Masalah Sejagat: Kerja VS Belajar
Masa tengah belajar ni kan mesti korang rasa tak sabar-sabar nak kerja...
Nak pegang duit sendiri.. Nak beli itu nak beli ini...
Macam-macam la yang korang angankan.. sebab dah bosan buat assigment, tension dengan test dan thesis.. presentation pulak... ada jer tiap2 minggu...
Tapi kan bila korang dah berjaya menggengam segulung ijazah tu... wah!! semangat nak bekerja tu mesti makin berkobar-kobar...
& then bila dah dapat kerja.. yup korang memang sangat bersemangat untuk buat kerja korang.. siap korang cakap apa yang lecturer atau kebanyakkan orang cakap pasal "zaman belajar tu lagi best" memang salah...
Memang seronok dalam alam pekerjaan ni sebenarnya...
Korang akan berjumpa dengan ramai lagi kenalan baru, menimba pengalaman baru... biasalah kita.. manusia akan excited dengan perkara-perkara baru ni..
Cumanya nanti bila korang dah mula pegang jawatan yang lebih tinggi, tanggungjawab korang akan jadi lebih besar... nanti ada suatu masa bila mana bebanan atau tekanan kerja yang terlalu banyak.. korang akan mula rasa stress... yang ni korang kena belajar untuk control... kalau tak.. nanti stress memakan diri sendiri..
Masa ni la nanti korang akan rindukan zaman sweet sour korang masa belajar dulu.. bila stress korang akan hang out dengan kawan dan bercerita dekat bff korang...
Bezanya bila kerja ni, kita mempunyai bidang dan skop kerja yang berbeza. Dah kita berhubung dengan orang yang berbeza dalam situasi yang cukup berbeza... dan kadang-kadang susah untuk orang fahami walaupun berkerja di tempat yang sama... kadang-kadang lebih baik diamkan je sebab kalau bercerita rasa penat nak ceritakan sebab orang tak faham-faham jugak..
Kalau masa belajar dulu, korang akan duduk berbincang dan selesaikan masalah pelajaran sama-sama. Kadang-kadang projek akhir tahun tak sama tapi korang masih boleh bertukar-tukar idea dan pendapat di sebabkan korang di bawah program yang sama so, at least kawan-kawan korang sedikit sebanyak memahami apa yang korang sedang buat.
Tapi bila dah kerja ni, korang akan banyak bawak haluan sendiri. Banyak benda yang korang kena fikirkan, dan setiap kali untuk membuat keputusan korang kena fikirkan banyak pihak.. sampai kan rasa sangat penat asyik nak kena fikirkan untuk orang.. hmmm
Kalau zaman belajar, korang mungkin masa berpeluang untuk memilih menyelesaikan sesetengah assignment secara individu disebabkan malas hendak ambil pusing akan hal orang lain. Korang hanya bertanggungjawab ke atas diri korang sahaja.
Tetapi, bila di alam pekerjaan, walaupun perlu selesaikan tugas secara individu..Tanggungjawab tu besar dan melibatkan banyak pihak lain, seperti bos, client dan company.
Tapi adat lah... dah habis belajar.. kita akan kerja insya Allah... Alam perkerjaan ni pun ada yang bestnya jugak... bukannya hari-hari nak kena stress.. kadang-kadang je.. hmmm paling confirm.. bila dapat gaji mesti stress tu macam hilang bertebangan jer.. hehe.. tambah pulak dapat bonus rasa macam diawang-awangan je... hihi
Cumanya kat sini, aku nak cakap betul la kalau masa belajar dulu orang selalu cakap " kalau esok korang dah kerja korang mesti rasa rindu nak balik ke zaman belajar balik, percayalah!!"
& now aku percaya benda tu.... rindu sangat zaman tuu!!!
yeke awak? fie ni yg tengah tak sabar nak kerja jugak niii. dah penat otak belajarr huhuu. btw, dah sambung part 2, jom bace jom ^^
ReplyDeletehttp://iamfieonafieridz.blogspot.my/2018/03/detik-kelahiran-bebii-nawrah-part-ii.html
adat la tu kan... lepas habis belajar.. kena la kerja pulak..
Deletekerja pun ada part yang bes nya... bese la kdg2 tu teringin nak balik zmn belajar.. sbb bila dah kerja ni tanggungjawab dan komitmen tak sama macam zaman belajar dulu..
fie enjoy la smua tu dulu utk skang ni.. kenangan ngan kwn2 tu sangat la bermakna.. nnti dah kerja masing2 start sibuk dah...
oke nnti sy singgah baca entry tu yer :-)