Posts

Showing posts from 2020

Shopping Online Best

Image
Dalam dunia hari ini, kebanyakkan daripada kita lebih gemar untuk membeli belah secara atas talian atau online. Kalau dulu, kebanyakkan daripada kita membeli barangan seperti pakaian, kosmetik dan makanan sahaja menerusi " online platform", tetapi hari ini, bukan terhad setakat itu sahaja, tetapi pelbagai barangan lain turut boleh dibeli secara atas talian seperti barangan pekakas rumah, penjagaan diri, perhiasan diri daripada emas, gadget dan banyak lagi. Sis ada beberapa cadangan yang menarik untuk korang diluar sana yang sangat  gemarkan shopping secara online. Sis yakin ada diantara korang yang pernah membeli belah di tempat yang sis sebutkan ni dan sis jugak percaya masih ramai lagi yang berada di luar sana yang masih belum mengetahui beberapa tempat menarik yang sis nak kongsikan di ruangan blog ni harini terutamaya untuk mereka yang bukan kaki online. Membeli belah secara atas talian menjadi pilihan ramai pada zaman ini adalah kerana ia memudahkan banyak pihak dan tida...

SIMPANLAH EMAS

Image
Simpanan emas bukanlah suatu perkara yang ganjil dikalangan masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini tidak sahaja membeli emas untuk tujuan digunakan sebagai barang perhiasan diri semata-mata tetapi menjadikan emas tersebut sebagai aset mereka. Bagi mereka yang masih belum menyimpan emas masih belum terlambat untuk memulakannya daripada sekarang. Sekiranya ada lebihan wang dan anda tiada komitmen lain dalam masa 2-3 ini, tiada salahnya anda memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli emas dan menyimpan emas tersebut. Sekiranya anda gemar memakai barang perhiasan diri yang berasaskan emas, anda boleh sahaja membeli emas dalam bentuk barangan perhiasan seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya. Sekiranya anda tidak gemar memakai barang kemas sebagai perhiasan diri, anda boleh sahaja membeli emas 999 seperti gold bar dan menyimpannya dibank atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas. Apa yang perlu anda lakukan adalah meneliti segala hitam putih yang ada seb...

HIDUP AKAN INDAH BILA KITA BERSYUKUR

Image
Dalam hidup ni, macam-macam ujian yang Allah berikan. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kemewahan harta, ada yang diuji dengan sakit dan lain-lain lagi. Sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari daripada ujian ini. Kita akan diberikan ujian untuk menentukan tahap keimanan kita. Sekiranya keimanan kita teguh, insya Allah Tuhan Yang Menciptakan kita ni akan mengangkat darjat kita di sisinya dan sebaliknya akan berlaku jika kita tewas dengan ujian.  Setiap daripada kita diberikan ujian yang tidak sama. Tetapi bersesuaian dengan kemampuan kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang terlalu berat seperti mana yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul. Bilamana ujian ini dilalui dengan penuh rasa kehambaan kepada Ilahi, insya Allah akan membuahkan rasa syukur dan meningkatkan keimanan kepada Allah.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Boleh jadi, apa yang kita hajati itu belum tiba masanya untuk Allah makbulkan permintaa...

REVIEW : WOMAN DESIREE TRIPLE ADVANCE - KRIM TEKNOLOGI NANO YANG DIIDAMI SETIAP WANITA

Image
WOMEN DESIREE TRIPLE ADVANCE (WDTA) ini ialah krim kecantikan yang menggunakan revolusi Bio Teknologi Nano, Sudah berada beberapa tahun dalam pasaran dan masih lagi mempunyai permintaan yang sangat tinggi dari pengguna. Women Desiree Triple Advance (WDTA) adalah produk yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi nano. Ia dapat diserap dengan pantas dan memberikan kesan yang diidamkan oleh setiap wanita. WDTA ini fungsi dia pantas menyerap 12 kali ganda ke bawah lapisan kulit terus ke pembuluh darah untuk membuang toksin dalam tubuh badan kita, cuci darah kotor yang boleh membawa penyakit dalam tubuh badan dan mengaktifkan sel sel baru serta membuang sel sel kulit mati supaya kulit tampak lebih segar dan berseri. Women Desiree Triple Advance (WDTA) sangat mudah digunakan. Memadai dengan mencalitnya pada 3 point utama sahaja. Mudah bukan? Hanya perlu calitkan pada leher, pergelangan tangan dan bahagian bawah pusat (lebih kurang 3 jari daripada pusat). Anda t...

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Image
Solat Sunat Tahajjud adalah solat yang dilaksanakan di malam hari. Setelah tidur seketika selepas waktu Isya', dan bangun semula untuk melaksanakan solat ini. Solat ini boleh dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan 1 salam.  Tujuan Solat Tahajjud. 1.      Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. 2.      Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya 3.      Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. 4.      Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT. 5.      Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Solat Sunat Tahajjud adalah solat sunat yang sangat digemari oleh para alim ulama. Terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi dengan mengamalkan solat tahajjud. Selain mendekatkan diri kita dengan Allah yang Maha Berkuasa, Allah juga akan mengangkat darjat dan memuliakan orang yang mengamalkannya....