REVIEW : KEYBOARD COVER & WEBCAM COVER FROM SHOPEE

Siapa kat sini yang suka hias-hias laptop?? Hari ni sis nak share beberapa barang yang menarik yang boleh korang guna untuk hias laptop korang. Kedai ni sis jumpa dekat shopee tau. Saja la nak share barang ni dengan korang sebab barang nya setimpal dengan harga dan insyaa Allah mampu dimiliki oleh kebanyakkan orang. Dekat kedai biasa kadang-kadang payah nak jumpa ni barang macam ni tau. Kalau ada pun payah nak dapat untuk model tertentu.


Keyboard Cover

Sesiapa yang suka hias-hias laptop tu sis cadangkan korang carilah lah keyboard cover yang ikut design korang punya keyboard. Korang boleh cari ni dekat shopee jer tau. Tak perlu nak keluar duit minyak bagai dan nak beratur sana-sini. Musim-musim PKP ni kalau tak ada urusan baik korang duduk di rumah jer jaga diri dan jaga keluarga, semoga Allah lindung kita semua.. Insyaa Allah.. Berbalik pada keyboard cover ni tadi, kedai ni ada jual pelbagai warna dan design untuk model yang berbeza. Antara  warna yang sis ada adalah biru, pink, hitam, jernih dan macam-macam warna lagi. Alhamdulillah masa sis order tu tak ada lah lama sangat nak tunggu dalam seminggu macam tu jer rasanya. 






Korang jangan risau cover ni tak licin tau. Bila korang letak atas keyboard tu nampak cantik dan terletak jer. Korang boleh lah beli ikut warna kesukaan korang-korang. Boleh tukar-tukar ikut mood tau. Kalau tukar cover tu terus nampak macam laptop lain tau. Sis macam biasa la beli color kesukaan sis. Sis beli warna merah jambu dan warna putih. Kalau hari rasa tak suka nak ferminin sangat tu sis bolelah tukar pakai warna putih. Untuk yang kena work from home tu korang boleh lah amik mood nak buat kerja tu bila pakai laptop cover ni, maklumkan lah work from home ni memang banyak cabarannya tu. Korang kenalah kreatif sikit untuk daptkan mood tu. Bila dah pakai laptop cover ni memang rasa macam pakai laptop baru gitu.






Lagi satu, kebaikan bila korang pakai laptop cover ni, keyboard korang insyaa Allah akan elok walaupun dah lama korang guna. Dulu, sis ada pakai yang tak ada design tu yang sekeping tu jer. Masa tu ada style yang macam tu je. Yang tu bole pakai kat mana-mana laptop jer, sebab yang tu jenis kosong dan rata jer. Tapi, sis pakai y tu bertahun-tahun jugak la sis pakai yang tu. Walaupun laptop lama sis tu dah layak masuk muzium, tapi dia punyer keyboard masih macam baru tau. Untuk versi yang baru ni korang just letak atas keyboard tu, tak licin dan takkan melorot, melainkan korang terbalikkan laptop korang tu. Tapi pastikan sebelum korang klik butang order tu tengok dulu la jenama dan model laptop korang supaya tak tersalah beli. Lain laptop lain keyboard design  nya tau. 






Webcam Cover

Selain daripada laptop cover, korang wajib ada webcam cover jugak tau. Benda ni sangat lah membantu hidup korang tau. Senang sangat korang nak cover camera tu. Tak ada lah nak menggelabah teruk sangat bila tersalah on kamera tetiba kan. Sis rasa sangat membantu, nak-nak zaman PKP ni, kadang-kadang nak kena work from home, nak meeting pun depan komputer jer kan masing-masing. Lagipun jangan risau, harganya murah jer boleh share dengan kawan-kawan untuk beli, bole jimat duit pos. 


Untuk wanita kat luar sana sis sangat galakkan korang untuk beli webcam cover ni. Bukan apa, kita kat rumah ada masa nak bukak tudung jugak kan, takkan lah nak bertudung 24 jam kan. Sekejap bukak, sekejap pakai  kan bila nak buat kerja tu. So, bila ada webcam cover ni korang insya Allah dapat  melindungi aurat korang daripada di lihat oleh bukan mahram secara tak sengaja.






Sangat mudah tau nak pasang webcam cover ni, korang bukak jer pelekat tu. Lepas tu korang tampal kat bahagian kamera tu. Pastikan masa nak pasang tu korang tolak dan biarkan bahagian kamera tu terbuka kemudian lekatkan betul-betul di luar kawasan kamera tu, jangan sampai tertutup kamera tu pulak kan tak pasal je nanti. Pastikan sebelum korang tampal tu, kawasan tersebut mestilah bersih daripada habuk tau, kalau tak nanti gam tu tak melekat elok dan mudah tertanggal. Dah selesai pasang webcam cover tu korang dah boleh bukak tutup mengikut keperluan korang tau. Sangat mudah dan lancar, tak ada pulak tersekat atau apa sepanjang sis pakai webcam cover ni.





Selain daripada boleh digunakan pada laptop, korang boleh jugak gunakan pada tablet atau henfon korang tau. Teknologi hari ni insyaa Allah membantu memudahkan hidup kita. Dulu, kalau online, sis risau webcam terpasang secara tak sengaja, sis selalu tutup dengan tisu, kemudian sis letak pengepit supaya tisu tak bergerak. Tapi risau jugak lah takut peyepit tu tekena kamera tak pasar calar pulak bahagian kamera tu kan. tapi kalau dengan webcam cover ni insyaa Allah korang tak perlu risau la. Dia takkan mengganggu kamera korang pun. Yang penting korang pasang elok-elok dengan kemas.


Keyboard

Ada lagi satu sis nak share dengan korang... Sekarang kan popular jenis keyboard yang timbul- timbul tu. Untuk yang selalu nak menaip atau nak buat assignment mesti korang nakkan keyboard yang selesa untuk jari jemari korang kan. Sis belum pernah cuba lagi key board ni, tetapi ramai yang suggest untuk pakai keyboard macam ni kalau nak mengarang panjang tu.  Sangat sesuai untuk para blogger nak taip content. 

Sangat selesa digunakan untuk menaip. Kebiasaan laptop sekarang, bahagian keyboard tu tak berapa best sangat. Kalau nak menaip, sis lebih suka guna laptop sis yang lama tu. Selesa untuk digunakan untuk menaip. Insyaa Allah next time, sis pun nak beli la keyboard macam ni jugak. Tengah survey dulu yang mana okay. 


Untuk korang semua. Good Luck tau, kerja rajin-rajin, kalau yang masih belajar tu belajar rajin-rajin jangan culas. Semoga dipermudahkan segala urusan korang di luar sana. 











Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg