Emosi Yang Beraja
Setiap
hari kita pasti berhadapan dengan situasi yang berbeza, orang yang berbeza dan
macam-macam lagi lah yang berbeza-beza tu. So, samalah dengan emosi kita, akan
menjadi berbeza-beza mengikut masa dan ketika.. Ada turun naik!.. hmmm..
Biasalah kalau emosi tengah tak stabil ini kita mudah tertekan, berserabut,
bercelaru.. pendek citer memang apa yang di buat akan jadi tak kena dan tak jadi seperti yang diharapkan
disebabkan kita gagal mengawal emosi kita. Sekiranya kita rasa hendak marah, kurangkan bercakap atau berdiam diri sahaja, kerana dalam keadaan macam ni, lidah kita mungkin membunuh banyak hati.
So,
macam mana kita nak jadi orang yang
sentiasa 'cool' dan mengelakkan emosi beraja di hati. Pertama sekali, periksa
balik apa yang telah kita buat sebelum ini. Kerana apa yang kita buat sebelum
ini, akan menghasilkan kedaan seperti
itu. Adakah kita bergurau kasar sehingga menyakitkan hati insan lain?? dan
menyebabkan orang tak suka berkawan dan menghindari kita. Periksa balik cara
pergaulan kita seharian. Kuncinya di sini jaga etika pergaulan kita.
Bergurau
mesra tu memang perlu.. supaya dapat menguatkan lagi perasaan antara
suami-isteri, ibu-anak, ayah-anak, teman-teman dan sebagainya. Tapi jangan 'over'.. jangan sampai
merendah-rendahkan orang lain. Janganlah mengejek kekurangan yang ada pada
mereka. Sebelum anda berkata perkara yang kurang enak pada orang lain cuba
letakkan pada diri anda dulu, misal nya dah la hitam, pendek pulak tu memang la
dia tak nak kat kau!!. 'see" apa yang anda rasa?? masa tu dah lah tengah
'down' akibat di'reject' wanita pujaan, di tambah pulak dengan kata-kata seperti itu. Walaupun apa yang diperkatakan itu betul, contohnya anda gemuk dan hitam, tetapi perkara itu menjadikan anda berasa rendah diri dengan kekurangan anda, betul tak?? so, kalau bercakap tu pastikan yang elok-elok jer.. jangan nak mengata orang lain,
kita sendiri pun ada kelemahan ... hmmm
Kadang-kadang kita dah cuba jadi yang
terbaik dah dengan cara bercakap baik, jaga hati orang, tak ejek orang dan sebagainya, tapi!! orang
lain pulak macam selalu tak puas hati dengan kita. Yer.. memang ada orang yang sebegitu.. Jangan pedulikan mereka, teruskan menjadi baik. Biarlah apa orang nak kata, yang penting
Allah itu Maha Mengetahui, Dia mengenali hamba-Nya. Cukuplah kita melakukan
sesuatu demi meraih kasih sayang daripada-Nya.
Tapi
biasalah, kita kan manusia.. hmmm ada jugak perasaan nak marah.. kadang-kadang dah cuba sedaya upaya menahan rasa marah tu, ada ketika meletup jugak.. Bila dah meletup
tu, macam-macam lah kita hembur keluar, perkataan- perkataan kasar, dan mungkin apa yang kita pendam selama ini
akan keluar satu demi satu.. hmmm macam air yang mengalir.. Tapi kesannya
selepas itu, keadaan akan menjadi lebih teruk, persahabatan jadi makin renggang
dan macam-macam lagi.
Ataupun, sekiranya
kita seorang ayah atau ibu, kita
memarahi anak kita dengan mengeluarkan kata-kata kasar kepada mereka, pastinya mereka
akan rasa tidak disayangi dan semakin
menjauhi kita; tiada lagi cerita-cerita gembira untuk mereka kongsikan kepada kita. Jika kita tidak cuba mengatasi emosi kita dan cuba mengubah diri
kita, lama-kelamaan anak-anak akan terus menyisihkan diri daripada kita. Mungkin hari ni kita tidak perasaan kerana sibuk dengan perkerjaan kita, tapi
impaknya bila kita tua kelak, anak-anak tiada masa untuk kita, anak-anak
menjadi hilang sabar melayan kerenah kita dan sebagainya. Apa yang
anak-anak lakukan itu adalah cerminan diri anda sendiri semasa anda muda
dulu. ' see'!! sangat tak elokkan?? So cubalah kawal emosi anda sebaik mungkin. Hidup ini ibarat roda,aakan berpusing-pusing, sekejap di atas dan sekejap di bawah.
Dalam
segala hal yang kita buat, ingat lah hanya Allah yang mengetahui keikhlasan hati kita, berbuat
baiklah kerana Allah. Kalau kita berbuat baik dan menjaga hati orang supaya
orang suka pada kita orang tertarik pada kita, kita sudah silap.. betulkan
balik niat kita, apa yang kita buat itu adalah semata-mata mencari redha Allah.
Kalau Allah redha dengan kita, apatah
lagi makhluk-Nya. Contohnya, kalau kita minta kopi, sudah semestinya kita
mendapat cawannya sekali, tetapi kalau kita meminta cawan, belum tentu lagi
kita mendapat airnya.. mungkin yang kita dapat hanyalah cawan yang kosong.
Begitulah hidup kita, kalau kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah banyak
lagi hikmah kebaikan yang diberikan-Nya.
Tanamkan dalam diri sikap pemaaf. Maafkan
kesilapan orang lain dan hidup kita akan jadi lebih tenang. Cuba perhatikan orang yang suka berdendam,
hidup mereka tidak tenteram. Jangan kata nak melihat orang itu, mendengar nama orang yang didendam itu pun sudah menyebabkan perasaan marah datang
tiba-tiba. Bila kita selalu marah-marah, sebenarnya tidak elok untuk diri kita
dan orang lain jugak. Marah dan Dendam ini adalah sifat syaitan. Syaitan akan
bertepuk tangan melihat keadaan kita sebegitu. Mereka akan berusaha untuk
menyesatkan anak adam dan memecah belah kan satu sama lain. So, mulai detik ini
dan saat ni maafkanlah kesilapan orang lain, mudah-mudahan orang lain juga
mudah untuk memaafkan kita. Semoga hidup kita semua lebih tenteram.
Bacalah doa berikut setiap kali anda rasa hendak marah. Semoga kita berjaya mengawal kemarahan kita.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)