CARA-CARA NAK BELI KERETA
Kebanyakkan kita kalau dah start bekerja tu, mesti idamkan kereta sendiri untuk memudahkan diri untuk berulang alik ke tempat kerjakan?? So, untuk dapatkan kereta sendiri ni ada beberapa step yang kita kena lakukan. Caranya mudah je cuma anda perlu berusaha sedikit, jangan suka-suka je apply loan tapi akaun ke laut, setiap bulan pulak wajib pinjam sana pinjam sini, pinjaman PTPTN tak bayar dan lain-lain. Ini menambahkan lagi risiko untuk permohonan uowlls tu di REJECT okay...
Oke tak perlu risau yer.. hari ni sis nak kongsikan cara-caranya.
- Simpan duit dulu dalam akaun tu. Katakan kereta idaman uowlls perlukan komitmen RM500 sebulan, so setiap bulan simpanlah dalam RM700-RM900 camtu. INI PENTING !!! menunjukkan uowlls mampu untuk ada komitmen baru. Kenapa sampai nak kena simpan lebih dari anggaran bayaran bulanan tu?? Pakai kereta ni bukan kena bayar bulanan je uowlls, ni sis nak ajar uowlls simpan duit dari awal. Uowwls kena ada bajet bulanan, kena standby untuk servis kereta setiap 3 bulan atau 6 bulan sekali. Sekali servis boleh mencecah RM300-RM500 ( ini untuk kereta biasa-biasa la ). Selain itu kena standby jugak untuk renew roadtax dan insurans kereta, minimum setahun sekali. So untuk kereta baru of course la insurans kereta tu agak mahal sikit. Untuk permulaan ni anggaplah simpanan tu sebagai latihan kepada uowlls untuk ada komitmen bulanan yang baru nanti. Dan duit simpanan tu jugak uowlss boleh sediakan sebagai downpayment kereta idaman tu nanti.
- Sekiranya pernah membuat pinjaman PTPTN, buat bayaran balik terlebih dahulu, kalau tak mampu langsaikan semuanya buatlah bayaran ansuran bulanan. Kalau tak tahu berapa nak kena bayar boleh ke kauter PTPTN, bukak setiap Isnin hingga Jumaat, Sabtu bukak separuh hari kalau tak silap. So nanti minta bantuan pegawai yang bertugas untuk keluarkan jadual bayaran balik pinjaman PTPTN tu.
- Prepare penyata akaun bank untuk 3 bulan. Biasa penyata akaun akan dikeluar setiap suku tahun, tapi tak semestinya kena tungu suku tahun baru la bole nak buat permohonan loan kereta. Contoh uowlls ada maybank2u, pergi dekat transaction history tu uowll print la untuk bulan yang uowll perlukan tu. Tapi kalau beli kereta mahal tu mungkin memerlukan 6 bulan punya. Kalau uowlls kerja government, penyata untuk sebulan pun dah oke rasanya. Tapi kebnyakkan nya 3 bulan. Sedikit nasihat dari sis, kalau gaji tu baru RM2500 ke bawah tak payah lah beli kereta mahal, fokus kan apa yang perlu. Masa muda nilah nak buat simpanan, esok nak kahwin tak ada la susahkan mak ayah. Sekiranya beli kereta murah, uowls boleh ringankan beban mak dan ayah. Bolehlah hantar adik-adik pergi tusyen, uowlls dah berjaya dapat kerja, tetapi masa depan adik-adik ada uowlls tak tahu lagi macam mana. Kalau umur mak dan ayah ditakdirkan panjang bolelah adik-adik bergantung harap pada diorang, tetapi kalau ditakdirkan Tuhan nak jemput mereka awal, uowlls la nanti yang bertanggungjawab keatas kebajikan adik-adik uowlls. So buatlah keputusan sebaiknya nak pakai kereta apa.
- Sediakan penjamin yang layak. Minta bantuan dari kakak atau abang, kalau mereka kerja dengan government lagi bagus. Ataupun kerja swasta gaji besar tapi komitmen kecik. Ataupun kalau gaji uowlls dah besar dan 3 perkara penting yang sis dah bagitahu kat atas tu uowlls dah buat betul-betul rasanya tak ada masalah untuk permohonan loan uowlls diluluskan.
- Sedikan Rujukan. Kebiasaan pegawai bank yang bertugas akan meminta uowlls menyatakan 2 nama sebagai rujukan. Pastikan uowlls ada orang rujukan yang sepatutnya dah mudah dihubungi. Penjamin tidak boleh menjadi orang rujukan. Sebaiknya orang yang akan dirujuk ini jugak mempunyai kriteria seperti penjamin dan mengenali diri anda. Sebab?? Ada sesetengah kes pegawai bank tidak bertanyakan siapa majikan uollws, tetapi meminta rujukan yang terdiri daripada ahli keluarga uollws tetapi bukan kakak atau abang yang dah jadi penjamin tu. Kalau dah tak ada sangat mintalah tolong kakak dan abang ipar uowlls untuk dijadikan rujukan.
