SIMPANLAH EMAS
Simpanan emas bukanlah suatu perkara yang ganjil dikalangan masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini tidak sahaja membeli emas untuk tujuan digunakan sebagai barang perhiasan diri semata-mata tetapi menjadikan emas tersebut sebagai aset mereka. Bagi mereka yang masih belum menyimpan emas masih belum terlambat untuk memulakannya daripada sekarang. Sekiranya ada lebihan wang dan anda tiada komitmen lain dalam masa 2-3 ini, tiada salahnya anda memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli emas dan menyimpan emas tersebut. Sekiranya anda gemar memakai barang perhiasan diri yang berasaskan emas, anda boleh sahaja membeli emas dalam bentuk barangan perhiasan seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya. Sekiranya anda tidak gemar memakai barang kemas sebagai perhiasan diri, anda boleh sahaja membeli emas 999 seperti gold bar dan menyimpannya dibank atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas. Apa yang perlu anda lakukan adalah meneliti segala hitam putih yang ada seb...