Tips Menghadiri Temuduga
Setelah berhempas
pulas belajar dari usia seawal 5 tahun
dan hinggalah berjaya mengenggam segulung ijazah diawal usia 20-an, tibalah
masanya kita menduduki
ujian yang sebenarnya yang mana memerlukan persediaan
mental dan fizikal yang kuat. Apa yang kita belajar di dalam kelas sebelum
ini kebanyakkan adalah teori sema-mata dan praktikalnya agak kecil dari segi nisbahnya. Dan
lebih kurang 5% sahaja teori ini diaplikasikan dalam bidang kerjaya. Selebihnya
adalah memerlukan korang untuk bersifat lebih fleksibel, dan mampu bertindak mengikut
kesesuaian keadaan.
Hari
temuduga adalah hari penting untuk anda. Jadi, gunakan peluang yang ada ini sebaik
mungkin. So di bawah ini, aku akan ulaskan beberapa perkara penting berkenaan
persediaan am untuk menghadiri temuduga.
Sediakan
1 resume yang terbaik yang mana dapat menonjolkan potensi diri korang kepada
syarikat tersebut. Ini adalah penting, kerana pemilihan warna atau cara
penyampaian detail diri yang baik memudahkan sesi interview berjalan dengar
lancar. Ini memudahkan penemuduga untuk
membaca sepintas lalu detail korang, dan tertumpu kepada point-point yang penting
sahaja sambil mereka menilai cara komunikasi dan kecekapan korang menjawab
soalan mereka.
>>Kenali syarikat tersebut
Luangkan
sedikit masa untuk membuat sedikit research berkenaan syarikat tersebut. Korang perlu peka dan tahu apakah jenis industri syarikat tersebut. Sekurang-kurangnya korang perlu tahu tentang bisnes mereka, seperti produk atau servis yang mereka ada. Cuba cari maklumat
yang ringkas dan padat. Sekurang-kurangnya di sini menunjukkan bahawa korang mempunyai minat untuk
berkerja di syarikat tersebut. Dan sekiranya penemuduga memberikan anda ruang
untuk bertanya, tanyalah hal-hal berkaitan syarikat seperti matlamat syarikat
dan kaitkan jugak dengan matlamat yang
korang harapkan dari syarikat tersebut.
Biarlah matlamat korang terlihat seiring sejalan dengan matlamat syarikat
itu sendiri.
>>Sediakan
dokumen yang deperlukan
Pastikan
file dan dokumen yang diminta disediakan dengan lengkap. Ataupun sebelum
menghadiri temuduga tersebut korang boleh menghubungi syarikat berkenaan untuk bertanyakan
berkenaan dukumen yang diperlukan. Labelkan portfolio korang dengan kemas supaya senang untuk mereka
membuat semakan.
>>Datang
awal ke tempat temuduga
Pastikan korang mendapat rehat secukupnya, dan datang awal ke tempat temuduga. Kita tidak
tahu apa yang akan berlaku semasa dalam pejalanan ke tempat temuduga, adakah
akan terperangkap dengan kesakan lalu lintas, atau tiba-tiba ada roadblock atau
tayar pancit, atau mungkin jugak tersilap alamat. Sekiranya korang datang awal korang mungkin dapat menyelamatkan peluang yang ada dan mengelakkan diri korang daripada terlepas
menghadiri temuduga tersebut. Sekiranya korang betul-betul ada hal emergency yang memerlukan sesi temuduga tu ditunda ke waktu lain, maklum kan kepada mereka. Insya Allah mungkin boleh dipertimbangkan.
>>Berpakaian
kemas
Pastikan
rambut disikat dengan kemas atau memakai tudung yang kemas tidak perlu berfesyen keterlaluan melainkan korang menghadiri audition untuk mencari model
atau sebagainya. Kenali budaya syarikat tersebut, mengambil tahu bagaimana
etika pakaian staf syarikat berkenaan. Sekiranya menghadiri temuduga kerajaan wajib untuk korang berpakaian formal seperti bertali leher, kemeja, kasut atau baju
kurung bagi perempuan. Sekiranya korang menghadiri temuduga swasta, ada sesetengah tempat tidak memerlukan anda berpakaian terlalu formal dan mereka
kebiasaan tidak suka imej yang sebegitu. So cari pakaian yang ringkas tetapi
kemas, seperti blouse dan seluar tetapi masih berkasut, jangan terlalu sempoi
yer.. dan ingat!! di hari temuduga bukanlah hari raya yer.. Cuba pilih warna
yang membuat orang selesa melihat korang, bukannya warna-warna yang terlalu
terang atau pakaian yang sarat dengan labuci semua tu.
