Posts

Showing posts with the label REVIEW

REVIEW : ROHTO EYE DROP FOR TIRED EYES

Image
Hari ni sis nak kongsikan berkenaan satu barang ni yang agak bes yang sis rasa. Siapa kat sini yang selalu pakai cermin mata atau 'contact lense', atau selalu mengadap komputer siang malam?? korang perasan tak mata korang selalu rasa letih dan kadang-kadang menyebabkabkan korang rasa mengantuk? Atau korang memakai contact lense selalu rasa mata kering dan tak selesa??     Kalau korang ada berhadapan dengan masalah seperti di atas koranginsyaa Allah boleh cuba iktiar gunakan Rohto Eye Drop ni tau. kalau korang selalu pakai lense dan risau rasa tak selesa, korang bpleh beli yang kotaknya warna merah jambu tu. Korang bukak dan titiskan ke dalam mata tu macam gaya nak titis "eye more" tu. Yang kotak warna merah ni tak ada rasa apa-apa pun. Korang akan rasa macam air menitik ke dalam mata korang jer dan tak ganngu contact lense korang pun. Korang jangan bayangkan macam korang pakai lense waktu cuci muka, pastu air termasuk mata, dan korang rasa tak selesa, sebab lense kora...

REVIEW : KEYBOARD FROM MR DIY

Image
Alhamdulillah sis dah dapat beli keyboard  baru. Sis beli yang biasa-biasa jer, insyaa Allah harga mampu milik. Alhamdullillah boleh lah cuba yang biasa-biasa ni dulu. Sis beli ni dekat MR DIY jer. So sis karang content blog  hari ni dengan menggunakkan keyboard  ni.   Sis nak share  serba sedikit pasal keyboard ni. Untuk korang yang masih mencari-cari atau tengah survey tu, sis nak share ni dengan korang tau.  Jika compare  dengan original keyboard  dekat lap top sis tu, yang ni jauuuuh lagi bes dan selesa untuk digunakan untuk tujuan menaip. Sangat sangat ketara perbezaannya.     Antara faktor lain yang perlu diambil kira adalah bunyi sewaktu menaip. Jika sis bandingkan dengan original keyboard  pada laptop  sis, daripada segi bunyi, original keyboard  tu memang tak ada bunyi yang bising. Kadang-kadang orang tak tahu pun kita tengah menaip. Tapi   keyboard  yang sis beli kat MR DIY ni bunyinya agak sedikit kua...

REVIEW : KEYBOARD COVER & WEBCAM COVER FROM SHOPEE

Image
Siapa kat sini yang suka hias-hias laptop?? Hari ni sis nak share beberapa barang yang menarik yang boleh korang guna untuk hias laptop korang. Kedai ni sis jumpa dekat shopee tau. Saja la nak share barang ni dengan korang sebab barang nya setimpal dengan harga dan insyaa Allah mampu dimiliki oleh kebanyakkan orang. Dekat kedai biasa kadang-kadang payah nak jumpa ni barang macam ni tau. Kalau ada pun payah nak dapat untuk model tertentu. Keyboard Cover Sesiapa yang suka hias-hias laptop tu sis cadangkan korang carilah lah keyboard cover yang ikut design korang punya keyboard . Korang boleh cari ni dekat shopee jer tau. Tak perlu nak keluar duit minyak bagai dan nak beratur sana-sini. Musim-musim PKP ni kalau tak ada urusan baik korang duduk di rumah jer jaga diri dan jaga keluarga, semoga Allah lindung kita semua.. Insyaa Allah.. Berbalik pada keyboard cover ni tadi, kedai ni ada jual pelbagai warna dan design untuk model yang berbeza. Antara  warna yang sis ada adalah biru, pink...

REVIEW : WOMAN DESIREE TRIPLE ADVANCE - KRIM TEKNOLOGI NANO YANG DIIDAMI SETIAP WANITA

Image
WOMEN DESIREE TRIPLE ADVANCE (WDTA) ini ialah krim kecantikan yang menggunakan revolusi Bio Teknologi Nano, Sudah berada beberapa tahun dalam pasaran dan masih lagi mempunyai permintaan yang sangat tinggi dari pengguna. Women Desiree Triple Advance (WDTA) adalah produk yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi nano. Ia dapat diserap dengan pantas dan memberikan kesan yang diidamkan oleh setiap wanita. WDTA ini fungsi dia pantas menyerap 12 kali ganda ke bawah lapisan kulit terus ke pembuluh darah untuk membuang toksin dalam tubuh badan kita, cuci darah kotor yang boleh membawa penyakit dalam tubuh badan dan mengaktifkan sel sel baru serta membuang sel sel kulit mati supaya kulit tampak lebih segar dan berseri. Women Desiree Triple Advance (WDTA) sangat mudah digunakan. Memadai dengan mencalitnya pada 3 point utama sahaja. Mudah bukan? Hanya perlu calitkan pada leher, pergelangan tangan dan bahagian bawah pusat (lebih kurang 3 jari daripada pusat). Anda t...

REVIEW: BIORE UV PERFECT PROTECT MILK SPF 50 PA+++

Image
Sis dah pakai ni bermula tahun lepas (2019) dan sekarang masih setia menggunakannya. Apa yang bestnya tentang produk Biore UV Protect Milk ni kan.. For me.. Sis suka sebab tak mudah nak cari produk yang sesuai dengan my skin, so this one suit with my skin, no irritation and tak menyebabkan jerawat. Kalau menyebabkan jerawat memang awal-awal lagi sis dah stop. Tapi alhamdulillah produk ni tak menyebabkan jerawat. Sis akan gunakan Biore UV Protect Milk ni selepas memakai moisturiser. Tunggu sekejap, lepas agak-agak moisturiser tu dah menyerap kat kulit barulah mula pakai Biore UV Protect Milk ni. Cara pakai tu macam biasa la amount 2 jari, then sapu dan ratakan pada wajah. Sangat senang nak ratakan pada wajah especially lepas pakai moisturiser. Biore UV Protect Milk ni, seperti namanya, teksturnya milky sedikit. Pendek citer, senang la nak pakai. Mudah meresap pada kulit dan tak melekit. Kulit akan rasa lembut. Jangan pakai terlalu banyak nanti kalau korang pakai bedak a...

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Image
Sis dah cuba menggunakan Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream selama 6 bulan. Ada pro and cons sepanjang penggunaan. Pada permulaannya, produk ini diperkenalkan oleh kawan sis. Dia cadangkan menggunakan jenama ini kerana dia dan kawannya telah mencubanya dan sangat bersesuaian dengan kulit mereka. Sis pun apa lagi, agak teruja jugak masa tu. Kebetulan pada masa tu sis memang tercari-cari produk yang boleh kurangkan sunburn. Kawan sis ni dia cadangkan untuk sis pakai yang ni. Yang warna oren ni, kerana kawan dia dulu pernah sunburn teruk dan warna kulit dia dah jadi oke balik setelah menggunakan produk ni secara rutin. Sis pun apa lagi, bila ada masa free tu pergilah mencari produk ni. So, macam biasa la sis akan baca depan belakang dulu. So agak puas hati la dengan penerangan tu, lebih kurang la dengan apa yang kawan sis explainkan. Lepastu sis beli lah memandangkan harganya pun harga mampu milik.  Sis pun mula memakainya sebelum tidur. Krimnya s...

REVIEW : AIKEN TEA TREE OIL PRODUCTS - SKIN CARE

Image
Sis sudah mencuba Aiken Tea Tree Oil Skin Care ni semenjak daripada zaman student lagi. Lepas tu, sis ada mencuba beberapa produk lain. Pada awalnya semuanya memberi kesan positif, kulit kelihatan lebih baik. Tetapi, lama kelamaan akibat daripada amalan yang suka bertukar produk ni menyebab kan sis berhadapan dengan masalah kulit. Jerawat muncul sedikit demi sedikit dan beterusan.  Apabila jerawat muncul, macam biasa la kita orang perempuan ni memang tak dapat nak menahan perasan membuak-buak ini, memang rasa nak picit-picit dan nak hilangkan jerawat daripada bermastautin kat muka kita ni. Kalau boleh nak hilangkan dalam sekelip mata semua cela-cela tu. Samalah dengan sis, sis pun macam tu lah, konon-konon nak picit sikit-sikit jer..  Tapi lepas tu, sedar-sedar satu muka dah merah-merah dan bengkak. Lepastu menyesal berparut-parut pulak muka, asalnya jerawat tu tak de la obvious sangat kat muka, tapi lepas dah picit-picit muka dah bengkak-bengkak, sebatu pun boleh nampa...