang lebih positif dan menerima ketentuan yang telah tetapkan ini dengan berlapang dada. Semoga ada kesempatan buat diri untuk berubah ke arah yang lebih baik. Usia  saban hari semakin meningkat, begitu jugalah dengan orang tua kita, semakin hari semakin meningkat usia, yang dulunya cergas ke sana kemari mencari rezeki buat anak-anak dan keluarga kita kian lemah dan tenaga juga semin berkurang. Buat diri kita juga, sekiranya Allah takdirkan kita usia panjang kita juga akan melalui hari-hari tua kita. Persoalannnya bagaimanakah hari-hari tua kita itu nanti? Apakah berkesempatan berada di dalam kemanisan beribadat atau masih alpa ...