REVIEW : ROHTO EYE DROP FOR TIRED EYES


Hari ni sis nak kongsikan berkenaan satu barang ni yang agak bes yang sis rasa. Siapa kat sini yang selalu pakai cermin mata atau 'contact lense', atau selalu mengadap komputer siang malam?? korang perasan tak mata korang selalu rasa letih dan kadang-kadang menyebabkabkan korang rasa mengantuk? Atau korang memakai contact lense selalu rasa mata kering dan tak selesa??


 



 

Kalau korang ada berhadapan dengan masalah seperti di atas koranginsyaa Allah boleh cuba iktiar gunakan Rohto Eye Drop ni tau. kalau korang selalu pakai lense dan risau rasa tak selesa, korang bpleh beli yang kotaknya warna merah jambu tu. Korang bukak dan titiskan ke dalam mata tu macam gaya nak titis "eye more" tu. Yang kotak warna merah ni tak ada rasa apa-apa pun. Korang akan rasa macam air menitik ke dalam mata korang jer dan tak ganngu contact lense korang pun. Korang jangan bayangkan macam korang pakai lense waktu cuci muka, pastu air termasuk mata, dan korang rasa tak selesa, sebab lense korang dah bergerak atau dah termasuk air. Pakai Rohto eye Drop ni korang tak akan rasa macam tu. kalau rasa macam tu, sis pun xnak la pakai.

 

 

Jadi korang tak perlu risau sangat, sebab ia sangat selesa insya Allah. Kalau mata korang selalu kering akibat pakai contact lense tu, yang ni pun okay untuk korang gunakan. Bila korang rasa kering atau tak selesa tu, korang titiskan jer ke dalam mata korang. dan korang akan rasa perbezaannya. Senang je untuk dibawa ke mana-mana memandangkan saiznya kecik jer. korang boleh jer letakkan dalam bag tangan korang tu. Saiznya comel je lebih kecil daripada saiz compat powder tu, so tak 'consume space' pun dalam 'handbag korang tu nanti.

 

 



Untuk yang selalu rasa mengantuk, korang cubalah pakai yang warna biru, korang akan rasa bes, rasa sejuk jer mata korang bila korang titiskan tu. Mengantuk tadi tu, tiba-tiba hilang gitu je insyaa Allah. Korang akan rasa mata korang jadi segar dan selesa. Untuk yang tak cukup tidur tu korang boleh la titiskan Rohto Eye Drops ni untuk segarkan mata korang tu .Ini pun sis pakai jugak. Sis lagi suka pakai yang ni bila sis rasa panas dan mengantuk. tapi kalau setakat kering biasa tu, sis pakai yanh warna pink tu je.

 

 

Untuk yang pakai lense tu, Korang jangan ingat bila dah pakai Rohto Eye Drops ni,  korang rasa selesa memanjang, sampai korang malas nak keluar dan rendamkan lense korang tu. Lensae korang tu penjagaan macam biasa jugak, dah balik rumah tu, bukak dan rendam dalam solution. Lepastu bilas macam biasa bila korang nak pakai balik nanti.

 

 

Kalau yang baru nak cuba tu, kalau korang tak biasa pakai eye more atau apa, sis sarankan korang cuba yang warna merah jambu tu dulu. lepas tu baru korang cuba warna yang lain tu. Korang boleh dapatkan Rohto Eye Drops ni dekat Watson atau Guardian yang berdekatan korang.

 

 

jangan lupa cuba tau. Rugi sangat tak cuba.






Comments

  1. Dah try semua warna. Over la kan tapi sebab nak cari yang sesuai dengan my eyes and the pink one is the best for my eyes

    ReplyDelete
  2. Wah nmpk menarik ni. Memang tgh cari eye drop sbb mata letih mengadap skrin lama sgt...

    ReplyDelete
  3. Saya org yg selalu menghadap screen computer, smart phone dan iPad. Jadi eye drop nie sesuai utk saya. Hehehe.......... Yes! I do need this kinda treatment. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  4. ramai juga yg share pasal rohto eye drop tapi tak pernah cuba pula. kena beli juga satu sebab suka sangat mengadapa laptop lama2..hehe

    ReplyDelete
  5. I m using this Rohto Eye Drop too, it help to keep my eyes moist and comfortable all day.

    ReplyDelete
  6. Wahh bagusnyaaa ada mende ni kita kan memang mengadap laptop n phone jugak hari2 so ni wajib ada

    ReplyDelete
  7. Wahhh bagus ni leh la suggest kat mereka yg pakai spek n contact lens kan

    ReplyDelete
  8. I tak pernah try lagi brand Rohto ni.. tapi i need eye drops like this bah! Lagi2 now spending longer period of time on the screen.. this is good for me..

    ReplyDelete
  9. Waktu pandemik memang banyak menghadap skrin and ada rasa dry eyes juga. Probably should give this a try.

    ReplyDelete
  10. Yaaa ni Sis ada beli dan guna, anak pun sama guna sebab dia pakai contact lens kan.. Sis guna pink tu haa.. Suami biru ...saiz dia tu suka, senang masuk bag jer..

    ReplyDelete
  11. Ruby guna ROHYO ni sebab dia bleh sekali ngan contact lense. Dari pakai contact lens sampai pakai spek. Wajib ada ROHYO. Ni Work From Home. Adehhhh kering mata mengahadap komputer. Bahaya biarkan mata kering. Nanti mata cepat letih. Tq sharing berkenaan penitis mata ni. ☺️

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg