Simpanlah Duit Dengan Bijak


Simpanlah Duit Daripada Sekarang
Kenapa sekarang?? Sebab esok kita pasti  lagi macam mana hidup kita, apakah masih bekerja di tempat yang sama, dinaikkan pangkat, dipindahkan cawangan atau mungkin hilang pekerjaan. Rancanglah kewangan anda mulai sekarang. Sekurang-kurangnya di masa akan datang kehidupan anda lebih terjamin.





Gaji  Hanya Cukup-cukup Makan Je
Simpanlah ikut kemampuan. Biarlah bermula daripada jumlah yang kecil, nanti anda sudah dinaikkan pangkat atau mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik anda mungkin boleh gandakan jumlah simpanan anda itu. Usahakan untuk tanamkan tabiat menyimpan. Pepatah melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Walaupun anda sudah ditahap buluh, usahakanlah untuk kawal belanjawan anda itu kerana apa yang anda lakukan akan menjadi contoh kepada anak-anak yang masih di tahap rebung itu. Jangan tunggu gaji RM8000 baru nak menabungnya, kalau sekarang pun anda gagal untuk kawal perbelanjaan anda, apatah nanti bila gaji sudah besar, belanjawan anda akan menjadi semakin besar.. hmmm mestilah rumah yang selesa, kereta mahal, perabot mewah, dan sebagainya akan menjadi keutamaan anda.. itu semua akan menjadikan belanjawan anda meningkat okay...




Macam  Mana Nak Simpan Duit
Bergantung kepada anda sendiri, yang paling penting adalah anda haruslah displin. Di sini saya  senaraikan beberapa contoh semoga dapat membantu anda.


  • Simpan 30% Daripada Jumlah Gaji
Setiap kali gaji pasti kan 30% adalah untuk simpanan. Untuk mengelakkan daripada terguna simpanan tersebut, anda mungkin bole pindahkan wang tersebut ke akaun lain. Ada sesetengah bank ada menyediakan kemudahan " Standing Instruction " di mana anda bole menetapkan suatu jumlah wang yang akan anda pindahkan ke suatu akaun yang lain di setiap waktu tertentu. Sekiranya gaji anda adalah RM3000, 30% adalah RM900. Contohnya pada setiap 15hb wang daripada akaun anda akan dipindahkan sebanyak  RM900 kepada akaun lain. Anda juga bole menetapkan tempoh masa yang anda mahukan. Contohnya anda boleh tetapkan untuk  menyimpan sehingga 2 tahun. Bermakna setiap 15hb wang anda akan dipindahkan sebanyak RM900, dan pindahan ini akan berterusan sehingga mencapai tempoh 2 tahun. Selepas 2 tahun, wang anda sudah tidak akan dipindahkan lagi secara automatik melainkan anda perbaharui "standing instruction" tersebut.






  • Simpan Duit Berdasarkan Warna
Setkan warna duit yang perlu anda simpan. Sekiranya bergaji kecil mungkin boleh mulakan dengan warna hijau. Sekiranya anda memecahkan duit  besar atau membeli barang, Periksa baki tersebut, sekiranya mendapat warna hijau silalah masuk ke tabung simpanan anda yer. Atau pun semasa makan tengah hari, masa nak bayar makanan anda tu, cashier memulangkan note warna hijau, itu pun haruslah di masukkan ke dalam tabungan anda. Bertabahlah sekiranya selalu menerima note warna hijau . Ataupun kalau anda berminat dengan syiling, anda boleh menyimpan semua syiling yang anda perolehi itu ke dalam suatu tabung. Sekiranya gaji anda lebih besar  mungkin boleh tukarkan simpanan tersebut kepada warna merah atau oren.


  • Simpan Duit Secara Bermatlamat
Ini untuk orang yang tiada komitmen. Biasa mereka susah untuk mengawal belanjawan mereka. Apa yang perlu anda lakukan adalah setkan matlamat simpanan anda. Contohnya anda hendak membeli kereta atau motor idaman, jadilah simpan duit untuk sediakan bayaran deposit tersebut. Atau pun supaya lagi membakar semangat, katakan anda hendak kahwin dalam masa 2 tahun. Buat anggaran majlis perkahwinan tersebut termasuk mas kahwin, hantaran dan lain-lain. Katakan anda memerlukan RM20000 untuk perbelanjaan perkahwinan tersebut, jadi dalam masa 2 tahun atau 24 bulan anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM833.34 setiap bulan. Anda akan lebih bersemangat untuk menyimpan mudah-mudahan.


  • Membuat Pelaburan
Sekiranya anda mahir dalam selok belok dunia pelaburan, pelaburan adalah salah satu cara yang baik untuk anda simpan dan kembangkan nilai wang anda. Sekiranya anda tidak pasti selok belok dunia pelaburan cara-cara di atas mungkin lebih bersesuaian dengan diri anda. Jangan mengambil risiko untuk mencuba pelaburan yang  meragui seperti skim cepat kaya dan sebagainya. Beringat sebelum kena yer dah terkena nanti buruk padahnya.