- Beli kereta dari jurujual bertauliah supaya memudahkan proses loan anda diluluskan. Kebiasaan juru jual yang dah pro dan bertauliah memang mempunyai hubungan baik dengan pegawai bank tu, sebab itu memang kerja dia untuk jadi orang tengah untuk apply loan uowlls tu. Pandai-pandailah uowlsl cari juru jual tu, jangan tertipu sudah. Kebiasaan agent akan meminta anda bayar sedikit deposit (RM300-RM500) dalam proses menguruskan loan anda, sekiranya loan tidak diluluskan anda mungkin dapat balik deposit tersebut ada sesetengah nya akan dikira hangus, Sebenarnya bukanlah hangus, uowlls kena la faham diorang ke hulur ke hilir, ke bank sana ke bank sini untuk uruskan loan. Nak bergerak tu kena pakai kereta, kereta pulak perlukan minyak, minyak tu pun pakai duit yer. Itu belum campur duit toll, parking makan dan lain-lain lagi. So faham-faham la yer. Dan ada jugak juru jual yang tidak meminta sebarang bayaran deposit langsung, so amiklah sikit masa untuk buat survey dulu.
- Sekiranya semua perkara diatas sudah diselesaikan, boleh lah sediakan pen dan kertas untuk catat sedikit maklumat, bukan apa nanti bila pegawai bank telefon untuk sedikit interview tak ada la tergagap-gagap nak baca alamat sebab memang tak hafal pun kan, lebih-lebih lagi alamat lengkap tempat kerja memang sah-sah tak hafal pun. So kat kertas tu tulis siap-siap alamat tetap, alamat surat menyurat sekiranya lain daripada alamat tetap, malumat gaji, tempat pengajian, alamat tempat kerja nama penjamin dan orang rujukan, no telefon penjamin/ orang rujukan, pekerjaan dan alamat tempat berkerja mereka. Sekiranya menyewa dan tiada rumah sendiri, nyatakan uowlls menyewa, kerana menunjukkan anda sememangya ada komitmen bulanan tetap yang sudah berjaya anda uruskan secara konsisten ( contoh lain seperti pinjaman PTPTN, bil dan lain2 )
- Sekiranya loan telah diluluskan pegawai bank akan menghubungi anda dan menyatakan bahawa loan telah diluluskan. Setelah kereta yang di tempah tu dah ready, jurujual akan menghubungi anda untuk tetapkan temujanji untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Selain itu, sekiranya loan uolwlss mlibatkan pihak lain seperti penjamin, penjamin tersebut juga perlu menandatangani perjanjian tersebut. Sekiranya penjamin berada di negeri lain tidak perlu risau, uowlss settlekan part uowlss nanti minta pihak bank berurusan dengan cawangan yang berhampiran dengan penjamin. Nanti penjamin bole mendatangani perjanjian di cawangan tersebut (yang ni kena faham, ini hanya boleh dilakukan di cawangan bank yang terlibat untuk "higher purchase" sahaja dan bukan semua cawangan menguruskan pinjaman untuk "higher purchase"). Jangan lupa sediakan "downpayment" yer sebelum nak tanda tangan tu!! So nanti bila part penjamin pun dah settle, bolehlah confirmkan balik dengan juru jual untuk next appointment. Insya Allah, next appointment tu korang dah bole dapatkan kunci kereta korang dah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan uowlls semua :-)
Thanks atas infonya sebab belum pernah beli kereta sendiri
ReplyDeleteThanks atas infonya sebab belum pernah beli kereta sendiri
ReplyDeletebagus info ni.. senang nak standby apa yang perlu untuk beli kereta baru nanti.. hehehe.. bukans ekarang la.. tapi akan datang.. hihihi
ReplyDeleteKereta skrg mmg menjadi keperluan bg yg bekeluarga. Kena saving lebih ntk standby roadtax n insurans. Sbbtu kena pikir panjang nk pakai kereta apa ikut kemampuan..
ReplyDeleteAkak dh beli 2 kereta..hehehe..1 adik dh ambik sambung bayar dan tunggal satu lagi.. alhamdulillah perjalanan nak beli kereta tu smooth aje..
ReplyDeleteKereta masih lg belum masuk dlm wishlist lagi sbb kerja dekat je dgn rumah. So guna kereta parents je. InsyaAllah sampai masanya nanti akan sy rujuk blog nie utk membeli. Terima ksih sudi kongsi tips
ReplyDeletewaa.. bagus tips ni untuk pembeli kereta yang tidak berpengalaman ( 1st car ).. thanx awak !!
ReplyDeleteRamai yang tak tahu tips ni.. Memang bagus untuk sesiapa yang berniat nak beli kereta
ReplyDeletePerkongsian yang amat berguna buat mereka yang baru nak beli kereta. Sis dah puluh tahun guna kereta dan entah berapa banyak kali dah tukar beli kereta..hehehe
ReplyDeleteInfo menarik. Boleh rujuk semula bila nak beli kereta nanti. Hihi
ReplyDeleteterimakasih infonya tahun ini nak beli kereta sendiri untuk keluarga
ReplyDeleteinfo bagus ni. betul.. persiapan dari segi kewangan perlu kukuh
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
check from CCRIS report, make the score looks good then only apply.
ReplyDeleteWhats Your New Year Resolution?
Yes, I am agree with ur statemnt!
ReplyDeletesave for long term incase anything happen for car loan!
My dream car dah tercapai...sbb byk hutang dah langsai haaa...anak plk byr duit kete..
ReplyDeleteVery informative. You should always save no matter what.
ReplyDelete