>>Kawal
emosi anda
Yakin
dan percaya bahawa korang layak untuk jawatan tersebut. Jangan terlalu bebankan
diri korang dengan berfikiran negatif.
Gunakan peluang yang ada sebaiknya. Korang tidak perlu hipokrit, tunjukkan diri korang yang sebenar, tetapi tidaklah bermakna sehingga memerlukan korang membuka aib sendiri. Maksudnya
tunjuk bahawa korang selesa dengan situasi tersebut. Bercakap biarlah terang dan
jelas. Fikir dahulu sebelum jawab tetapi jangan mengambil masa terlalu lama
untuk menjawab soalan tersebut. Jawapan haruslah ringkas tetapi padat dengan
mesej, hmmm.. tapi tolong jangan merapu.
Buatkan si penemuduga selesa dengan diri korang jugak penting. Tunjukkan
kelebihan yang korang miliki tetapi bukannya
secara over confident yer, tetapi tunjukkan yang korang mampu memberi komitmen
secara besyarat. Bersyarat macam mana
tu?? Contohnya korang pernah melakukan
tugasan tersebut, katakan pada penemuduga
tersebut bahawa sebelum ini korang pernah membuat tugasan tersebut dengan baik,
cuma bezanya kali ini korang akan melakukan berdasarkan cara syarikat tersebut yang
mana korang rasa itu adalah pengalaman baru dan menjadi suatu tarikan kepada korang untuk melakukannya. So nanti, penemuduga akan beranggapan korang mempunyai minat dan kebolehan yang bersesuaian, tetapi pada
masa perlu memberikan sedikit ruang
untuk korang untuk sesuaikan diri dengan keadaan syarikat.
Semoga tips di atas dapat membantu korang di hari temuduga. Dan selepas temuduga rajin-rajinkanlah diri untuk membuat follow up. Inyaa Allah mana tahu ada rezeki kan. Yang penting kita dah usaha selebihnya tawakal.
Good tips untuk orang yang nak hadiri temuduga. Memang berdebar-debar rasanya.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni. ramai fresh grad skang ambil mudah tentang hal 2 ni
ReplyDeleteKepada anda yang sedang bertungkus lumus pergi interview boleh la gunakan tips ni sebagai panduan..
ReplyDeleteBagus perkongsian ni..bolehlah suh anak baca nanti bila dia dah abis kolej
ReplyDeletememang bagus tips-tips ni, sejak dua menjak ni, ramai yang datang temuduga tak menghiraukan tatacara dan tatahias diri mereka.
ReplyDeleteThank you for the tips. Mmg penting untuk graduan tahu mengenai resume nie. Sbb most of them xtahu resume yg berkesan utk dapatkan job
ReplyDeleteFirst impression tu penting. Jadi pakaian kemas memang wajib. Extra tips sis, kena confident dengan diri sendiri jugak.
ReplyDeleteTips yang bagus ni. Sesuai untuk budak-budak lepasan yang nak mintak kerja. Sekarang ni makin ramai yang hadir ke interview sambil lewa je,.
ReplyDeletethanks for the tips. good luck to all in interview
ReplyDeletetip yang sangat berguna ni..
ReplyDeleteTips yang berguna utk mereka yang nak mnghadiri temuduga..
ReplyDeletetq for share info.. lama dah tak ber inteview nie gugup jugak kadang2..
ReplyDeletetips yang baik kakak, kadang suka gugup kalau mau temuduga
ReplyDeleteTips yang bagus buat sehabis baik. The rest, kalau ada rezeki, dapatla position yg nak..
ReplyDeleteyup. and also to ask questions, not just answer whatever being asked.
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Bagus info dan tip ni, bukan saja untuk graduan yang baru nak mula cari kerja, untuk mereka2 yang nak upgrade nak mohon kerja tempat baru pon boleh manfaatkan info ni.
ReplyDeleteThanks for sharing dik
12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden
wow menarik sangat tips ni, I pernah dah pergi temuduga banyak juga yang berjaya dan ada 2 juga tak berjaya, so far pergi temuduga memang pengalaman yang tak pernah dilupakan ;)
ReplyDeleteBe well prepare when go interview. Punctual is give a good impression to interviewer.
ReplyDelete