JENIS-JENIS HADIAH YANG MURAH TETAPI BERMAKNA UNTUK DIBERIKAN KEPADA SESORANG

Kadang-kadang kita berasa pening memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada seseorang. Terlalu banyak pilihan yang ada di pasaran, tetapi kadang-kadang kekangan harga  membuatkan kita buntu dengan budget dan kriteria pemilihan hadiah yang bagaimana yang perlu kita lakukan??


So, kat sini sis senaraikan beberapa barangan yang korang boleh jadikan hadiah. So korang jangan buntu-buntu lagi dan tak perlu peningkan kepala lagi nak memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada seseorang.


1) Buku

Korang boleh membelikan buku kepada sesorang sekiranya dia mempunyai minat membaca. Pastikan buku tersebut bertepatan dengan seseorang itu. Contohnya, dia gemarkan membaca karya di dalam bahasa inggeris, korang carilah buku yang di tulis di dalam bahasa inggeris dan jangan pula beli karya berbahasa melayu. Ini mungkin menyebabkan seseorang itu tidak berminat untuk membaca buku tersebut. Cara penulisan jugak penting, pemilihan gaya bahasa haruslah bersesuaian dengan karakter individu tersebut. Bukan semua buku korang boleh beli, kerana gaya bahasa yang tak bersesuaian boleh menyebabkan rasa bosan dan sukar untuk difahami. Korang boleh bertanya sendiri kepada kawan korang berkenaan ciri-ciri buku kegemaran diorang.



2) Set Periuk

Selain itu, korang boleh juga hadiahkan kepada seseorang set periuk yang cantik-cantik. Sekiranya orang yang korang nak hadiahkan tu suka memasak korang boleh sahaja hadiahkan mereka set periuk. Silap-silap haribulan korang juga yang dapat makan pelbagai hidangan. Orang yang suka memasak ni mesti sangat gembira untuk memasak bila dapat beli periuk baru, dan mestilah lagi seronok sekiranya mereka mendapat hadiah periuk kegemaran daripada kawan-kawan.



3) Telekung / sejadah

Korang jugak boleh hadiahkan telekung atau sejadah kepada sahabat korang sekiranya mereka beragama Islam. Korang carilah warna telekung atau sejadah yang bersesuaian dengan citarasa mereka.  Sekiranya mereka sukakan warna yang terang korang belikanlah mereka warna yang terang sekiranya mereka gemarkan warna yang lembut belikanlah mereka warna yang lembut. Korang belikanlah material yang tak panas dan tak jarang untuk memudahkan mereka untuk menunaikan solat.


4) Pakaian

Korang boleh jugak hadiah kan kawan korang pakaian seperti jersey sekiranya mereka minat bersukan. Sekiranya kawan korang tu bertudung, korang boleh jer belikan hadiah tudung kepada kawan korang tu. Tengok jenis apa tudung yang kawan korang pakai, kalau dia sukakan bawal belikanlah bawal dan kalau dia sukakan shawl belikanlah mereka shawl. Selain itu, handsock dan stokin juga boleh dijadikan hadiah. Pilihlah material yang berkualiti supaya mudah dan selesa untuk dipakai.


5) Planner / Buku nota

Sekiranya kawan korang tu, seseorang yang berkerjaya, korang boleh juga hadiahkan mereka dengan planner atau buku nota yang menarik. Sekarangkan banyak dijual di pasaran. Tapi kalau belikan planner pastikan planner tu bersesuaian dengan masa janggan pulak dah bulan 12 korang baru belikan planner tahun semasa. Kalau dah bulan 12 tu , korang belikanlah kawan korang planner untuk tahun baru.


6) Keyboard komputer

Sekiranya kawan korang ni seorang yang selalu menggunakan komputer, korang boleh hadiahkan mereka keyboard yang bes. Mesti kawan korang rasa sangat bes. Nak belikan mereka gadget seperti henfon tu pasti harganya sangat mahal dan memerlukan budget yang besar, korang belikan la barangan seperti keyboard. Mungkin korang yang jarang menggunakan komputer merasakan keyboard tu macam sama jer kan macam tak ada beza sangat kan??  Sebenarnya lain rasanya tau korang, ada keyboard yang keras dan tak menyelesakan tau. Nak menaip pun rasa tak bes nak tekan key board tu tau. 


7) Gadget

Korang boleh belikan juga gadget seperti tripod, monopod atau, stabilizer sekiranya kawan korang tu sukakan aktiviti seperti mengambil gambar atau membuat rakam video. Gadget-gadget sebegini pasti menggembirakan mereka. Ataupun korang boleh belikan kawan korang phone holder untuk diorang gunakan semasa bawa kereta.


8) Bekas rempah

Korang boleh jugak hadiahkan set balang yang astheticuntuk kawan-kawan korang. Sekiranya kawan-kawan korang tu sejenis yang suka menghias-hias rumah tu, korang hadiahkan mereka dengan barangan macam ni pasti diorang akan gembira. Kalau kawan korang tu sejenis yang suka memasak jangan belikan mereka bekas rempah yang saiznya kecil-kecil tu kerana kurang sesuai. Kalau saiznya kecil mereka peerlu selalu refill dan memerlukan banyak masa untuk membuat refill bagi setiap bahang yang ada di dapur. Jadikan korang belikanlah saiz yang bersesuaian dengan keperluan mereka.


9) Pokok/ baja

Korang jugak boleh hadiahkan kawan korang baja yang bagus. Bunyinya macam kelakarkan?? tetapi percayalah korang, kalau kawan korang tu suka tanam pokok atau berkebun dia pasti akan seronok kalau di hadiahkan dengan pokok yang yang dia suka atau baja yang bagus kualitinya.


Apapun yang korang nak belikan untuk seseorang tu belikanlah sesuatu yang boleh kawan korang manfaatkan. Elakkan membeli barangan yang tidak diperlukan oleh mereka, kerana kumungkinan mereka tidak akan menggunakan dan hanya disimpan. 



Comments