Sekretariat BR1M :Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
MAKLUMAN PENTING
Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
MAKLUMAN TERKINI
Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
PERINGATAN
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.
LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik senarai berkenaan
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
Sekretariat BR1M MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat BR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.
*Entri ini dikemaskini pada 7hb Disember 2017. Sekiranya memerlukan maklumat terkini sila rujuk semula website e-BR1M.
Setiap manusia dikurniakan ruang dan peluang. Kita boleh memilih untuk menulis jalan hidup kita sendiri, kerana kebanyakkan apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada pilihan kita sendiri. Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan sesuatu dengan cara berusaha bersungguh-sungguh insya Allah kita akan berjaya memilikinya kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang berusaha untuk mengubahnya sendiri. Pokoknya kita perlu berusaha. Insya Allah sekiranya usaha itu dilakukan dengan ikhlas insya Allah diizinkan-Nya tetapi sekiranya Dia tidak menginzinkannya terjadi maka bersabarlah mungkin itu bukan yang terbaik buat dirimu. Dia lebih mengenali hambanya, dan ingat lah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya. Sekiranya kita malas dan cepat putus asa, kita bukanlah berada di jalan yang betul untuk mencapai cita-cita kita, tetapi sekadar berangan-angan kosong sahaja. Kita sering mendambakan apa yang ora...
Sis sudah mencuba Aiken Tea Tree Oil Skin Care ni semenjak daripada zaman student lagi. Lepas tu, sis ada mencuba beberapa produk lain. Pada awalnya semuanya memberi kesan positif, kulit kelihatan lebih baik. Tetapi, lama kelamaan akibat daripada amalan yang suka bertukar produk ni menyebab kan sis berhadapan dengan masalah kulit. Jerawat muncul sedikit demi sedikit dan beterusan. Apabila jerawat muncul, macam biasa la kita orang perempuan ni memang tak dapat nak menahan perasan membuak-buak ini, memang rasa nak picit-picit dan nak hilangkan jerawat daripada bermastautin kat muka kita ni. Kalau boleh nak hilangkan dalam sekelip mata semua cela-cela tu. Samalah dengan sis, sis pun macam tu lah, konon-konon nak picit sikit-sikit jer.. Tapi lepas tu, sedar-sedar satu muka dah merah-merah dan bengkak. Lepastu menyesal berparut-parut pulak muka, asalnya jerawat tu tak de la obvious sangat kat muka, tapi lepas dah picit-picit muka dah bengkak-bengkak, sebatu pun boleh nampa...
WOMEN DESIREE TRIPLE ADVANCE (WDTA) ini ialah krim kecantikan yang menggunakan revolusi Bio Teknologi Nano, Sudah berada beberapa tahun dalam pasaran dan masih lagi mempunyai permintaan yang sangat tinggi dari pengguna. Women Desiree Triple Advance (WDTA) adalah produk yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi nano. Ia dapat diserap dengan pantas dan memberikan kesan yang diidamkan oleh setiap wanita. WDTA ini fungsi dia pantas menyerap 12 kali ganda ke bawah lapisan kulit terus ke pembuluh darah untuk membuang toksin dalam tubuh badan kita, cuci darah kotor yang boleh membawa penyakit dalam tubuh badan dan mengaktifkan sel sel baru serta membuang sel sel kulit mati supaya kulit tampak lebih segar dan berseri. Women Desiree Triple Advance (WDTA) sangat mudah digunakan. Memadai dengan mencalitnya pada 3 point utama sahaja. Mudah bukan? Hanya perlu calitkan pada leher, pergelangan tangan dan bahagian bawah pusat (lebih kurang 3 jari daripada pusat). Anda t...
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)