REVIEW : WOMAN DESIREE TRIPLE ADVANCE - KRIM TEKNOLOGI NANO YANG DIIDAMI SETIAP WANITA
WOMEN DESIREE TRIPLE ADVANCE (WDTA) ini ialah krim kecantikan yang menggunakan revolusi Bio Teknologi Nano, Sudah berada beberapa tahun dalam pasaran dan masih lagi mempunyai permintaan yang sangat tinggi dari pengguna.
Women Desiree Triple Advance (WDTA) adalah produk yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi nano. Ia dapat diserap dengan pantas dan memberikan kesan yang diidamkan oleh setiap wanita.
WDTA ini fungsi dia pantas menyerap 12 kali ganda ke bawah lapisan kulit terus ke pembuluh darah untuk membuang toksin dalam tubuh badan kita, cuci darah kotor yang boleh membawa penyakit dalam tubuh badan dan mengaktifkan sel sel baru serta membuang sel sel kulit mati supaya kulit tampak lebih segar dan berseri.
Women Desiree Triple Advance (WDTA) sangat mudah digunakan. Memadai dengan mencalitnya pada 3 point utama sahaja. Mudah bukan? Hanya perlu calitkan pada leher, pergelangan tangan dan bahagian bawah pusat (lebih kurang 3 jari daripada pusat). Anda tidak perlu membancuhnya atau nak kena lumur ke seluruh badan ke.. Kadang-kadang anda tak suka nak telan pil atau rasa muak dan tak boleh nak konsisten minum 2 kali sehari.. Kadang-kadang anda tak suka nak minum sebab rasanya dan ada jugak disebabkan oleh faktor bau yang agak kuat dan memeningkan kepala. Jadi dengan adanya Women Desiree Triple Advance ni, masalah anda dapat diselesaikan dan rutin harian anda akan jadi lebih senang.
Kalau terlewat hendak ke tempat kerja sekalipun, jangan risau sangat mudah je.. Masukkan je dalam bag. Nanti bila traffic light lampu merah anda sempat jer nak calitkan krim ini. Mudah bukan?Ianya tidak seperti pemakaian kosmetik yang memerlukan untuk anda melihat cermin dan menyapu dengan rapi dan sekata supaya tidak kelihatan comot. Anda jugak tidak perlu untuk berlari ke dapur untuk mencari air dan membancuhnya terlebih dahulu, lepas tu nak kena basuh cawan lagi. Banyak betul step dan prosedur bukan? Kami faham, bila terlalu banyak step dan prosedur ni lah yang akan buatkan anda rasa penat nak jaga kecantikkan diri. Women Desiree Triple Advance ini memang dihasilkan untuk memudahkan para wanita. Dengan Woman Desiree Triple Advance ni anda hanya perlu calit dan gosok sehingga meresap sahaja.
Anda tidak perlu untuk membazir masa dan tenaga untuk manyapu kat seluruh badan ke. Woman Desire Triple Advance ini memang diformulasikan dengan teknologi nano untuk memudahkan molekul-molekul kecil ini meresap masuk ke dalam kulit. Jadinya.. barulah kulit sihat dan glowing. Calit kat 3 point utama jer tau. Tapi kesannya untuk seluruh badan.
Woman Desire Triple Advance ini sangat bersesuaian untuk digunakan oleh wanita yang berkerjaya. Wanita yang berkerjaya kehidupannya dipenuhi dengan jadual yang padat dan memerlukan sesuatu yang ringkas dan menjimatkan masa. Krim ini bersaiz kecil sahaja dan senang di bawa semasa sedang travel ke mana-mana atau semasa pulang ke kampung halaman.
Antara penyebab wanita tidak mahu mengambil makanan tambahan adalah susah untuk dibawa kerana saiz botol yang besar dan memakan ruang yang agak besar. Selain itu, sekiranya terbalik senang tertumpah. Kadang-kadang makanan tambahan yang perlu dibancuh terlebih dahulu. Kadangkala kalau pulang ke kampung atau travel ke mana-mana sering tertinggal sebaik sahaja berangkat pulang.
Antara manfaat yang boleh diperolehi adalah kulit semakin anjal. Masalah kulit berminyak semakin berkurangan. Kalau di sapu pada jerawat, jerawat mudah surut. Jerawat badan jugak boleh berkurangan jika dicalit dengan konsisten pada 3 point utama. Berikut adalah antara manfaat WDTA kepada pengguna;
❖ Manaikan seri wajah dan mencerahkan kulit (glowing)
❖ Menegangkan dan memantapkan tisu kendur dengan pantas
❖ Membantu mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata
❖ Mengurangkan kesan parut
❖ Membantu mengatasi masalah jeawat
❖Mengurangkan blackhead, mengurangkan kulit berminyak
❖ Menjaga kelembapan kulit
❖ Anti penuaan dan memudarkan jeragat dengan rawatan dari dalam
❖ Mengatasi masalah eyebag
❖ Manaikan seri wajah dan mencerahkan kulit (glowing)
❖ Menegangkan dan memantapkan tisu kendur dengan pantas
❖ Membantu mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata
❖ Mengurangkan kesan parut
❖ Membantu mengatasi masalah jeawat
❖Mengurangkan blackhead, mengurangkan kulit berminyak
❖ Menjaga kelembapan kulit
❖ Anti penuaan dan memudarkan jeragat dengan rawatan dari dalam
❖ Mengatasi masalah eyebag
Krim WDTA ini juga dikenali sebagai krim awet muda. Ramai pengguna kelihatan lebih muda dan ceria selepas menggunakan krim ini. Penuaan tu adalah pasti dan akan berlaku seiring bertambahnya usia kita. Semakin kita berusia semakin bertambah jelas tanda-tanda penuaan ini terutamanya pada kulit. Kulit menjadi kering, muncul kedutan halus yang semakin hari semakin jelas ketaranya, kulit kusam dan banyak lagi tanda-tanda lain yang selalu kita dengar daripada mereka yang telah memasuki usia 30- an dan pada usia 20-an pun tidak mustahil boleh berhadapan dengan tanda-tanda awal penuaan ini sekiranya tidak mengamalkan rutin penjagaan yang baik dalam kehidupan seharian. Mungkin ada yang sedar ada juga yang masih alpa akan tanda penuaan ini. Krim WDTA mengandungi ramuan yang khas untuk melambatkan proses penuaan dan mengembalikan keanjalan kulit kita. Menjadikan kulit lebih tegang dan tidak kusam.
Bagaimana untuk mengesan tanda penuaan pada diri kita sendiri?? Cuba bandingkan umur kita dengan umur orang sekeliling kita. Adakah kita kelihatan lebih berusia atau lebih muda?? Atau korang boleh bandingkan diri korang sendiri dengan menggunakan gambar-gambar lama korang. Apakah perbezaan yang korang boleh nampak menerusi perbandingan tersebut dengan keadaan diri anda disaat ini?? Sekiranya keadaan sekarang lebih baik, Alhamdulillah dan tahniah sis ucapkan. Tetapi sekiranya keadaan sekarang agak merungsingkan, jangan terus berasa rungsing, tetapi berusaha dan berikhtiarlah semoga keadaan menjadi lebih lambat. Jangan fikir yang anda sudah terlambat, setiap orang melalui fasa-fasa berbeza dan sentiasa berusaha untuk mengubah kebiasaan anda yang tidak memberi nilai tambah dalam diri anda. Bangun setiap hari dan berdoa semoga setiap hari yang baru ini menjadikan kita lebih baik daripada diri kita yang sebelum ini. Disiplin yang tinggi sangat membantu anda untuk berjaya menggapai matlamat yang telah anda tetapkan insya Allah.
Berbalik kepada topik kita, tanda penuaan ini insya Allah boleh diperlahankan sekiranya kita mengamalkan rutin kecantikkan yang tepat disamping menjaga pemakanan dan kesihatan yang baik. Perkara ini adalah sangat seiring dan sangat berkait rapat. Dengan mengawal pemilihan pemakanan kita Insya Allah akan mendapat berat badan yang ideal. Rata-rata mereka yang mempunyai badan yang besar akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka. Tak percaya?? cuba korang perhatikan kawan-kawan korang yang dahulunya berbadan besar tiba-tiba muncul dihadapan korang dengan badan yang langsing, mesti korang akan nampak kawan korang tu jauh lebih muda dan kelihatan lebih cergas. Kebiasaanya kalau deselidiki, antara rahsianya adalah penjagaan pemakanan. Selain itu, orang yang selalu berhadapan dengan masalah kesihatan akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kesihatan adalah anugerah yang terindah yang Allah berikan kepada kita dan harganya tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit, jadi hargailah kesihatan anda sebaiknya. Badan yang sihat akan mempengaruhi emosi kita untuk tampil sebagai seorang yang lebih stabil daripada sudut emosinya, positif dan berkeyakinan.
Kesan pengguna WDTA ini kepada setiap orang tidak sama, mungkin ada orang kesannya di bahagian dalaman dahulu dan ada sesetengah orang kesannya terus terlihat secara zahir seawal penggunaan botol pertama. Setiap orang permasalahannya tidak sama. Proses yang berlaku akan bergantung kepada individu itu sendiri, untuk yang berdisiplin tinggi dan sentiasa konsisten pastinya akan mendapat kesan yang lebih cepat. Bagi mereka yang ada masalah-masalah tertentu mungkin mengambil masa sedikit untuk melihat kesannya. WDTA ni bukannya sejenis krim yang hari ni pakai esok terus cantik. Kalau harini pakai esok terus canntik pasti tiada lagi kedengaran kes suntikan botox, suntikan vitamin c dan pembedahan plastik sebab semua akan terus pakai krim ni je. Krim WDTA ni bertindak dan menunjukkan kesan setelah digunakan secara konsisten. kalau korang melihat testimoni pun, pasti testimoni yang kebabom tu adalah daripada mereka yang menggunakan WDTA secara rutin dalam satu tempoh masa yang panjang. Semua itu memerlukan proses. Kesan-kesan kecil akan terlihat terlebih dahulu dan barulah disusuli dengan kesan-kesan lain.
Jujur sis kongsi di sini, sewaktu awal penggunaan sis jugak mengalami sedikit healing crisis, sis beranggapan apabila sis menggunakannya kulit akan terus cantik memandangkan kulit sis tiada masalah, tetapi meleset jangkaan sis, kulit sis mula timbul bintik-bintik jerawat dan gatal-gatal selepas hampir sebulan penggunaan. Pada mulanya agak terkejut, dan sis hentikan penggunaanya. Kemudiaan sis bertanya kepada kawan sis yang telah mencubanya, dan kawan sis sarankan sis untuk minum air secara konsisten dan sentiasa menjaga pengambilan makanan yang berkhasiat. Dan sis ikuti saranan tersebut. Alhamdulillah keadaan itu tidak berlarutan. Sis akui, WDTA sangat senang digunakan dan disebabkan itulah sis tidak mahu meninggalkan WDTA ini kerana sis bukanlah seorang yang terlalu rajin untuk mengamalkan pengambilan supplement atau menggunakan make up yang tebal. Sis seorang yang sangat simple, sis hanya praktiskan penggunaan basic skin care dan apabila keluar pun sekadar menggunakan bedak dan sun block. Untuk pemakaian foundation atau sebagainya sis tidaklah terlalu gemar dan rasa terlalu membuang masa untuk sis sapukan kat wajah dan kemudian sewaktu nak cuci tu pasti lagi banyak masa diperlukan untuk memastikan sisa make up dapat ditanggalkan daripada kulit kita. Kebanyakkan foundation tidak mesra wudhu dan sukar dibersihkan. Berhati-hatilah dalam memilih produk dan bersihkanlah sisa solekan sebaiknya terutama pada bahagian anggota wudhu.
Soalan yang lazim ditanyakan adalah, berapa lama penggunaannya untuk setiap botol. Bergantung kepada individu, untuk mereka yang mencalit pada 3 point utama sahaja boleh tahan diantara 2-3 bulan. Calit sedikit sahaja kemudian gosokkan sehingga meresap. Ada sesetengah orang akan pakai tipis kat wajah, kalau yang ni maybe penggunaan tu sekadar 1 bulan ke 1 setengah bulan camtu je.. Ada jugak yang sapukan pada bawah tapak kaki sebelum tidur.. So untuk yang melibatkan kes sapuan ekstra ni mungkin kadar penggunaan tu akan berbeza.
Permasalahan setiap orang tidak sama. Antara punca yang menjadi masalah kulit adalah seperti berikut;
● Tidak mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul
● Salah pilih produk
● Stress
● Sinaran UV
● Kurang tidur
● Toksin berlebihan dalam badan
● Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat
Selain daripada itu, perkara asas dalam kecantikkan atau kesihatan adalah minum air secukupnya supaya peredaran darah berlaku dengan lancar. Sekiranya peredaran berlaku dengan baik, sel akan menerima nutrient dengan lebih baik. Di samping menjaga diet dan pemakanan yang sihat, amalan ini sebenarnya adalah salah satu cara yang sangat membantu untuk kita speed up keberkesanan sesuatu produk. Jangan lupa banyakkan ulam-ulaman, buah-buahan dan kurangkan mengambil makanan yang telah diproses. Insya Allah bila pemilihan makanan pun kita mampu untuk disiplin, kita akan mendapat badan yang lebih sihat insya Allah. Gaya hidup sihat sangat lah penting untuk diamalkan sentiasa. Tambah pulak kalau anda sejenis yang aktif dan suka bersenam, kesannya pasti lebih efektif.
Gaya hidup yang sihat sangat penting untuk tampil yakin dan ceria. Bila anda gembira automatik aura positif akan ada. Selain itu, anda perlu kurangkan stress dengan menangani punca stress secara baik. Kecantikan itu memerlukan komitmen dan bukan keajaiban yang tiba-tiba. Apa yang penting adalah tindakan. Mulakan dan jangan tangguhkan lagi. Yang penting anda disiplin dan konsisten, pasti anda akan mendapat manfaatnya.
Gaya hidup yang sihat sangat penting untuk tampil yakin dan ceria. Bila anda gembira automatik aura positif akan ada. Selain itu, anda perlu kurangkan stress dengan menangani punca stress secara baik. Kecantikan itu memerlukan komitmen dan bukan keajaiban yang tiba-tiba. Apa yang penting adalah tindakan. Mulakan dan jangan tangguhkan lagi. Yang penting anda disiplin dan konsisten, pasti anda akan mendapat manfaatnya.
Untuk yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang krim comel ni. Kenapa sis cakap krim comel? Saiznya comel sangat senang nak masuk kat dalam bag. Bag wanita zaman sekarang kebanyakkan saiz kecil je mana boleh masuk barang yang besar-besarkan. Krim ni seberat 15g sahaja so tak ada masalah nak di bawa ke mana-mana sebab ringan sahaja.
WDTA ini diformulasikan dengan menggabungkan bahan-bahan yang hebat dan sangat terkenal dalam dunia kecantikkan. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan WDTA adalah seperti berikut;
- Arbutin - Bahan semulajadi daripada Bearberry plant yang boleh menghalang pengeluaran melanin berlebihan
- Glutathione - Sejenis antioksidan yang membantu mencegah tindakbalas redikal bebas yang boleh merosakkan kulit wajah dan mampu menukarkan warna melanin kepada warna yang lebih cerah dan seterusnya mencerahkan kulit wajah. Ia juga mampu menyingkirkan toksin dalam badan.
- Ekstrak Akar Peony - Mampu memberikan kesan perlindungan terhadap radikal bebas serta meningkatkan warna kulit yang tidak seimbang dan tona kulit tidak sekata.
- Pueraria Mirifica Extract - Berasal dari tumbuh tumbuhan daripada Thailand yang mampu mengurangkan garis-garis halus, mengecilkan liang pori, melembutkan dan mencerahkan kulit.
Walaupun kecil, bukan sebarang kecil tau.. Ini kecil kecil cili padi. Sikit sahaja dah bagi kesan WOW. Women Desire Triple Advance ni selamat digunakan dan bernotifikasi KKM. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang likat dan tidak mudah tumpah. Cara penggunaan pun senang sahaja. Calitkan dekat 3 point utama macam sis cerita kat bahagian atas tu. Senang jer.. Jangan lupa untuk pakai 2 kali sehari. 1 botol boleh tahan 1-3 bulan. Sekarang harga kasih sayang tau kalau biasa RM1xx, sekarang boleh beli dengan harga promo sahaja. Masa tengah promo ni la kalau korang nak grab pun, kalau dah tak ada promo nanti, menung je lah korang nanti. So 1 bulan tu baru jatuh berapa ringgit jer. Dibandingkan pula dengan cara guna yang simple jer dan manfaat yang akan diperolehi di kemudian hari, sangatlah berbaloi untuk duit anda. Anda pun tak perlu lah nak beli barang makeup banyak sangat sebab bila kulit dah cantik, makeup nipis pun dah lawa dah tau. Sangat menjimatkan sebenarnya.
So buatlah perlaburan bijak bermula hari ini, jimat duit, jimat masa, tapi kulit makin cantik makin awet muda. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya sementara masih dalam harga promosi. Pastikan anda dapat seller yang betul dan produk yang original supaya anda boleh dapat tips dan guide yang betul. Jangan biarkan anda krik krik jer selepas beli tu, . Good luck korang.
Panjang sungguh nama jenama ni kan? Belum pernah dengar tapi nampak menjadi utk kulit u.
ReplyDeleteHaah panjang sikit namanya.. Dulu2 saya pun x bpe igt nama dia.. Biasa orang panggil krim wd atau krim wdta jer
Deletewahh tengok testimoni memang nampak ketara perbezaan sebelum dan selepas ya! Dan bahan-bahan yang digunakan pun nampak berkualiti!
ReplyDeleteBahan-bahan nya memang bahan y terkenal dalam bidang kecantikkan.
Deletefirst time dengar nama produk ni :) terimakasiha atas perkongsian
ReplyDeleteMungkin sbb ia tidak di jual di pasar raya atau toko toko jamu. Boleh didapati daripada hq, stokis dan pengedar shj buat masa ni.
DeleteFirst time dengar jenama ni. Nampak macam bagus je, cuma sis masih setia dengan satu produk, nanti dah rasa nak tukar boleh lah cuba jenama ni
ReplyDeleteJangan tak cuba.. Rugi tau.. Byk sangat dan kelebihan krim ni
DeleteLama dah kan krim ni kat pasaran. Tengok feedback dan result dia semua best best
ReplyDeleteDah lama jugak la.. Sy cuba pun disebabkan testimoni dia nampak menarik. Banyak masalah kulit dapat di atasi bila konsisten pakai
DeleteFirst time dengar pasal krim ni. Nampak mcm best je. Saya pun nak try.
ReplyDeleteWuiiit macam magic plak krim ni, letak di nadi aje ek...waaa senang dan jimat le kalau gitu yaa...tak silap kawan Sis ada pakai, sebab dia sakit lutut...now katanya semakin membaik, rasa krim ni laaa dia pakai...serba serbi boleh laa kalau gitu ek...eh nak juga laaa...
ReplyDeleteBoleh tahan keberkesanannya .. dan tetiba rasa teruja nak try. Nanti Sal ushar lebih lanjut ya. Ada rezeki boleh la try
ReplyDeleteOhh mmg nampak menarik produk ni. Tak pernah guna bc feedba k.mcm.menarik
ReplyDeleteWah menarik. Suka tengok gambar before and after tu nampak perbezaan ketara sangat
ReplyDeletePanjangnya nama dia. Haha. Tak pernah dengar produk ni lagi. Ingatkan krim muka.
ReplyDeleteBkn krim muka.. Ktom kecantikkan.. Calit kat nadi jer.. Mudah sangat-sangat
DeleteKenapalah founder bubuh nama produk panjang. Huhu. Tapi barangnye comel je. Kalau tengok harga macam mahal tapi gunanya takdelah banyak ye. Kira berbaloi la tu
ReplyDeleteHaah tgk harga macam mahal.. Tp bukan pakai bnyk macam nak pakai krim muka tu.. Calit sikit2 jer tahan 2 ke 3 bln.. So 1 bulan dalam rm20 ke rm30 camtu jer.. Berbaloi sgt.. Lagipun effect dia kat seluruh badan
DeleteWah... panjang betul nama produk ni tapi tetap menarik gitu... kadang-kadang nama yang panjang ni akan jadi ingatan sebab kita dok nak ingatkan nama tu, akan berulang-ulanglah kita sebut kan... hehehehe... saya tertarik dengan term calit di point utama tu dan juga part pakai sikit je tapi memberikan hasil yang meyakinkan... #syabas
ReplyDeletePanggil wd je.. Nak sebut panjang-panjang tu kan mcm pnjang sgt kan.. Ni senangg sgt pemakaiannya
DeleteTak pernah pulak dgr brand ni. Panjang plak tu namanya ye. Hihi nanti boleh la za tengok info lagi untuk ingredients dia
ReplyDeleteMungkin sebba tidak di jual di toko jamu dan pasaraya.. Hanya dibeli menerusi hq, stokis dan pengedar shj. Bahan2 selamat. Ada notifikasi kkm
DeleteWah.. bunyi krim ni pun dah canggih sebab menggunakan teknologi nano.. hehe. Tapi nampak memang bagus pun produk ni dan berkesan pada muka. Harap semua dapat cantik lepas ni
ReplyDeleteTeknologi nano mempercepatkan lagi proses resapan.. So hasilnya lebih kebabom la nnti
DeleteKetara perbezaannya.. yang penting benda yg meresap masuk badan ni, kalau ada kelulusan KKM then kita rasa selamat la nak pakai.. harap semua pengguna berpuas hati dengannya..
ReplyDeleteYup ada mendapat notifikasi kkm. Lagipun dah lama dalam pasaran.
Deletesis sy baru pakai semalam.sapu dimuka.bangun pagi ni gatal² dan timbul ruam byk sgt kt seluruh muka.kenapa yaaa ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeletekalau kulit muka sensitif jangan pakai dekat muka.
DeleteTerbukti berkesan! Setelah seminggu pakai eyebag hilang.
ReplyDelete