Masalah Sejagat: Pam Angin Tayar
So korang pun singgah la kat mana-mana pam minyak untuk isi angin tayar kereta korang.
Korang pun startla setkan tekanan angin kat meter tu kan.
Dan korang pun mulakanlah aktiviti mengisi angin tayar. Tengok daripada bacaan meter, bukan setakat kurang sikit, kurang banyak kot anginnya tu...
Dan aktiviti diteruskan daripada satu tayar kepada satu tayar yang lain..
2 tayar dah cunnn dah, masuk ke tayar ke-3... tetiba je penutup angin tu tak boleh bukak pulak..
Hmmm...
Jenuh kan nak pulas, pulas punyer pulas penutup tu langsung tak terbukak, sampai korang confuse sebenarnya kena pulas ikut arah mana... arah kiri ke?? kanan ke?? alahai.. gawat...
Tangan dan merah-merah dan waktu tu..
Bukan setakat merah tapi kadang-kadang sampai melecet tangan. hmmm betul tak??
So, caranya amik playar korang pulaskan dekat bahagian penutup tu... Insya allah boleh bukak.
Tips ni aku highlightkan untuk korang yang memang ada masalah tangan sensitif or ada allergic. Kulit tangan agak halus dan nipis.. bukan sebab jarang buat kerja rumah, tetapi disebabkan alahan dengan bahan tertentu. Kebiasaannya kaum-kaum hawa tertentu je.. ini kira species rare jugak la... lelaki insya allah tak de masalah ni.
Ini adalah contoh gambar playar. Boleh beli kat mana-mana kedai hardware atau pun pasar raya macam giant tu pun ada jual.
Waktu mula-mula nak beli aku pun dah confuse mana satu playar, banyak sangat. Jenuh adik aku explain dekat fon supaya tak tersalah beli.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)