Comments

  1. hi sis.. nanti kalau ada masa bole explaikan sedikit pasal standing instruction tu

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus. Suka cara simpan duit ikut warna. Tahun ni akak go for orange color pulak.

    ReplyDelete
  3. sy stuju dgn simpan duit kena da matlamat. if kita xda mission thats why akan mudah utk skip menyimpan coz xda rasa kepentingan.

    ReplyDelete
  4. Sal pun dah mula menyimpan ikut color..harap ianya berterusan la..nak motivate diri sendiri pun adakalanya agak payah..hehe

    ReplyDelete
  5. I agree.. I used to be a UTC too and still am for some of my clients and they have some standing instruction with sone funds

    ReplyDelete
  6. yes set goals is important! just like #YourFinanceDoctor tagline, Earn, Save, Invest, Repeat!

    ReplyDelete
  7. bagus tips yang disediakan. kalau ada duit lebih, simpan je

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Suka simpan duit ikut warna tu.. paling senang simpan duit seringgit.. nilai kecik tapi mudah nak menabung.. syiling pon ena simpan banyak2 senang terus masuk tabung haji je.. selain duit kena kumpul aset jugak. Senang kegunaan akan datang.. fikir nak senangkan anak je..biar dapat belajar lebih tinggi dari mak ayah..

    ReplyDelete
  9. bagus tips ni, mulakan dari awal tahun dan konsisten hingga hujung tahun.

    ReplyDelete
  10. tq share info yang baik mcm nie.. idea jugak simpan duit by kaler2. nak try jugak la :)

    ReplyDelete
  11. Since saya tak ada gaji tetap, memang susah sikit nak menyimpan secara konsisten. Tapi kebanyakan duit yang saya dapat melalui freelance memang saya simpan semuanya. Husband pun susruh simpan. Belanja guna duit dia sebab duit saya tu buat sebagai back up untuk hari kecemasan

    ReplyDelete
  12. Kena kuat semangat nak menabung ni. Tekad Dan konsisten menabung.

    ReplyDelete
  13. Aida saving ikot matlamat. Cth nyer :
    Holiday.
    Insurance kereta.
    Takaful anak-anak (byr yearly) .
    Tapi ada la simpanan tetap.
    Paksa diri. Saving dulu baru enjoy :)

    ReplyDelete
  14. Ahhh my yearly goal to simpan duit, for me I use auto deduction to another account to force myself, I guess after awhile it becomes a habit.

    ReplyDelete
  15. Bagus perkongsian ni.. boleh mula praktikkan sambil tu boleh juga didik anak2 cara menyimpan dengan mengasingkan ikut warna, tak pun saiz duit syiling.. thanks sharing tips bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  16. saya stuju dengan simpan duit kena ada matlamat sebab bila kita ada purpose utk simpan duit itu sebgai motivasi kita untuk menyimpan, kalau tak mesti agak susah nak simpan duit.

    ReplyDelete
  17. susahnya nak istiqamah menabung ni, isk. dah asingkan sesiap tp at the end of the month, korek balik demi meneruskan kelangsungan hidup. sobbs

    ReplyDelete
  18. saya guna kaedah force saving di mana setiap bulan duit akan ditolak dari akaun. Boleh buat di maybank

    ReplyDelete
  19. Bagus perkongsian ni. Walau kadang2 rasa mmg tak cukup duit,tp jadikan saving tu kewajipan demi masa depan terjamin

    ReplyDelete
  20. Tahun ni anak sekolah, saya ajar anak menabung.. melentur buluh biar dari rebungnya.. dia tengok duit dia makin banyak, dia jadi sayang nak guna.. emaknya? Menabung untuk kegunaan bulan 8 nanti

    ReplyDelete
  21. First time dengar menabung ikut warna tu. Boleh lah saya cuba. Biasa duit syiling campak je semua dalam bekas, sebab nak bawak berat. Hehe

    ReplyDelete
  22. good entry, saya setuju dengan semua point tu. saya selalu amalkan simpan duit utk matlamat.

    ReplyDelete
  23. Thanks for the money management tips.

    ReplyDelete
  24. Tak sikit banyak memang kena simpan atlest masa kecemasan ada duit boleh bantu dan guna. thanks info!

    ReplyDelete
  25. Org kata simpan sikit2 lana jadi bukit hehehe.. janji kena simpan

    ReplyDelete
  26. Ty suka part simpan duit ikut warna.. sekarang pun dah viral cara simpan duit , buat tabung ikut hari , minggu dan bulan. Betul la ekonomi tak stabil , gji pun tak seberapa , kena menabung.

    ReplyDelete
  27. I always ensure I save 15% for saving. At least I can prepare for emergency.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Berdoalah untuk mohon petunjuk

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg