REVIEW : PERIUK DARIPADA MR DIY

Sis ada membeli beberapa biji periuk daripada MR DIY  dan telah mencubanya. Alhamdulillah okay jer sepanjang digunakan untuk memasak. Alhamdulillah senang digunakan dan untuk membersihkannya pun senang. 

Yang paling kita tak suka dalam aktiviti memasak ni adalah mencuci segala pekakas yang telah di gunakan. Lagi banyak step lagi banyak la pekakas yang kat dapur tu kita nak kena guna dan lagi banyaklah barang yang nak kena di cuci. Kalau yang ada pembantu rumah tu mungkin ringan sikitlah terasa bebanan untuk mencuci nya. Tapi kalau kita lah yang masak dan kita lah yang nak kena cuci tu. Itu yang menyebabkan rasa malas masak tu semakin memuncak dan akhirnya beli bungkus je lah senangkan.


Tapi kalau beli bungkus yang dan siap masak ni, pastinya kalau nak beli 2-3 lauk tu harganya mungkin lebih mahal, nak-nak kita tekak tu asyik nak makan yang sedap jer... Biasalah makanan yang sedap ni harga pun mestilah sedap jugak.. Diorang nak masak pun nak kena letak macam-macam kan.. so sebab tu lah harga pun macam tu.


kalau korang tak ada bajet lebih, lagi bagus korang masak lah sendiri. So berbalik pada topik periuk tadi, dalam memasak ni semestinya kita memerlukan periuk untuk memasak pelbagai masakan. Ada yang digunakan untuk menggoreng, merebus, mengukus dan sebagainya. Apa yang penting senang digunakan sewaktu memasak. Ciri yang selesa digunakan sewaktu memasak adalah tahan panas. Ada sesetengah periuk yang tak tahan panas, tidak sesuai digunakan untuk menggoreng atau menumis, kalau digunakan juga pasti terdengar bunyi macam tin macam nak meletup tu. Seramkan kalau tengah memasak jadi macam tu. Bukan setakat berbunyi-bunyi, tetapi akan menyebabkan warna periuk bertukar. So periuk yang jenis macam ni korang just guna untuk merebus je lah lebih sesuai.





Periuk yang sis beli daripada MR DIY ni sedikit berat tapi tak adalah terlalu berat, just nice jer la nak letas atas dapur tu, tak adalah bergerak-gerak. Harga pun Insya Allah mampu milik sekitar RM50 kalau tak silap. Boleh digunakan untuk menggoreng, merebus, masak lauk dan sebagainya. Periuk ni tidak dijual bersama penutup, jadi sis guna jer penutup periuk yang dah sedia ada kat rumah tu. Kita pakai jer la apa yang boleh dipakai tak perlu membazir. Nak beli banyak-banyak pun nak buat apa nanti nak kena simpan kat banyak tempat pulak, rumak kita bukannya muzium tau, seeloknya barang yang kita beli tu boleh dimanfaatkam sepenuhnya.


Apa yang bes tentang periuk  ni adalah periuk ni senang dibersihkan. Tak perlu beria nak kena bersihkan dengan keluli ke apa. Boleh dibersihkan dengan span biasa tu dan gunakan pencuci pinggan tu. Masa pun tersangat lah jimat keranan tak perlu nak menyental bagai. Kebanyakkan kita poerempuan ni perasan nak memasak tu dikalah kan dengan perasaan nak mengemas. Bab mengemas ni lah yang boleh menyebabkan perempuan naik hantu.. Macam-macam hantu jadinya bila suami tak pandai nak bagi kerjasama.


Jangan lah dibandingkan dengan orang kaya, dia tu boleh masak itu dan ini. Diorang tak apa, kadang-kadang sayur-sayuran, lauk-pauk  atau bahan-bahan tu pembantu rumah dan tolong sediakan dan siangkan. Nanti bila habis masak pembantu rumah akann tolong cucikan.  Dia bahagian masak memasak jer. Kalau rasa mampu korang sediakanlah pembantu untuk isteri korang tu. Kalau macam tu senang dan ringanlah sedikit tugas isteri korang tu.


Untuk lelaki, kalau korang tak mampu sediakan pembantu rumah untuk isteri korang, korang sediakanlah peralatan memasak yang memudahkan kerja diorangnnya seperti periuk yang bes. Nanti ringan lah sedikit bebanan isteri di dapur. kebanyakkan isteri harini, mereka juga bekerja untuk membantu suami dalam masa yang sama mereka juga perlu menguruskan rumah. Kebanyakkan orang melayu terutamanya, sering meletakkan tugas-tugas menguruskan rumah di bahu seorang isteri sepenuhnya sedangkan isteri juga keluar bekerja untuk membantu suami mencari rezeki. Seorang isteri kebiasaannya tidak akan berkira denggan seorang suaminya dan korang pun janganlah berkira dengan isteri korang wahai lelaki, kalau korang tak reti memasak mungkin korang boleh sediakan isteri korang dengan peralatan memasak yang mudah.




Berbalik pada topik periuk ni, periuk ni korang senang jer nak beli korang pergi jer MR DIY atau kedai-kedai yang lain tu, korang bawaklah isteri korang tu bagi dia pilih sendiri. Korang letak budget siap-siap, perempuan ni kebiasaannya ni susah nak di kawal kalau dalam bab membeli ni. Jadinya korang maklumkanlah budget siap-siap supaya mereka tak mengimpikan periuk yang terlalu mahal ke apa. Maklum jer la zaaman sekarang ni macam-macam iklan asyik keluar, periuk begitu begini dengan pelbagai warna menarik lagi. Karang tak pasal pulak, balik-balik merajuk sebab target tak sesuai dengan bajet tu... hehe


Tapi jujur sis cakap, periuk ni memang bes. Macam-macam dan sis masak menggunakan periuk ni. Pada pendapat sis harga juga bersesuaianlah dengan fungsinya tu. 

Comments